Thursday, February 28, 2013

Cupcakes Wondermilk

 Okee yang 2 cupcake cam same je tu, semua mesti tahukan.. tula Red Velvet.. Patu yang ade oreo kat atas tu name nye Cookies & Cream Dream. Yang berwarna warni bagai tu pulak xtahu pe name die, tu flavor baru, tu yang tak tahu tu ^^

Semua nampak meliurkan tak.. okee, serius, semua yang kat atas ni memang marbeles! yummy!
Okee, nampak tu, kotak dah dibuka.. so mase untuk di "ngap!!" hikhik
Pandangan dari atas
Pandangan dari sudut
 Cukuplah 4 bijik untuk bulan ni.. kang makan banyak-banyak gemuk lak kan.. eh.. tapi.. kan... esok kan dah masuk bulan len.. ngeh3
 [Catatan : Sebiji : RM4.90.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, February 27, 2013

Sijil Penghargaan Gua Tempurung

Mungkin ada yang dah bace entri "Bercaving Di Gua Tempurung".
Entri berkaitan ada 3 Part semuanya, so kalau sape yang rase belum bace dan nak bace boleh lah belek-belek kat older posts ehh.. ^^

Okee, ini sijil penghargaan aku
Dan yang ini sijil penghargaan icik abam

*Sebenarnye sijil ni dah lame dah dapat, tapi baru teringat nak update kat entri

 [Catatan : Sijil RM5.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, February 25, 2013

Stok Baru Milik Aku

Okee, ini stok baru yang aku maksudkan. Memandangkan handbag aku yang selalu diusung ke hulur ke hilir hampir 2 tahun ni dah hampir "nazak", so terpakse lah cari penggantinye kan supaya ia tidak terburai di tengah jalan. ceh ceh..

Ape-ape pun nak ucap terima kasih kat icik abam lagi sekali. Tapi icik abam cakap, pani kene pakai handbag ni minimum 3 tahun. Baekk! akan cume sehabes baek! ^^

*Handbag ni icik abam yang pilih.. 
[Catatan : Half 3 angka.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Perbezaan Samsung Galaxy Note II & Samsung Galaxy Note 10.1

 Secara fizikal korang dah boleh tahu ape perbezaannye kan. iaitu Galaxy Note 2 adalah 3x gande kecil dari Galaxy Note 10.1

Tapi bukan saiz atau harga yang nak dibanding kan oleh aku ke atas kedua-dua henpon ni. Perbezaan yang aku maksudkan adalah....
 Samsung Galaxy Note II ni adalah milik aku.. dan...
Samsung Galaxy Note 10.1 ni adalah milik icik abam. 

Yeahh.. okee, entri ni sekadar nak kongsi kegembiraan.. bak kate icik abam, dah lame dah aku mengidam kan bende ni. tu yang teruja sangat bile dah dapat. ^^

*Semoga icik abam, aku murah rezeki selalu.. amin

[Catatan : Thanks abang.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, February 22, 2013

Alhamdulillah Rezeki Bulan Februari

Untuk entri ni aku nak cerita pendek je. Aku cume nak cakap yang Bulan februari ni rezeki kami murah! Alhamdulillah. ^^
Korang nengok gambar kat atas ni je korang dah tahu kan.. so ape yang mampu aku cakap adalah Alhamdulillah...Mungkin ade di antara korang yang terperanjat cmne aku leh dapat lak kan. Entahlaa.. Aku sendiri terkejut bile dapat surat ni. Pape pun orang kate rezeki jangan ditolak.. =)

Doakan Rezeki kami melimpah ruah macam bulan ferbruari ni.. Aminn
Untuk gambar-gambar kat atas ni akan diupdate untuk entri akan datang. Insya Allah

[Catatan : alhamdulillah rezeki kami.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, February 21, 2013

Exclusive Preview Screening Filem Dark Skies

Kami dapat 2 tiket untuk filem Dark Skies ni. Lepas keje terus je berlari ke Tropicana City Mall. Sebab mase register dari pukul 7petang sampai 8.30 malam je

