Friday, December 09, 2016

Travelogue Thailand - Part 1 (Insurance Thailand, Malaysia Border, Satun, Bluesotel, Krabi)

Memandangkan sekarang ni tengah cuti panjang dan masih mood berpantang lepas operation aritu, rasenye tak dapat laa nak ke mane mane sampai laa ke tahun depan walaupun tengah tak keje ni. Huhuhu


Baru kite faham perasaan orang berpantang sekarang ni. Okeelaa kalau nak tahu pasal operation nanti kite update bila mood nak bercerita pasal ni datang ye.


So sekarang ni dari busan busan tade ape nak buat kite rajinkanlaa diri nak update sambungan cerita Travelogue Thailand Pengalaman Menaiki Kereta Ke Krabi


Untuk pertama kalinya bawak kenderaan sendiri masuk ke negara orang. Tak susah mane pun rupanya nak bawak kereta sendiri kat negara orang ni. Kos jimat sangat kalau nak dibandingkan naik flight. Pastu mudah untuk ke hulur ke hilir mencari tempat yang nak dituju. Waze kan ade, so takdelaa takut sesat ke ape kannnn! hikhik


Tapi kalau korang yang tak suke memandu dalam masa yang panjang, kite tak sarankan.. Sebab takut korang letih separuh perjalanan. So nanti trip tak bape nak menariklaa kalau banyak sangat pitsop kan.. Huhuuu


Kami mulakan perjalanan kami pada 30/4/2016 (Sabtu). Keluar dari rumah jam 11.20malam dan berkumpul di Tol Jalan Duta jam 12.04pagi. Kami ke Krabi konvoi dua kereta, kami sengaja plan gerak malam untuk sampai di border awal pagi. Dari KL kami pit stop dua kali sebelum sampai ke Changlun. Perjalanan kami dari KL mengambil masa hampir 7jam untuk sampai ke tempat buat Insurance Thailand. 


Kami sampai di Changlun pagi 1/5/2016 (Ahad). Kami buat Insurance di Changlun CNT Enterprise. Kedai insurance ni betul betul tepi jalan di Changlun.


Antara checklist yang harus diuruskan sebelum masuk Thailand:
1. Whitecard
2. Insurance kereta (Kalau tak buat kat sini pun takpe nanti kat border bole buat)
3. Borang TM2 & TM3


Kalau korang tak tahu camne nak isi borang borang ni, korang takyah bimbang, dorang kat sini sedia membantu. Yang penting korang sediakan maklumat korang yang lengkappp.


 Kami masuk Thailand melalui Wang Kerlian Border. Sambil sambil tunggu borang kami selesai, selfie dulu.. Hikhik


Insurance kereta ni penting in case kalau ada ape ape jadi at least covered sikit dengan insurance ni.


Dah selesai bab insurance, kami teruskan perjalanan ke Border.


Sebelum masuk Thailand tu dinasihatkan korang isi minyak penuh penuh dulu ye. Sebab kalau kat Thailand minyak mahal sikit. Rate tak same di setiap stesen minyak. So mane boleh jimat baik dijimatkan..


Dari Changlun tadi mengambil masa hampir 50minit (56km) untuk sampai ke Pos Imigresen Wang Kerlian Perlis. 


Sepanjang perjalanan dari KL, kami sentiasa menggunakan waze untuk tahu ETA dan jarak satu destinasi ke satu destinasi supaya kami mudah untuk merancang perjalanan kami.


Sepanjang perjalanan nak masuk border kami lalu diperkampungan Perlis. Serius sangat cantik kawasannye. Tenang dan nyaman aje.


Sempat gak berhenti tepi jalan sebab icik abam nak amek gambar matahari terbit


Dah puas bergambar kami teruskan perjalanan semula. Time ni semalaman tak mandi lagi, so bila dapat hirup udara segar camni, rasa fresh laa sikit kan.. Hihi


Kami sampai di kastam Malaysia dalam jam 9 pagi. Kereta dah berderet beratur untuk masuk ke Thailand. Kat Kastam Malaysia ni ok lagi beratur dalam kereta aje. Kat Kastam Thailand kena park kereta dulu pastu beratur kat kaunter untuk cop passport dan amek gambar. Lepas tu pergi ke Kaunter sebelah untuk dapatkan Borang TM2 (Passenger List), kat situ kena bayar RM5 seorang.


Dah isi form TM2 pergi semula ke kaunter pertama tadi untuk dicop atas borang tu. Dah selesai bawak Borang TM2 tadi bagi kat pihak imigresen Thailand untuk key-in dalam sistem untuk declare nak masuk kereta pulak. Kat sini korang kena bayar RM10 untuk satu kereta.


