Friday, June 21, 2013

Pratonton Filem 1 Lawan Satu

Semalam telah berlangsungnya Pratonton Filem 1Lawan Satu di TGV Sunway Piramid

Filem ini adalah filem aksi arahan Pierre Andre yang mengisahkan dua orang "pahlawan", Saleh dan Radhi yang berasal daripada latar belakang dan dunia yang berbeza namun berjumpa dan bertempur dalam satu pertandingan. Saleh dibesarkan dengan ilmu mempertahankan diri yang penuh di dada warisan terunggul keluarganya. Kehilangan adiknya, Saleha telah menyebabkan ayahnya melepaskan Saleh pergi untuk membawanya pulang semula kepangkuan keluarga mereka.

Berbeza dengan kehidupan Radhi yang berlawan demi menyelamatkan nyawa adiknya, Sara yang sedang sakit tenat. Radhi boleh menahan sebarang hentakan pada badannya asalkan duit sebanyak RM50 ribu berjaya dikumpulnya demi pembedahan Sara. Kehadiran Saleh ke bandar telah menemukannya dengan Nora, kawan kepada Saleha. Namun Saleha masih tidak ditemui. Nora dengan rela hati membantu Saleh mencari Saleha sehingga jumpa. Ketangkasan dan keazaman Radhi telah menyebabkan Oman, mengupahnya untuk berlawan untuknya. Radhi yang terdesak kerana memikirkan keadaan Sara menerima tawaran Oman.

Perjalanan Saleh dalam mencari Saleha juga membawanya kepada Oman yang telah membeli Saleha dan mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur jika Saleh melawan. Tanpa mereka sedari, Saleh dan Radhi telah digunakan oleh Oman untuknya mengaut keuntungan dalam perlawanan Malaysian Super Fighter 2013. Satu demi satu perlawanan terpaksa Radhi dan Saleh hadapi demi menyelamatkan nyawa adik masing-masing. Takdir menentukan yang dua orang pahlawan hebat ini bertemu di satu arena. Setiap tumbukan dan sepakan yang mereka terima akan menentukan nasib Saleha dan Sara. Namun mereka sedikit pun tidak berputus asa dan berlawan sehabis mungkin

Filem ini memang penuh dengan aksi. Aku bagi 3 bintang
Rating : ★ ★   ☆

Filem ni akan mula ditayangkan dipawagam pada 27/6/2013
 [Catatan : 6 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

2 comments:

Bro Framestone said...

Oh patutlah macam perasan je waktu majlis pratonton tempoh hari

Norliza Nordin said...

hehehhe perasan bro gak.. tapi malusss nk tegurr ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...