Thursday, November 21, 2013

Review Filem Kisah Paling Gengster

Malam tadi kami dapat tiket free lagi untuk Special screening Filem Kisah Paling Gengster. Filem ni adalah untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja
Filem ni mengisahkan tentang Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti pemuda-pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata beliau seorang yang "Loser".

Namun segalanya berubah apabila Remy menyelamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap yang bernama Megat. Demi untuk membalas budi, Megat telah menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang "Loser" kini dia telah bangkit semula sebagai seorang gengster. Namun beliau berdepan dengan dilema dan masalah
Rating : ★ ★   ☆ 
Filem ini diterbitkan oleh B&L kreatif dan dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Wawa Zainal, Paduka Master Rock, Wan Hanafi Su, Zul Suphian, Fyza Kadir, Epy Raja Lawak, Alex Yanz, Khadijah Tan dan ramai lagi

Filem ni telah berada dipawagam mulai hari ini iaitu 21 November 2013

[Catatan : 2 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...