Monday, December 31, 2012

Beli Cincin Di Poh Kong

Okee, jangan salah anggap ye, bukan aku yang beli cincin tapi member aku yang beli, aku dok teman aje.ekekeke
Cincin-cincin ni pun dibeli kat Poh Kong tau, tapi ni dah lame dah beli.. saje nak tepek jugak..ngeh3
Cantek cincin ni
Yang cincin baru beli ni xde lah aku tunjukkn skang, surprise!! nak nengok tunggu dorang diijabkabulkan nanti ye. ^^
 okee, ni nak tunjuk souvenir dari Poh Kong, tukang teman pun dapat souvenir jugak.. hehehe

[Catatan : Berjam2 cari cincin.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Kami Ke Cameron Highland

Ini Sambungan dari entri Makan Mee Udang

Sebenarnye, kami dari Penang 2 kereta, tapi nak jimat dan nak mudahkan perjalanan kami decide naik Cameron satu kereta aje, satu kerete lagi kami park kat Tol Simpang Pulai
Kalau korang nak tahu, time aku nak pegi Penang ni lah aku dapat Surprise Anniversary dari icik abam. Icik abam pakat dengan dorang semua bagi "kejutan" kat aku.. ohhh memang terkejut kauu, bukak-bukak pintu kereta terus dorang jerit "surprise!!!" sambil hulur bunge kat aku. Oh wee, korang memang sporting! Love Love Love u all! Muachhh! ^^

Opss, tak nak lari tajuk..

Disebabkan nak naik ke Cameron dengan satu kereta so kenelah letak bunga bagai tu kat bonet kan, kang susah pulak memasing nak duduk. ^^

Ape-ape pun sebelum bunge tu nak diletak dalam bonet bergambar dulu. ^^
Kami bergambar di hadapan tol pulak. hehehe
Kat signboard pun jadi.. :)
Peace!
Peace!!
 Nengok betape padatnye, naik 6 orang satu kereta, duduk berempat kat belakang. kikiki. Walaupun sempit tapi syok jugak. ^^

Time kami sampai kat Cameron ni, hari dah makin gelap dah, tambah pulak jem yang teruk dari bawah, ohhnoo masing-masing cam tak larat je nak tunggu jem yang panjang tu, so kami decide turun je. Tak nak teruskan perjalanan sampai ke atas.

Motif nak naik kat atas adalah nak pergi pasar malam. ^^
Disebabkan niat masing-masing tak kesampaian nak pegi pasar malam, so kteorang cari eskrem strawberry kat kedai bawah je. huhuhu
 Time ni cendawan goreng dah abes. Niat nak merase cendawan goreng tepung pun tak kesampaian. hukhuk
Peace no war

okee sekian! ^^
[Catatan : Beli FM aje.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Saturday, December 29, 2012

Senja Nan Merah

Selamat berhujung minggu semuaaaa! ^^

[Catatan : Jom jalan2.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Video Icik Abam Landing di Kota Kinabalu

video

[Catatan : Terminal 2 KK.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Video Icik Abam Merentasi Laut China Selatan

Klik Video 1

video

[Catatan : 2 jam 30 minit.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Friday, December 28, 2012

Video Penerbangan Icik Abam Dari LCCT

video

[Catatan : Flight Pukul 12.30tgh hari.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Jalan-jalan Makan Mee Udang

Yumm Yummy!
Lepas je kami balik dari Wedding EimAjie kat Bukit Mertajam, alang-alang dah sampai Penang, masing-masing pun teringin lah nak makan mee udang.

Sebenarnye nak cari Char Kuey Teow, tapi kedainye tutup pulak. so decide makan Mee Udang kat Sungai Dua je
Orang Penang mesti tahu kat mane tempat ni.. 
Sebelum masuk kedai, berposing depan kedai dulu. Itu wajib! ngeh3
 korang boleh pilih protein ape yang korang suke
Harge seperti di atas! ^^
Darah manis
  Bersnap-snap sebelum makanan sampai..
Masing-masing pekene air kelapa
Tu diaaaa, Mee Udang dah sampai! Nyummm~
Makanan dah sampai, haruslah makan kan. Memang sedappp! ^^
 Nengok tu, kejap je dah licin! hihihihi
okee, pose sebelum nak balik. masing-masing muke kekenyangan.

