Wednesday, April 18, 2012

Cerita Telor Separuh Masak

 kali ni nak cerita pasal breakfast telor. En Abam memang suke sangat makan telor. telor ape? kompemlah telor ayam kan. Die suke sangat kalau telor tu dibuat separuh masak.

Al-maklumlah, bile dah kawen konpemlah si isteri akan buat atau sediakan segala ape yang disukai oleh suami kan. Disebabkan sebelum kawen ni aku tak pernah buat telor separuh masak kat rumah, selalu buat kat kedai je kan. so bile dah kawen ni aku pun cube mencube lah buat kat rumah. 1st time aku buat memang xmenjadi. dah hampir keras dah telor tu. hehehe. maaf En. Suami. Patu seterusnya try buat lagi. kali ni macam suku pulak masak. haishh.. susah jugak rupenye nak buat telor separuh masak ni.! hahahaha.. teruk betol aku ni sebenarnye. :(

walaupun sentiase tak menjadi dan tidak mengikut kehendak En. Abam, aku tetap nak buat sampai menjadi. Tak putus ase tu. tapi maybe En. Abam yang jenuh nak menunggu sampai jadi kot. hukhuk
tupasal lah die belikan bende alah ni mase kiteorang merayap-rayap kat Vivahome haritu. hehehe
bende alah ni memang sesuai untuk aku, mudah dan tepat! konpem masak ikut kehendak En. Abam. sebab kat bekas tu memang dah ade petunjuk paras yang sesuai kalau nak buat telor separuh masak ni. so kalau terleka ke ape, xdelah risau sangat kalau nak dibanding dengan buat secara manual.. hahahaha

kepada sesape yang teruk macam aku ni, bolehlah dapatkan bekas ni di kedai-kedai berhampiran anda. cara nye mudah je. Meh aku tunjukkan. hehehe :p
Pertama sekali kena sediakan air panas. Pastikan air tu betul-betul panas.
Sebelum air panas masak, sediakan telor dahulu. Kira basuhlah dulu telor tu ye.
Patu masukkanlah telor tu ke dalam bekas seperti gambar di atas. ^_^
bile air panas dah siap cepat-cepat masukkan air tu ke dalam bekas yang telah diisi telor dalamnye. Isi air panas mengikut sukatan yang betol.
 selesai je masukkan air panas, terus tutup berkas tu. So biarkan air panas tu turun sampai abes. Bile air panas tu dah turun habis seperti gambar di atas, telor separuh masak tu dah boleh dihidang untuk di makan! ^_^

Okey, selesai sesi membuat telor separuh masak. Pani kalau aku masak bende lain nanti aku ajar korang pulak ye. hahahhaha. 

sangat memalukan haih ajar masak telor separuh masak ni. but sharing is caring kan. Sekian. ^_^

[Catatan : Murah je bekas ni! :) ]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

4 comments:

Mariyam Nabella Ishak said...

Practise make perfect! gudluck..hehehehehe

Norliza Nordin said...

hehehe..btol3.. jgn lupe follow! :)

Mariyam Nabella Ishak said...

bru perasan..bkn BERKAS la syg..tp BEKAS..BERKAS tu nk tangkap org...hehehehe...

Norliza Nordin said...

ops.. hahaha.. tulaa..da tuka dah.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...