Tapi disebabkan tempat keje aku dekat situ, so tepat kul7 je aku dah beratur nak amek tiket tu.
Perasan tak aku tersengih time nak amek tiket tu?? Okeh, kalau korang nak tahu, aku bukan saje-saje nak sengih ye. Aku sengih dan tergelak bile kakak kat kaunter tu cakap kat aku.. "seronoknye kan dapat tengok wayang free hari-hari". hohoho

Haaa, tu pasal la aku tersengih sebab dengar kate-kate die tu. Nampak sangat die dah cam sangat dah aku kan. hohohoho
Pose dari tuan tanah. Untuk pengetahuan korang, aku xnengok pun cerita ni. Lepas je amek tiket tetibe je kami ade hal. So xsempat nak nengok citer tu walau pun tiket dah ade kat tangan. huhuhu

So disebabkan tak nengok cerita ni, aku xpatlah nak bagi bape bintang untuk filem ni ye. Sinopsis: Filem ini berkisahkan seorang makhluk asing yang menyamar sebagai manusia dan seorang budak lelaki yang akan diculik. Pasangan yang janggal ini harus bekerjasama untuk menyelamatkan diri.

Thanks Cinema Online. Jangan tak bagi tiket kat saya lak pasni ye walaupun tahu saya selalu dapat tiket free ni.. hehhe
[Catatan : alhamdulillah rezeki.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, February 20, 2013

Special Screening Filem Cloud Atlas

Semalam kami dapat tiket wayang free lagi, so icik abam ni kalau cerita omputih pasti die nak pergi aje. Walau pun semalam penat baru balik outstation kat Melaka. Aku kalau icik abam dah kata nak pergi aku pun ikutkan ajelah walau pun 3 hari berturut-turut tak lekat kat uma untuk minggu ni. huhuhu
Rating : ★ 
Okee, untuk filem ni aku bagi 3 bintang. Cerita panjang sangat. Hampir 3 jam. Filem ini adalah sebuah filem misteri yang mengisahkan semua benda yang saling berkaitan, dari diari 1849 tentang pengembaraan merentas Lautan Pasifik, ke surat yang ditulis seorang penulis lagu kepada seorang kawan, ke satu thriller tentang pembunuhan di penjana kuasa nuklear, ke satu sandiwara tentang seorang penerbit di rumah orang tua, ke klon yang derhaka di Korea masa depan, ke kisah satu puak yang tinggal di Hawaii selepas malapetaka dahsyat, jauh di masa depan. 
Disebabkan kami antara yang terawal datang, pastu nak tunggu hall bukak memang banyak sangat lagi mase. Dari tak tahu nak buat ape terus icik abam ajak men game. Saje nak buangkan mase sambil nak tunggu waktu "showing"
Last sekali pose gedix dari tuan tanah.. ^^

[Catatan : malam ni Dark Skies.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Meatball & Kepak Ayam IKEA

Okee, ini kisah petang semalam. Mentang-mentang opis dekat dengan IKEA bagai, so boleh la datang situ semata-mata nak pekena Meatball & kepak ayam kat situ. ^^
  Ni pepagi nengok meatball ngan kepak ayam ni mau rase nak berlari jap ke IKEA.. ceh..rajin sangat lah pun kan nak berlari ke sane.. hehhe
Thanks kat icik abam sebab sentiasa melayan kerenah aku..

[Catatan : Alhamdulillah.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, February 19, 2013

Majlis Pratonton Filem Pada Suatu Cinta Dahulu

Ini kisah malam tadi, kami berpeluang menghadirkan diri untuk Majlis Pratonton Filem Pada Suatu Cinta Dahulu di e@Curves Damansara

Filem Pada Suatu Cinta Dahulu ni adalah dibawah arahan Hashim Rejab dan ia merupakan filem ke-73 MIG. Filem romantik komedi ini berkisahkan Zainal, seorang lelaki yang berasa tertekan dan tidak puas hati dengan perkahwinannya. Dia mengimbas kembali pada zaman mudanya bila dia seorang murid nakal yang jatuh cinta dengan Azura, seorang gadis yang menyerupainya. Tetapi, Zainal telah mengkhianati Azura. 

