Friday, June 08, 2012

Resepi Asam Pedas Ibunda

Entri ni diupdate atas permintaan! macam power memasak je kan.. ^_^

aku update secara ringkas sebab bos tak masuk opis lagi ni, so boleh lah aku mengarang kan. kang kalau die dah masuk konpem-kompem tak sempat nak duduk bagai. Hari ni, aku kongsikan ngn korang resepi yang aku belajar dengan ibu aku untuk masak Asam Pedas.
Mula-mula korang blander:
  1. Kunyit = 1 inci atau korang boleh gune serbuk kunyit, korang gune dalam 2 sudu kecil camtu.
  2. Halia = 1 inci atau sebesar ibu jari
  3. Bawang Besar = 1 bijik
  4. Bawang Putih = 5 bijik
  5. Masukkan Belacan sikit, sebesar duit 50sen lame. ^_^
  6. Kelapa Goreng = 1 sudu makan
  7. dan kalau korang nak buat Asam Pedas Ikan Duri korang masukkan Jintan Manis 1 sudu makan. Tapi kalau tak buat Ikan Duri tak yah masukkan pun takpe. (Jintan Manis untuk Ikan Duri je) *semua-semua kuantiti bahan-bahan korang boleh tambah/kurang ikut kehendak masing-masing ye
  • Okey, siap blander, korang sediakan bahan untuk menumis pulak:
  1.  Bawang Putih = 3 bijik
  2. Bawang Besar = sebelah je pun boleh
  3. Halia = Setengah inci
  4. Halba = 1 sudu teh 
  *semua-semua kuantiti bahan-bahan korang boleh tambah/kurang ikut kehendak masing-masing ye

  • Semua bahan ni korang tumis sekali dengan Cili Boh, kuantiti ikut kehendak masing-masing ye. Tumis sehingga garing dan bawang kelihatan kekuningan.
  • Perasa-perase (Garam/Gula/Ajinomoto) semua korang letaklah ikut rase korang. tapi dalam masakan aku, aku tak pernah gune Ajinomoto, so korang letaklah ikut selera korang ye.
  • Korang masukkan segala bahan yang korang dah blander tu tadi. korang campur kan, dan korang tunggu sampai garing. Bak kate ibu aku, biar sampai naik minyak!. Sementara tu, korang bolehlah masukkan sekali Daun Limau dan Serai (2 batang). Kalau tak nak pun takpe, tapi ibu aku memang suke bubuh semua tu.
  • Last sekali korang masukkan lah Air Asam (asam segenggam). Korang masuk lah ikut kuantiti yang korang rase ok. Lepas je masukkan Air Asam, korang masukkan kan lah Bunge Kantan dan segala ikan/lauk yang korang nak. Sedap bunge kantan ni, dulu aku tak suke, tapi ibu aku ajar makan, terus suke smpai sekarang. memang sedap.
Selesai, selamat mencuba. Harap-harap faham lah ye, sebab update dengan cepat, keje dah menunggu. Semoga berjaya! ^_^
[Catatan : Resepi Ibunda.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

6 comments:

nErRy-nAtAsHa said...

Terbaekkk ;)

Norliza Nordin said...

@nErRy-nAtAsHahehehe

Haryati::Faizal said...

ermmm, teringat asam pedas kat muar...sedap.

Norliza Nordin said...

@Haryati::Faizalhehhe.. asam pedas muar pun sedap!

ibu sofea tanisha said...

style kita same..maklum ler org melaka..same jerla resepinya..cuma biasanya kdg2 daun limau perot tu diganti dgn daun kesom.. ada 2 version la asam pedas daun limau perot n daun kesom..serai lak mmg xde bubuh.... emmm sedapnya liza...ko ni dh buat aku teringin nk masak asam pedas lak.....

Norliza Nordin said...

@ibu sofea tanishahehehe..masaklah.. nak gak rse...heheheh :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...