Thursday, November 28, 2013

Review Filem HomeFront

Kami dapat 4 tiket untuk special screening filem Homefront ni. Tapi kami tak pegi pun tengok filem ni. Aku bagi kat opismate keempat-empat tiket ni. Icik abam suruh aku stop dulu aktiviti nengok wayang ni buat sementara waktu, sebab die ade aktiviti lain yang perlukan training sehingga masa yang telah ditetapkan. 
Memandangkan luck aku untuk dapat tiket wayang free ni selalu aje cerah, so icik abam cakap takpe buat aje contest kalau dapat tiket free tu kite bagi kat orang lain. Sebab dia cakap ramai member-member dia cuba masuk contest yang same tapi susah pulak nak menang. Sebab itu aku masuk gak contest movie ni, tapi bila takpat pegi aku akan bagi kat sape-sape yang berminat, so tadelah membazirkan

Okee, pendekkan cerita, untuk filem ni opismate aku cakap jalan ceritanye simple, tapi cerita ni penuh dengan aksi. Dia bagi 3.5 bintang. So aku bundarkan jadi 4 bintang untuk filem ni ^^
Rating : ★ ★  ★ ☆

Filem ini adalah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Sylvester Stallone. Gari Fleder yang terkenal kerana mengarah filem seperti "Kiss The Girls" dan "Runaway Jury" mengarah filem aksi thriller ini. Ianya mengisahkan seorang bekas ejen DEA, Phil Broker (Jason Statham) yang memindahkan keluarganya ke sebuah bandar kecil demi melupakan sejarah silamnya. Setibanya dibandar tersebut. Phil menghadapi pelbagai kes jenayah yang didorong oleh dadah disebalik keadaan bandar yang kelihatan tenang. Dia turut mendapat perhatian daripada seorang pengedar dadah kejam bernama Gator (James Franco)

Tarikh tayangan bermula hari ini iaitu 28 November 2013 sama dengan Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

[Catatan : 4 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...