Wednesday, August 29, 2012

Posto Lagi

Kalau hari tu, aku cerita posto dari Pos Ekspress & GDEX, kali ni aku nak story pasal posto dari Pos Laju pulak. Macam-macam kan. hahahaha. aptb
Memandangkan kat rumah memang tak de sape-sape bile waktu berkeje, konpom-konpom lah 'barang" yang nak di hantar tu akan di'hold' dan akan membuatkan kami pergi collect ditempat yang sepatutnya.

Time dapat notis ni, aku ngn icik abam dok tertanye-tanye, sape le pulak yang nak hantar "barang" lagi ni. hehehe.. Tiket wayang free lagi ke???? Tulah banyak sangat masuk contest kan, patu diri sendiri lupe ape yang menang. Ni semua faktor ketuaan kot! hahahaha.

Mentang-mentang lah masuk contest secare free, so buat tak heran jela kan kalau hadiah sampai ke tak sampai. hihihi.. Apedaaa~
time pergi collect tu, "hadiah" ni dibungkus dalam sampul surat biasa, so aku ngn icik abam dok pikir ape lah agaknye, last-last icik abam yang jakun pegi bukak dulu. tak sabar nak tahu ape isinye. Sekali buka ada WOODS' Peppermint Lozenges! Yeah, memang aku ade menang! hahahaha

Klik pada gambar di atas untuk bace entry sebelum mengenai contest yang aku menang ni. ^^

 [Catatan : Bagi icik abam sket!]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Tuesday, August 28, 2012

KampungKu Yang Indah Permai

Ini lah rumah ibu ku di kampung! ekekeke. Gambar ni diambil time bulan ramadhan aritu, sehari sebelum nak raya. Di sebabkan tahun ni merupakan tahun pertama sebagai Hubby & Wifey, dengan kate sepakat bersama tahun pertama ni, kami bersama-sama raya di Melaka. Hoyehhhhh! ^^ Kompemlah aku yang paling ceria sekali kan kan. hahahaha :p
Petang raye tu, icik abam terajin pulak, ade je kelapangan die terus capai penyapu bagai, rajin kan icik abam. laki sape lah tu... hehehe.. *senyum lebauuuuu

Rajin jugak laki aku ni rupenye. hehehe. Selepas kemas itu ini, kami berdua pergi kubur ayah, tukar kain pada batu nisan. Part ni memang sngt best! rase cam bawak suami pegi jumpe ayah buat kali pertama. hukhuk.. Al-fatihah buat ayah!
Ayah memang tiada ganti! hukhuk
[Catatan : Al-Fatihah!]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Zakat Pertama Sebagai Suami

Walau pun ramadhan telah bertukar menjadi syawal tapi aku tetap nak story pasal cerita di bulan ramadhan. Lagi pulak, tahun ni merupakan tahun pertama bagi icik abam untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami kepada aku! (suami Norliza Nordin sorang saje! hahaha..)
Sila abaikan mate icik abam yg pejam itew
Seronok lak rase time ni, bile nengok icik abam nak bayar zakat untuk diri aku sekali. Sebelum ni, ibu yang tolong bayarkan. rase terbela dan terage aje. xmasal kan. ekekeke
Zakat ni icik abam bayar kat melaka, Tak sempat nak bayar kat KL sebab konon-konon nak bayar zakat kat opis icik abam je. katenye kaunter zakat akan dibukak disitu, tapi sampai ke sudah tade sape pun yang datang. tu pasal terpakse bayar kat Melaka je.

Sekian! ^^
 [Catatan : Lokasi-JJ Melaka!]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Monday, August 27, 2012

Berbuka Puasa Tajaan Nando's

Cerita ni berkait rapat dengan Cerita Satu, (kalau nak tahu ini lah yang aku terima, yang dihantar oleh Pos Ekspress yang aku ceritakan tu)

dan Cerita Kedua, kalau korang bace balik entri ni, ade mentioned yang aku dapat hidangan Peri-peri untuk 4 orang bernilai RM62.00. Tapi harga sebenar dlm RM75.00++,  Ohh memang kenyang time tu, mane taknye, kami berdua aje yang membaham makanan tu.. ^^
Ini lah voucher yang aku dapat tu, voucher ni valid sampai 31 Jan 2013, tapi dah teringin sangat nak makan, so makan lah time berbuka puasa ari tu.. :p
Yummy Yummy! terliur pulak nengok gambar makanan ni balik! :p
Mula-mula, kami diberi seat yang untuk 2 person aje, tapi memandangkan hidangan kami yang byk, dorang tukarkan seat kami ke seat utk 4 persons! hahaha..

