Tuesday, June 10, 2014

Icik Abam Pergi Kursus Mukmin

Entri ni aku update cerita yang dah lame, cerita bulan lepas dimana 3 hari icik abam tinggalkan aku sensorang untuk menngikuti Kursus Mukmin Professional Program anjuran company icik abam. Setiap tahun memang ade aje program yang wajib icik abam join untuk cukupkan kredit hours die. So ni salah satu program yang wajib icik abam join. Banyak-banyak program yang icik abam join, program ni yang paling terkesan antara kami berdua. Alhamdulillah, program ni memang sangat bagus dari apa yang icik abam sampaikan kat aku.
Sebelum aku cerita apa mesej yang terkandung dalam program ni, aku belanja korang dengan gambar sekitar kawasan tempat program yang icik abam join ni ye. Icik abam whatsapp gambar-gambar ni untuk bagi laporan kat aku. Al-maklumlaa kawasan hutan, so nak tahu gaklaa camne keadaan icik abam duduk selama 3 hari tu. Alhamdulillah kemudahan tempat tinggal selesa walaupun duduk dalam hutan
 Sebelum icik abam pergi program ni aku pikir dorang akan duduk dalam khemah, yelaa kawasan kat hulu langat so aku bajet dorang konpem dah macam budak-budak perkhemahan kan. Tapi tak tahu pulak ade kawasan camni. Alhamdulillah, senang hati bila dapat tahu camni kan ^^
 Ni dia kawasan tempat tinggal kat Impian Rimba Resort ni. Satu bilik icik abam duduk 3 orang, masing-masing dapat tidur atas single bed
 Kawasan resort ni sangat nyaman dan dingin je icik abam cakap
 Yang ni pulak bangunan pejabat pemasaran kat Impian Rimba Resort tu
 Memang dalam kawasan ni sangat terjaga dan bersih aje
Icik abam banyak hantar gambar kawasan resort ni aje, program yang dorang join icik abam tak banyak amek gambar. Katenye tak sempat nak amek gambar mase aktiviti-aktiviti dijalankan, risau motivator marah katenye. hihihi
Ni jelaa satu-satunye aktiviti yang sempat icik abam 'report' kat aku, sehari sebelum icik abam nak abeskan program die. Ni mase dorang tengah dengar tazkirah lepas subuh, yang heaven tu dorang dengar tazkirah kat tepi sungai, aku nengok pun cam best je kan.
 Macam-macam ilmu icik abam bawak balik dari program ni
Icik abam memang betul-betul fokus ketika mengikuti program ni sebab aku selak segala nota penuh dalam buku program tu. Ilmu dan pengetahuan yang dia dapat memang niat die nak kongsikan dengan aku. Alhamdulillah, icik abam pun dah mula bagi tazkirah kat aku sebagai peringatan kami bersama. Icik abam memang suggestkan aku ikut program ni kalau berkesempatan
video
Video ni aku record mase icik abam nak bagi tazkirah kat aku. Aku naklaa record tapi icik abam dah tegur pulak, so tak jadi nak record lebih-lebih.. Tujuan aku nak record tazkirah dari icik abam tu bukan ape, saje untuk masa-masa akan datang bila berjauhan nanti, so tadelaa aku asek nengok video icik abam melalak jekan, dengar tazkirah ade gak faedahnye.. hihihi
Papepun tahniah kepada semua yang menjayakan program ni, sebab aku yang tak join ni pun terkesan dengan program-program yang dianjurkan. Alhamdulillah, icik abam sekarang dah amalkan setiap ilmu yang dibelajar tempoh hari. Setiap hari, bila ade mase terluang, icik abam akan bagi tazkirah kat aku, sebab katenye aku ni degil benauuuu so kene sentiasa ditazkirahkan supaya hati aku lembut, tak keras kepala dan sebagainya. huhuhu
Sebelum solat icik abam suruh aku amalkan selawat badawiyah dan amalkan doa taubat ni. Insya Allah kita akan lebih tenang, tak sedih-sedih dah. Kusut-kusut dekat tempat keje ternyata hilang. Alhamdulillah

***Selepas dari program ni, dorang ade gak tanye feedback dari program ni, ternyata memang tiptop laa feedback dari icik abam
[Catatan : Amalan bersama]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...