Thursday, March 15, 2012

Kapal Selam Melaka

Kapal Selam SMD Ouessant Jenis Agosta 70
Korang konpem sudah tahu yang Kerajaan Malaysia ada membeli sebuah Kapal Selam kan. Kini Melaka merupakan negeri yang bertuah. Bertuah sebab Kapal Selam Pertama tu telah ditempatkan di Klebang Melaka. So, warga Melaka sangat bertuah dapat lihat kapal selam pertama tu dengan dekat. termasuklah aku. aku pun bertuah. sebab da pergi tengok dah. korang bile lagi?.

Kepada sesape yang teringin nak tengok depan mata kapal selam ni  juga, boleh datang sahaja ke Pantai Klebang. sediakan je RM1 untuk dewasa. Manakala kanak-kanak bawah 12 tahun free. takyah bayar. ^_^

Dari ape yang dibaca mengenai sejarah kapal selam ini, ia merupakan kapal selam penyerang buatan Perancis yang mampu digunakan sebagai silent weapon untuk menangani musuh. Ia mampu memuatkan 5 pegawai dan 36 anak kapal dengan sistem radar Thomas CSF DRUA 33 yang mampu mengesan sebarang musuh jahat di perairan Selat Melaka.

Kelajuan 12 knots ketika bergerak dipermukaan dan 20.5 knots ketika menyelam mampu mendatangkan gerun kepada musuh walau di mana sahaja. Ia juga dilengkapi dengan bow torpedo tube dan ECAN F17 Mod 2 torpedo yang bergerak selaju 40 knots dan mencapai sasaran sejauh 20km. Kesimpulannya, ini semua merupakan kekuatan Agosta yang digunakan sejak zaman perang dingin pada tahun 70-an dulu.

So kepada yang nak tahu lagi mengenai kapal selam ni dan kerja-kerja pengendaliannya boleh terus tengok gambar-gambar kat bawah ni. kalau nak lagi best, datang terus ke Klebang. ^_^


Wahh. Bangga jugak kan jadi warga Melaka. Sangat Bertuah. Melaka Maju!. ^_^ 


video
video
video

[Catatan : Sonok hirup angin pantai! ]

Salam Perkenalan, 
With Love

Norliza Nordin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...