Seterusnye kami ke Cameron Highland

[Catatan : Jalan sakan.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Thursday, December 27, 2012

Selamat Pengantin Baru EimAjie

Selamat pengantin baru untuk korang, semoga kekal bahagia hingga ke syurga
kalau korang nak tahu, eima ni best friend aku mase kat UTM dulu. Kalau buat asaimen dulu mesti group same, kire dah macam group sehidup semati dah. ^^

Okee, tak nak bebel lebih-lebih. Jom cekidaut gambar kami bersama pengantin! ^^
 time dorang punye wedding ni, kebetulan lak aku datang ikut tema. hehehe
okee alang-alang dah sedondon dengan pengantin so aku pun ameklah kesempatan berkepit dengan pengantin kan. kate dah sedondon kan.. so nak lah bergambar bersame..

hahaha sampai tak muat kerusi pengantin nak gak duduk bertige.. kikiki
Ni kami bergambar di luar dewan, selesai semua amek gambar dengan pengantin, kami pun balik KL. ^^
 Kami bergambar dengan kereta yang bawak kami jenjalan dari pagi sampai ke pagi balik....Fuhh letih, balik terus pengsan! ^^
[Catatan : Belah pengantin lelaki.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

LizNir 1st Anniversary 2012 | No Dinner


Kami punye anniversary yang pertama 23haribulan ritu. Tapi time ni icik abam takde di sisi pun. Die nun kat Gunung Kinabalu tu. Alhamdulillah, dah setahun dah usia perkahwinan kami. Semoga jodoh kami kekal bahagia hingga ke syurga. Amin~

 Tarikh 23haribulan tu gak, icik abam dah mencipta sejarah untuk dirinya sendiri untuk tawan puncak Gunung Kinabalu. Bangge gile ngan icik abam, mane taknye, antara 40 orang yang pergi 6 sahaja yang berjaye ke puncak. Alhamdulillah! Terer icik abam! ekekekek :p
 
Walau pun icik abam jauh di mata time anniversary kami ni, tapi sempat gak die bagi semua ni kat aku time tu. Oh terharuuu!~

*thanks kepada semua yang berada disebalik tabir untuk menjayakan "surprise" dari icik abam ni.[Senyum lebar sampai ke telinga]
Bunga 12 kuntum melambangkan 12 bulan usia perkahwinan kami. [Pani kalau 2nd anniversary dpt 24 kuntum lak ye??] hehehe
Dannnn, untuk surprise present ni!!!!! sangat sukeeeee!!!! weee~

Nak tahu ape ade dalam kotak tu leh nengok gambar seterusnye...

v

v

v

v

v

v
Jeng3!!!!
v

v

v

v

v

v

v
scroll lagi dan lagiiiii! ^^
v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v
Tadaaa~
Yeahhh dapat kamera. Thanks abang.. cam tahu-tahu jekan.. ^^
 Okee, ni muka teruja dapat hadiah! Gile tak teruje kan.. so suwittt icik abam. ^^
Hadiah yang dah bukak tu aku wrapping balik, patu icik abam dah sampai umah aku suh die buat lakonan semula.. hehehe ^^

Baca Sini
[Catatan : Otw pegi Penang.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Wednesday, December 26, 2012

Kami Jumpa Jackie Chan

AMARAN: Jangan tersilap! Ini bukan JC! ^^
Okee, memula nak ucap sorry, sebab dah bape hari tak update. Banyak gambar yang tak ditransfer lagi.

Untuk entri ni nak cerita pasal perjumpaan pertama kali dengan Jackie Chan
Rating : ★ 
Untuk Filem CZ12 ni aku bagi 5 bintang
 Sebenarnye, time Gala Premiere ni, kami terlewat sampai, so ramai yang dah mengerumi pentas. Tunggu "hero" sampai

Disebabkan dah ramai yang berpusu-pusu nk duduk berhadapan pentas, aku pulak terus menyempil kat tepi pentas. Jadilah kan. Kalau dok tepi tu dari jauh dah boleh nampak kelibat Jackie Chan kalau beliau dah sampai. [Sedapkan hati sebab tak pat nak selit depan pentas] ^^

Icik abam pulak time ni aku tak tahu kemane dah menghilang. huhuhu.. die gune kamera len aku gune kamera len.
Okee, ni time Jackie Chan dah sampai, so aku sempat amek "belakang" aje lah kan. hukhuk
okee, ni je yang mampu aku snap dari tepi. hukhuk. 

Tapi icik abam banyak dapat snap gambar dorang-dorang ni dari arah depan. nanti aku transfer semua gambar-gambar tu and upload lain. huhuhu
Last sekali gambar kami laki bini, amek gambar sebelum movie start! ^^

 v

v

v

v

v

v

v

v
 Rindu kat icik abam tak hilang lagi.. weee~
[Catatan : Minggu2 terakhir.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...