Tuesday, June 03, 2014

Champion Shooting goes to DELTA

Yeah yeahh! papepun kite yeahhh dulu sebab bulan Mei dah abes, welcome to bulan Jun. Sebab ape aku bersorak hepi bulan 5 ni dah abes adalah kerana itu merupakan penamat segala aktiviti sukan icik abam, so no more training tetiap hari. Dah bole lakukan aktiviti harian kami dengan baik seperti biasa. Yahooooo~

Dah lame benau rasenye tak update blog, jari jemari ni pun kekok semacam bile nak menaip. Cerita dalam kepala otak ni banyak aje yang nak dikongsikan tapi baru hari ni berkesempatan nak update. Maaflaa ye, minggu lepas terperuk kat uma 4 hari sebab tak sihat. Icik abam pulak kejenye outstation je bulan lepas, tu tak termasuk dengan aktiviti-aktiviti die training tetiap hari. So bila dah abes bulan Mei ni rase lega sangat kepala otak aku ni, so dah boleh berkepit dengan icik abam macem biasa. Kuang3
31haribulan haritu merupakan hari penutup sukan, bertempat di Institut Sukan Negara Bukit Jalil. Dari pagi sampai ke petang memang "berkhelah" kat situ jelaa icik abam. Aku mulakan dulu dengan sukan menembak ye. Ni pestaim icik abam masuk pertandingan menembak.
Kite amek gambar dulu sebelum game start
Aim jangan tak aim
Tembakkk!
Kalau korang nak tahu ni antara game yang sempat aku nengok. Tak semua games aku pegi jenguk, sebab time ni aku tak bape sihat lagi. So mane dan aje aku pegi nengok
Game menembak ni antara game yang aku nak nengok, yelaa kan lakikk masuk pertandingan, naklaa join. Nak bagi kata-kata semangat sikit kan. Walhal nak sibuk snap sane sini ^^
Ni video yang sempat aku record time icik abam tengah berlawan
Dah abes game tunjuk sikit "sasaran" yang icik abam dapat buat
Alhamdulillah result tak mengecewakan. Dapat 42/50 markah
Sambil group lain berlawan ade briefing sikit pasal suit dan alatan ketika shooting
Akhir sekali aku tunjuk gambar aku melaram dengan Gold Medal yang icik abam menang. Yeahhh DELTA champion dalam shooting games. Tahniahh ^^
[Catatan : 5 peluru sahaja]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...