Monday, February 22, 2016

Ikea Cheras Dah Bukak!!! Jenjalan KL Bersama Familiza

Selepas IKEA bukak stor pertama di Mutiara Damansara berhampiran One Utama sejak 2003, kini IKEA Cheras pulak dibuka hujung tahun 2015 aritu. IKEA kedua ni dikatakan lebih besar 20% dari IKEA Damansara, so haruslaa orang Melaka datang berkunjung kannn.. hihihi


Cuti sekolah hujung tahun lepas, family aku datang KL, dan kami pun bawaklaa datang kesini. Sebab ibu aku memang sukakan jenama Ikea. Sebab perabot dan aksesori kediaman pasang siap yang terdapat kat sini mempunyai reka bentuk yang cantik dan menarik, berbeza dengan pattern kat kedai perabot biasa.


Ikea kedua ni terletak di Jalan Cochrane. Dan ia adalah cawangan kedua di Malaysia sebesar 42,000 meter persegi.


Time awal pembukaan tu, banyak jugak barangan yang murah. So mane yang mampu dirembat memang cepatlaa stok habis. Aku takdelaa merembat, rumah kecik, so tade nak beli ape ape pun, dok nengok orang membeli je. hehehe


Selain nak ke Ikea baru, tujuan kedua dorang datang KL adalagh nak pergi Baby Fair ni.




Sambil sambil tunggu dorang bershopping kat Mid Valley tu, kami yang tak bershopping ni, duduk minum dulu.. lenguh gak wei kaki dok mengikut orang bershoping ni. kalau kite bershopping takde pulak rase lenguh ke sakit kaki time tu.. hahaha


Dah puas berjalan, dah keletihan, dah lapar kami makan kat Texas Chicken.


Ni pun bagi dorang rase, sebab Texas Chicken ni macam tade je kat Melaka kan, so dorang asek merasa kepci je, try makan ayam kat sini pulak.. hehehe







Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...