Thursday, July 11, 2013

Review The Lone Ranger

Okee ni 1st time aku menang tiket movie dari KLIPS
Kalau korang nak menang tiket wayang macam aku korang like lah page klips tu. ^^
 Rating : ★ ★   ★
Untuk Filem ni aku bagi 5 bintang. Cerita ni memang panjang dan lama. Durationnnye kalau tak silap 2 jam setengah camtu. Tapi walaupun cerita ni panjang, aku tak tertido pun okee, mane taknye, cerita ni penuh dengan lawak jenaka dan aksi yang syok ditonton.
Filem ini mengisahkan tentang kumpulan Texas Ranger yang dibunuh oleh satu kumpulan penganas yang diketuai oleh Butch Cavendish. Butch Cavendish adalah seorang penjenayah yang ditakuti oleh penduduk Texas kerana dia telah melakukan jenayah kejam dan dia telah membunuh Reid ketika menjalankan operasi menangkap dirinya. Butch berjaya melepaskan diri daripada tahanan polis. 

Disebabkan ranger-ranger telah dibunuh muncul Tonto seorang Red India yang menyelamatkan seorang ranger, John Reid, adik kepada Dan Reid yang nyaris dibunuh juga oleh kumpulan penganas. Tonto adalah seorang Indian yang berasal dari kaum Cameche dimana semua kaumnya telah dibunuh oleh Butch ketika Tonto masih kecil. Manakala John Reid pula merupakan seorang peguam yang baru sahaja pulang ke kampung untuk menjawat jawatan yang telah diberikan oleh abangnya.

The Last Ranger atau Lone Ranger bekerjasama dengan Tonto untuk membalas dendam demi keluarga mereka serta menegakkan semula keadilan dalam bandar mereka. Pelbagai adegan lucu dan aksi korang boleh saksikan dalam filem ni

So sape-sape yang belum nengok tu, ape lagi pegila nengok filem ni hujung minggu nanti okee ^^

[Catatan : tq KLIPS ^^]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

7 comments:

Sally Samsaiman said...

kak! kita duduk sama row laa....ke akak duduk tempat lain?? hahaha...x perasan pun :P

Norliza Nordin said...

owh tiket H jugak eh. benaunye amoi kenit tu silap bagi. die bagi tiket mule H dulu..patutnye A. dah silap camtu terus die announce free seating aje. so akak dok belakang sx laaa.. ^^

Sally Samsaiman said...

hahaha...sally duduk row yg sama..malas nk gerak...lgpun takde org kat depan...hehehe

Mummy Audya said...

owhh okee.. dah pasan.. kte same2 beratur kot.. akk belakang korang, korang depan brader yng tak reti "q" itu kennn hehehe :p

combi said...

kemosabe!

Sally Samsaiman said...

hahahaha! betul...kita beratur panjang...alih-alih dia duduk depan...kawan sally dah bebel-bebel dah..hahaha... :)

Mummy Audya said...

tegur aje lenkali. hahha tp rtu akak g bazar, ade gak potong Q cmtu.. tak tercakap pape cume bebel sendiri aje.. hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...