Nengok gambar kat atas tu, meja penuh dengan makanan kot! ^^
Memang tak kan larat lah nak melantak berdua aje kan, dah tak abes, kami take away je, elakkan pembaziran, kat umah boleh sambung membaham lagi. ye tak.. hehehe

Okee, sekian! ^^
 [Catatan : Nando's Best!]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Bersiaran di Seri Pacific Hotel

Ceh ceh, tajuk ala-ala retis gituuuu.. hahahhaha

Okee, mungkin ade di antara korang yang dah tahu yang kami berdua ni dah 3 hari (termasuk hari ni) beraya a.k.a berkampung kat Seri Pacific Hotel ni. ekekeke. Macam mana kami boleh berkampung di sini telah aku ceritakan pada entri Sudah Pilih Tarikh dan Disini
 Hari ni aku upload satu gambar keadaan dalam bilik dulu eh! ^^
Dan satu lagi gambar aku sensorang! Peace! hehehehe.. nanti aku update lagi ye. Good Night! Selamat Malam semuaaaaa! ~ Eh eh.. dah pagi rupenye..

*konon dok hotel mood nak berhoneymoon, tapi merayap aje keje nye. :p

[Catatan : Esok keje!]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Tuesday, August 21, 2012

Goodies Superb Dari LipIce

Cerita ni adalah sambungan dari Buka Puasa Bersama Wawa Zainal & LipIce
Inilah goodies yang tetamu dapat mase berbuka dengan Wawa Zainal dan LipIce hari tu. Sangat suke dengan semua ni, Alhamdulillah, dapat gak lah buat stock untuk setahun.. hehehehehe.. :p

 [Catatan : Wawa Zainal sangat comel!]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Sunday, August 19, 2012

Yeahh! Dapat Sampul Duit Raya Dari Kicap Jalen

Sorry, sorry, dan sorry!
Sebelum cerita panjang nak minta maaf bebanyak sebab lambat sangat nk update pasal dapat sampul duit raya dari Kicap Jalen. Dan nak terima kasih banyak-banyak kat Kicap Jalen sebab bagi sampul duit raya. Duit raya tak de ke? hehehehe.. :p
Cantikkan sampul surat dari Kicap Jalen! ^^
Dah lame dah Kicap Jalen hantar sampul duit raya ni, tapi aku yang lupe nak update. Belek-belek kamera baru pasan aku ade amek gambar sampul-sampul duit raye ni. Walaupun dah terbasi cerita ni, aku update jugaklah. sebab aku kan suka buat kenang-kenangan. ^^

 [Catatan : Sekian]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Saturday, August 18, 2012

Yeah! Dah Dapat Tiket Movie

Mula-mula nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada R U Ready team!!! ^^
Kalau korang ade baca  entri aku yang Lepas, (boleh klik pada link tersebut), "hadiah" ni lah yang aku terima dan kena pergi collect kat GDEX hari tu.

Disebabkan tengah sibuk dengan persiapan hari raya, aku belum sempat nak bergambar dengan tiket-tiket yang aku menang ni. baru sempat nk scan tiket-tiket ni aje. Disebabkan tak nak  update cerita yang dah basi sangat ni yang terus update entri pasal ni. . hehehehe.

Niat hati nak amek gambar time nak pegi nengok movie nanti. dan selepas tu baru aku akan berkongsi kan keriangan aku dengan "hadiah" yang aku menang ni. Nanti saya share kat R U Ready Team ye. Hoyehhh! ^^

Sekian.

*Belum tahu lagi nak nengok cerita ape, korang suggest laa... ekekeke.. :p
Berkait rapat dengan Menang 2 Movie Tickets

 [Catatan : Dah kat kampung! ^^]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Friday, August 17, 2012

Kad Raya Dari Kami

Entri di update untuk menunjukkan semangat icik abam tulis kat raya kepada yang berkenaan. ^^
nengok tu, semangat sungguh kan. sampai ketap-ketap bibir nak menulis kad raya. amek mood nak tulis ape kat kad raye tu ye abang.. kekeke
 
Sebenarnya kad raye ni dah lame dah buat, tapi baru ni nak update pasal menulis kad raye ni. hahahah. semedang je kan cite dah lapuk baru nak update. kekekeke

walaupun dah lame dah dok menulis dan mengarang bagai, tapi kad raye ni still lagi dengan kami. bertuah betul kan. Lalalalala~

Tapi, semalam dah agihkan sikit-sikit pada yang berkenaan. Yang belum tu, icik abam  cakap send by hand aje. Lagi cepat katenye. nak pos pos kompen dah tak sempat nak sampai kot. Memang xdan lah kan. hehehehe. ^^

Okee, itu aje nak cerita. terima kasih sebab rajin bace. *_*






 [Catatan : Salam Aidilfitri! ^^]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Posto Posto! Satu dari Pos Ekspress, Satu Lagi Dari GDEX

