Tuesday, May 12, 2015

Bali Bidadari Batik

Kalau tadi aku dah update pasal cerita di Sari Dewi, skang aku update lagi satu entri untuk harini.
Sebenarnye sebelum ke Sari Dewi tu tadi kami ke sini, Bali Bidadari Batik. Bagi aku kalau korang datang ke Bali ni korang kene ke sini. Sebab kat sini korang akan jumpa barang barang batik yang cantik cantik kat sini. Kat Bali ni selain terkenal dengan tempat tempat yang cantik, Bali ni terkenal jugak dengan Batik. So bolelaa korang beli sikit barangan batik ni sebagai ole ole kann.

Kalau ikut total keseluruhan hari kami kat Bali, kat sinilaa kami banyak perabiskan duit beli ole ole. Bagi aku barang kat sini memang berkualiti kalau nak dibandingkan kat tempat lain. Tapi mahal laa sikit... huhu
Selain beli ole ole untuk family tersayanggg.. kami sibuk buat t-shirt anniversary kami. Beli t-shirt putih pastu suruh dorang lukis ikut corak yang kite nak.
Tu icik abam tengah sibuk nengok Pak tu lukis atas t-shirt kami. Tu yang kemain duduk kat sebelah Pak tu je.. hihi
Sambil tunggu t-shirt kami siap dicanting.. kami nengok staff staff kat situ menenun kain. Kat situ dorang tenun kain gune care tradisional.. Hasil kain yang ditenun memang sangat cantik dan berkualiti.
Sambil tunggu t-shirt kami siap, sempat gaklaa icik abam record video keadaan kat Bali Bidadari Batik time tu.. Mase kami datang memang ramai foreigner. Semuanye pun sibuk nak mencanting baju ikut citarase sendiriii..
Ni pulak gambar ukiran yang kami pilih untuk kami abadikan kenangan sempena 3rd anniversary kami di Bali. Lukisan di t-shirt icik abam dan aku tak same. Nampak je macam same.. tapi kami pilih corak lukisan berlainan sikit. Saje nak berlainan..


Satu t-shirt tade gambar rumah.. satu lagi ade.. hihihi
Untuk t-shirt kedua ni aku tak snap gambar sangat pun. Amek gambar awal awal je. Sebab tadi dah puas amek gambar dan record video dari mula sampai akhir mase Pak tu sibuk mencanting atas t-shirt kami yang pertama tu.

Ni gambaran bile dah siapp.. cantik takk.. hehhehe
Video ni icik abam record mase mula mula sehingga siap t-shirt kami tu ✌
So inilaa t-shirt kami selepas dilukis atasnye.. Dua corak berlainan tapu keduanye ade gambaran pasal Bali.
T-shirt ni sebenarnye tak bole diiron dan dibasuh gune mesin sebab takmau lukisan atas t-shirt ni rosak.  
Tapi aku dah sampai umah tak pasan ade baju ni terus je masuk dalam mesin basuh.. tapi nasib baiklaa elok gaklaa lagi. Dah basuh gune mesin opkos dah renyuk renyukkk.. so aku try iron.. pun okee.. tapi maybelaa tak bole iron lame lame. Takut lukisan tu mencair.. lukisan tu kann dilukis gune pewarne. So kalau diiron takutlaa pewarne tu cairr.. tak memasal je kannn.. hihi
Dah balik hotel, snap resit ni untuk tepek kat sini. So total kami belanje kat Bali Bidadari Batik ni adalah Rp600,000 ✌


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...