***Sila selitkan RM2 bila nak serahkan passport kat kaunter.


Tak sampai setengah jam uruskan passport dan insurance, kami dah boleh masuk Thailand.. Yey!! Berjaya gak bawak masuk kereta sendiri... Pestaim ni bawak kereta sendiri masuk negara oranggg Hihi


Masuk masuk je Thailand korang akan jumpa perkampungan Satun. Kat sini korang belilah simkad untuk dapatkan internet. Ada internet, barulah senang nak guna waze.


Dah beli simkad, dan internet dah ade kami teruskan perjalanan ke Krabi. Nak tahu pasal harga dan plan internet simcard yang kami gunakan boleh klik DISINI


Ohyaa, lupa nak habaq, kalau korang beli simkad kat sini, dorang akan tolong tukarkan untuk korang. Simkad dalam fon korang tu dia akan keluarkan dan masukkan dalam pack untuk korang simpan.


Dua jam masuk Thailand icik abam dah mula ngantok. Maklumlaa dari KL dah hampir 10jam perjalanan tak tidur langsung. Excited nak pergi Krabi katakan, last last surrender gak berhenti untuk nap sekejap. 


Sejam jugak kami berhenti kat Cafe Amazon ni siap makan bekalan tapau member lagiii.. hikhik


Dah nap dan "isi perut" kami teruskan perjalanan semula ke Krabi. Perjalanan untuk sampai ke Krabi kalini mengambil masa lagi 3jam (318km). 


Masa perjalanan ikut cara pemanduan masing masing ye. Kat sini jalanraya memang cantik dan besar, tapi korang kena faham, kat sini bukan Malaysia yang ada highway bertol-tol yang boleh korang speed. 


Kat sini korang kena bersabar mengharungi traffic light dan menggalah dengan cara pemanduan kenderaan kenderaan dari orang tempatan kat sini.


Sesampai di Krabi kami terus menuju ke Aonang Beach. Sebelum cari tempat makan kami dah cari tempat tidur dulu. 


Next entri nanti kite continue cerita pasal tempat lunch dan hotel yang kami walk-in ni ye..


Salam Perkenalan,

Thursday, December 08, 2016

When U Sacrifice, Nobody Appreciate!

Speedy recovery liza! Pray hard, don't give up!
πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ


Salam Perkenalan,

Wednesday, November 30, 2016

Blog Akan "Cuti Sakit" Mulai Esok

Hello bulan anniversary, semoga hari esok lebih baik dari hari ini ye..


Okee jom pikir cuti panjang nak buat ape.. nak pergi mane... hahaha πŸ‘€


Salam Perkenalan,

Friday, November 25, 2016

Day 2 - Last Day Di Pulau Pangkor

Entri penamat di Pulau Pangkor. Hari kedua ni aktiviti kami jalan jalan tempat bersejarah dan beli ole ole yang best kat sini




Lepas je breakfast kami decide nak berjalan ke tempat tempat bersejarah yang boleh dilawati di Pulau Pangkor ni..


Antaranya kami nengok Batu Bersurat yang terletak di Teluk Gedung.


Lepas tu kami ke Kota Belanda yang terletak tak jauh dari Batu Bersurat ni..


Cuaca sangat panas time ni, maklumlaa pukul 9 pagi cenggitu memang matahari tengah terik memancar..


Amek gambar memang berjurai jurai peluh huhuhu πŸ‘·


Nasib baik tak mandi lagi time ni hahahha..


Time panas panas gini memang tade sape nak datang ke sini, kami jela ye.. hahha


time ni yang ade kat sini hanya kami ngan peniaga peniaga yang meniaga di kawasan sini



Setengah jam posing kat sini baru muncul orang lain..




bila dah ade orang minta tolong amekkan gambar kami pulak. so ini hasilnye hehhe


Dah puas bergambar kat sini, dah malas nak merayap ke tempat lain..


Singgah ke Kilang Ikan Bilis, nengok dari jauh aje, sebab tak tahan bau.. hahha tu yang icik abam kemain tutup hidung tu..


pastu kami kesini nak beli ole ole..


Dan yang ini mase dah check out..


Nak balik pergi ke jeti naik motor je


Tapi beg troli tade laa angkut naik moto sekali, suruh "tour guide" kami yang bawak sampai ke jeti..


Dah sampai jeti baru kami pulangkan kunci motor..


ni video sepanjang perjalanan kami dari Hotel sampai ke jeti


Gambar seterusnye ni semua gambar atas feri..


Masa pergi tak dapat naik feri terbuka gini.. 


Dah balik baru dapat, tu kemain excited nak buat pose titanic gitu hahha






Good bye Pulau Pangkor, ade rezeki kite jumpa lagi hehhe


Dan ni beberapa video lagi yang ade sepanjang kami atas feri..




Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...