Thursday, January 30, 2014

Review Filem Robocop 2014

Malam tadi kami dapat 4 tiket untuk ke pratonton Filem Robocop. Memandangkan semua gadget atau alat elektronik tak boleh di bawak dalam wayang. So icik abam suruh tinggal hp dalam kereta aje. Nak simpan dengan dorang bole aje, tapi leceh la nanti nak amek balik kan.. 

Dah kate tak bole bawak sebarang gadget so malam tu semua penonton perlu jalani ujian imbasan sebelum nak masuk wayang. Perghh tetiba rase macam orang jahat pulak abes kena check sane sini.. hihihi...

Dorang tak bagi bawak masuk apa-apa gadget atau alat elektronik (hp, kamera, power bank dll) kerana dorang nak menjaga preview 'Robocop'. Ini kerana Malaysia menayangkan filem ini 2 minggu sebelum United States yang sepatutnya disiarkan pada 14 Februari 2014
Untuk filem ni aku bagi 4 bintang 
Rating : ★ ★  ★ ☆

Filem ini mengisahkan pada era moden robot telah menjadi sebahagian dari kehidupan manusia di masa hadapan. Namun, Amerika menjadi satu-satunya negara yang tidak mempraktikkan hal ini dan seolah-olah sangat takut akan hal itu. Dengan melihat negara lain, hal ini membuatkan pemerintah untuk berfikir agar Amerika tidak menjadi negara yang ketinggalan pada masa akan datang. Para ilmuan akhirnya menemui jalan penyelesaian untuk memasukkan robot ke tubuh manusia. Ini terjadi apabila berlaku satu kemalangan yang menimpa seorang anggota polis yang bernama Alex Murphy (Joel Kinnaman). Badannya melecur dan hancur teruk akibat terkena bom yang diletakkan di keretanya. Untuk menyelamatkan nyawanya, pemerintah akhirnya menggabungkan robot dengan sisa badan Alex. Apabila diuji, Alex berubah menjadi robot yang kuat dan tidak boleh dikalahkan oleh robot lain dan musuh-musuhnya. 

So kepada korang semua yang nak tengok filem ni, cerita ni dah pun berada di pawagam mulai hari ini ^^
Akhir sekali nak tepek makanan kegemaran aku, ayam penyet yang sempat aku bedal sebelum nak nengok filem ni. Hahahha.. saje bagi terliur, kan dah time lunch! ^^

***Icik abam tergila-gilakan motor dalam robocop tu ;)

[Catatan : 4 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...