Rating : ★ 
Untuk filem ni aku bagi 3 bintang. Jika korang nengok filem ni mesti korang terkenang cerita cinta monyet korang zaman sekolah dulu. Mesti ramai yang pernah rase pengalaman "cinta monyet" ni ye tak.

Malam tadi sempat gak aku korek cerita "cinta monyet" icik abam... Ni soalan aku kat icik abam "..Abang pernah ade cinta monyet tak..??..." Korang tahu ape jawapannye????... ni jawapannyeee... "Mane abang penah ade pengalaman cinta2 monyet tu, sebab abang bukan monyet!" Cet.. kalau korang dengar jawapan camtu ape yang korang rase nak buat.. hohohoh.. okeh kite tinggalkan cerita pasal cinta monyet tu..^^ 

Jom cekidaut gambar sekitar majlis malam tadi
 Bersama Wawa Zainal
 Antara barisan artis Filem Pada Suatu Cinta Dahulu
 Bersama Nizam Zaidi

Nizam nak bagi bunge tu kat aku, tapi icik abam dah jeling-jeling terus tak pat bunge tu! hahahha.. okeh ini cerita rekaan semata-mata.. ^^

 Lepas je Mejar David Teo abes pantun, semua dah boleh nengok cerita dah!^^
 Bersama Intan Ladyana
Bersama Fezrul Khan

[Catatan : malam ni Cloud Atlas.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, February 18, 2013

Traffic Light Bentuk "Love"

Nengok tu kalau tak caye. Memula ternampak pun aku nengok banyak kali nak nengok betul ke ape yang aku nampak. Mane taknye, xpenah2 lak nampak lampu traffic light "kreatip" cmni. Hehhehe

Kalau korang nak tahu ni area Bukit Jalil, ade 2 traffic light yang aku nampak lampu merah die bentuk "heart" Love! ^^
[Catatan : kreatip tak bertempat.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, February 15, 2013

Bercuti Di Bukit Merah & Cameron Highlands | Part 4

Untuk bace entri Bercuti di Bukit Merah & Cameron Higlands dari Part 1, korang boleh nengok kat older posts eh. ^^
Kan hari pertama kami dah jenjalan beli sourvenir, kami dah pun beli t-shirt sebagai kenangan. Kami plan nak pakai reramai time nak balik tu nanti. So banyak2 warne, aku dan icik abam pilih warne kuning. Sebab ape pilih wane kuning?? sebab pikir nak jadi Raja Sehari lagi.. bhahaha Cet! tu bukan jawapan yang tepat ye. Jawapan yang tepat sebab nak amek merah dah banyak baju merah lak kan.. so amek jela kuning diraja ni ^^
 Kami bergambar depan hotel
 Team Hijau - Along & Family's
 Team Kuning - Aku & Icik abam
 Team pink - Adik aku No.3 & hubby
 Team merah - Adik-adik aku & ibu

*Ibu pun cari gak t-shirt muslimah time ni, tapi tak jumpe lak saiz yang besar sket. 

Lepas bergambar bagai, kami terus gerak ke Cameron Highland. Rasenye kami dari Bukit Merah pukul 12 tengah hari. Kami exit Simpang Pulai time tu dah pukul 2 petang rasenye. Nak exit Simpang Pulai je dah jem kemain. Last-last dalam pukul 5 petang camtu kot baru sampai atas. Kami singgah makan dulu pastu terus ke Tanah Rata. Perjalanan sangat lame disebabkan jem yang teramat. 

Penat dok dalam kete je time tu. Niat nak pergi farm, tapi last-last satu farm pun xsempat nak pergi sebab jem.So kami singgah kedai-kedai kat tepi jalan dan pergi pasar malam kat Tanah Rata je,  beli stawberry, jagung, sayuran, teh dll kat situ je.. huhuhu. 

Jom cekidaut gambar kami di Cameron pulak ^^  
okeh, siyes ni muke penat
  Sekian. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat pergi dan balik. Sangat enjoy! ^^

*Gambar kat cameron tak banyak sebab memasing dah letih, so mood nak bergambar sangat pun kureng. huhuhu  
[Catatan : Nak bercuti lagi.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...