Thursday, August 16, 2012

Menang Pas Masuk Filem 'SAM'

Sebelum nak cerita pasal pas masuk yang aku menang tu, nak cerita dulu pasal Filem S.A.M. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon yang memang aku suke terutamnya Shaheizy Sam, selain tu ada Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa, Adam Shah dan Harun Salim Bachik 

Sinopsis: Filem pyscho thriller ini mengisahkan tentang Sam yang bekerja di sebuah syarikat percetakan yang mencintai Lisa iaitu rakan sekerjanya. Dalam masa yang sama, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal. Namun begitu, pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa. Filem ni bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri, 19 Ogos 2012
Okee, berbalik pada tajuk entry. Alhamdulillah, aku dapat 2 pas masuk percuma untuk menonton Filem S.A.M (Saya amat mencintaimu). Memang dah tak sabar dah nak nengok benarnye. Sebab ni merupakan filem pertama arahan pengarah termuda kita, Syafiq Yusof! ^^
Eh chop, lupe nak beritahu, icik abam pun dapat 2 pas masuk tu, so kami dapat 4 pas masuk percuma. Nanti boleh lah bawak sape-sape yang teringin nak nengok sekali! ^^
Di Sebalik Tabir Filem SAM
[Catatan : Ramadhan 27]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...