Friday, September 11, 2015

Dinner Sambil Nengok Sunset di Tepi Pantai Jimbaran, Bali

Masih cerita kami di Bali. Ni mase pergi bulan 12, pestaim sampai Bali, memang banyak berjalan kalau nak dibandingkan dengan trip yang baru baru ni.
Bilaa dah keluar je, kenalaa lunch dengan dinner kat luar kannn. So salah satu tempat dinner yang wajib pergi di Bali ni mestilaa di Pantai Jimbaran ni.
Memandangkan hari hari kami full dengan aktiviti, so bile masa nak makan tu kadang kadang terlari sikit dari jadual. Patutnya kami ke sini waktu petang boleh nengok sunset sambil menikmati dinner. Tapi last last terdelay sikit waktu makan. Tu yang nampak cam dah gelap jekan. Patut dalan schedule sampai sini pukul 5 petang tapi dalan 7 lebih camtu baru sampai kat Bali ni gelap cepat.. Pukul 6 petang camtu dah gelap dah..
Sambil korang scroll gambar gambar yang ade, sambil aku bercerita ye.. Cerita sikit bagi review kat korang yang mane berhasrat nak ke Bali ke kan.. Maklumlaa orang Malaysia ramai yang suke ke Bali ni, lagi lagi pengantin baru. Mase kami pergi minggu lepas kebanyakkan pasangan dari Malaysia yang nak ke Bali semua berinai jari jarinya. Konpem pengantin baru.. Hihi
Kalau korang nak tahu, lokasi Pantai Jimbaran ni tak jauh pun dari Airport Ngurah Rai. Dalam 30minit camtu dari Denpasar dah boleh sampai ke pantai ni. Pantai ni pun dekat dengan Tanjung Benoa, salah satu tempat water sport yang boleh dikunjungi.
Pantai Jimbaran ni adalah salah satu pantai pasir putih di Bali, memandangkan dah malam, so tak bape nak nampak sangat keputihan dan kehalusan pasirnya. Tapi still boleh rase pasir pantai yang halus bila korang nak ke tepi pantai. Selain itu, kalau siang siang, korang boleh nampak bandar Ngurah Rai dari tepi pantai tu.
Walaupun gelap tetap nak bergambar kan. Suasana malam kat sini hanya ditemani lampu lampu yang terdapat di sekitar restoren. Cewahhh.. Hehehe
Sambil nengok pantai depan mata tu sambil menikmati hidangan yang telah dorang sediakan. Time kami pegi ni, semua ditanggung, so tak boleh nak tunjuk bape harga makanan kat sini. Tapi kalau tak silap, member opis pergi makan kat sini hampir Rp200k jugaklaa set yang dorang sediakan. Nak order ala carte pun bolehhh 
Memandangkan cerita ni dah lame, so korang cekidaut jelaa gambar gambar kami kat sini ye. Ade rezeki Insya Allah boleh datang lagi, sebab aritu pergi pun macam masih ade tempat yang tak sempat nak singgah. Huhuhu








Dah puas makan, terus kami balik hotel. Hotel kami time tu belakang je dengan Pantai Jimbaran. Dah kekenyangan plus keletihan so takdelaa lame lame kat situ. Huhuhu


Atas ni pulak antara video video yang sempat direcord mase kat sane.. ✌
Last sekali tepek segala bagai ole ole yang sempat dirembat kat sane sebelum ke Pantai Jimbaran.. 😁


Salam Perkenalan,

2 comments:

mama tisya said...

sronoknye..bila akak nk smp bali hehe

Norliza Nordin said...

Insya Allah ade rezeki tu nanti.. Amin.. ✌

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...