Sunday, June 28, 2015

Ke Genting Lagi| Menang Contest

Alhamdulillah tahun ni je dah dua kali pergi Genting. Dua dua hasil menang contest. Haritu kami dapat bilik kat First World Hotel wing lame. Tapi kalini dapat bilik baru. Kat new wing First World Hotel.
Macam biasa kami kene check in kat counter 30. Dah dapat kunci, kami naik ke bilik. Nak nengok camnelaa keadaan dalam bilik baru ni kan.. hihi
Dalam lif pun sempat berselfie. Maklumlaa tinggi pulak tingkatnye. So sempatlaa nak berselfie
Dah sampai dah bilik kami. So inilaa nombor bilik yang kami stay haritu.
Kalini kami menang penginapan 2D1N dan empat tiket VIP untuk nengok show Iluminate kat Genting International Showroom.
Macam biasa kalau masuk bilik lepas check in opkos ade dua tiga gambar untuk buat review keadaan bilik. 
So nilaa keadaan bilik baru ni new wing ni. Nampak macam besar sikit bilik ni.
Macam biasa memang ade dua katil. Menang sesuai untuk tidur empat orang dalam satu bilik ni
Yang best bilik baru ni kite boleh nampak pemandangan luar bilik. Boleh nampak kabus kabus sejuk kat Genting
Cume yang tak bestnye kalau duduk dalam bilik ni macam tak bape nak ade line telefon kat henpon. Line tenet lagilaaa. Memang takpat nak ngadap fesbuk ke ape..huhuhu..
Ni video yang aku record 

Macam biasa, pergi Genting mesti bawak bekalan. Senang kot lapar malam malam kan. Maklumlaa tempat sejuk kan. Mudahlaa laparnye.. hehehe
Walaupun ade bekal tapi tetap nak cari nasi. So kami makan kat Marrybrown aje. Nak ke kepci malas pulak nak berjalan.
So ni antara makanan yang kami order
Bawah ni pulak keadaan lobi hotel kat new wing ni
Malam pulak baru kami ke Genting International Showroom untuk nengok show Iluminate.
Memandangkan cerita ni bulan April haritu, so ni dah bulan Jun, nak cerita banyak pun dah takde idea nau. So korang cekidaut ajelaa gambar kami kat sane ye

Dapat seat depan depan, memang pus ati nengok show! 

Dah abes show jalab kat luar bangunan amek angin malam macam biasa. Sejukkk..
Tak larat nak berembun malam malam tu. Dengan sejuknye lagi so kami terus balik bilik je. Tak jenjalan pun, sebab sebelum ni kan dah sampai, so dah pegi indoor sume. 
Keesokkan harinye selepas check in berselfie lagi tempat malam tadi. Kalini tadelaa sejuk sangat kan..
So yang belakang warna warni tulaa First World Hotel. Tempat kami stay untuk dua haritu.


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...