Ewahhh, panjang sungguh tajuk kali ni. Eh panjang ke???.. kekekeke. Entri ni diupdate untuk beritahu yang aku dapat 2 keping surat. Satu dari Pos Ekspress dan satu lagi dari GDEX.
Okee, yang dari Pos Ekspres ni di hantar ke alamat opis aku di Plaza Sentral. Al-maklumlah kan, kang hantar kat rumah tak ade sape lak yang nk terima. ^^
Dari GDEX ni pulak sampai kat alamat rumah, disebabkan kat rumah tak ada sape yang nak receive, so terpaksalah dorang tinggalkan note untuk aku supaya datang collect "hadiah" tu. Nak tak nak kena lah datang collect kat sana, sebab nak tukar alamat suruh hantar kat opis macam tak sempat je, sebab proses tu dorang cakap makan mase 2-3 hari. kalau nak boleh aje, tapi kene tunggu lepas raya lah baru tahu ape bende alah yang dapat tu kan. ^^

Dari GDEX ni aku dah collect dah semalam. nak tahu ape yang aku dapat nanti aku update kemudian ye.. Cet, asek nak will be continue memanjang, tapi tak continue continue.. Last last buat lagi entry lain. hahahahha.. Sorry ye, terpakse update ringkas-ringkas aje, tak nak cerita terlalu basi. kekekekke. tu update cerita ringkas-ringkas dulu. nanti dah free aku update lagi ye.

[Catatan : Balik kampung]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Thursday, August 16, 2012

Menang Pas Masuk Filem 'SAM'

Sebelum nak cerita pasal pas masuk yang aku menang tu, nak cerita dulu pasal Filem S.A.M. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon yang memang aku suke terutamnya Shaheizy Sam, selain tu ada Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa, Adam Shah dan Harun Salim Bachik 

Sinopsis: Filem pyscho thriller ini mengisahkan tentang Sam yang bekerja di sebuah syarikat percetakan yang mencintai Lisa iaitu rakan sekerjanya. Dalam masa yang sama, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal. Namun begitu, pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa. Filem ni bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri, 19 Ogos 2012
Okee, berbalik pada tajuk entry. Alhamdulillah, aku dapat 2 pas masuk percuma untuk menonton Filem S.A.M (Saya amat mencintaimu). Memang dah tak sabar dah nak nengok benarnye. Sebab ni merupakan filem pertama arahan pengarah termuda kita, Syafiq Yusof! ^^
Eh chop, lupe nak beritahu, icik abam pun dapat 2 pas masuk tu, so kami dapat 4 pas masuk percuma. Nanti boleh lah bawak sape-sape yang teringin nak nengok sekali! ^^
Di Sebalik Tabir Filem SAM
[Catatan : Ramadhan 27]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Wednesday, August 15, 2012

Buka Puasa Bersama Wawa Zainal & LipIce

 Ini cerita Jumaat lepas, dah banyak hari dah berlalu kan. Baru hari ni nak update. tapi hari ni update pn secara ringkas. Tak sempat nak upload gambar banyak-banyak. Tapi kalau korang tak boleh sabar, korang boleh nengok gambar-gambar Disini dan Disini
Sekian. Akan bersambung.. ^^
[Catatan : Ramadhan 26]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Monday, August 13, 2012

Menang WOODS' Peppermint Lozenges!

Dalam sibuk-sibuk buat keje sempat gak aku join contest kan. tapi tuptup menang lak. Alhamdulillah, rezeki aku lagi. Thanks WoodsMalaysia

[Catatan : Masih Ramadhan ke-24]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Menang Buku Kanak-kanak & Remaja

Okee, arini nak update secara ringkas! sebab nak buat keje lelaju! Almaklumlah kan kan.. pani nak cuti raya, so keje pun kene lah bereskan cecepat kan.. ^^

Alhamdulillah, rezeki di bulan ramadhan untuk aku datang lagi.. Yeahh wewwwww! Mule-mule nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Unit TeenPrima KidsPrima-Grup Buku Karangkraf

*kalau korang nak dapat kan gak hadiah jangan lupe ikuti soalan setiap hari dan jadilah yang terpantas untuk memenangi hadiah buku kanak-kanak & remaja yang comel lagi menarik. 

Eksklusif dan terbaik hanya daripada Unit Teen@Prima & Kids@Prima Grup Buku Karangkraf.  ^^

[Catatan : Ramadhan 24]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Thursday, August 09, 2012

Menang 2 Movie Tickets

Eh eh, macam dah lame je tak update kan kan. Bukan ape, bulan puase ni, idea tade. Eh eh, bukan nak salah kan bulan ramadhan tau ^^

Okee, berbalik pade tajuk entri...
Alhamdulillah, rezeki aku untuk bulan ramadhan tahun ni ade lagi rupenye.. ^^
Aku menang 2 Movie Tickets dari "Listen and Win Contest!" untuk keterangan lanjut mengenai contest ni, korang boleh lah usha page Disini dan like Disini ^^

[Catatan : Ramadhan 20]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...