Monday, February 15, 2016

Laksa Telor Goreng Bersarang Tmn Seri Botani Ipoh, Perak

Haa nampak tak panjang title atas tu. Tu menunjukkan aku tengah eksaited nak cerita pasal laksa ni. Lagi pulak dah lame tak update pape entri dalam blog ni kan. So mood nak menaip dah datanggggg! Hehehhe


esape yang belum merasa keenakkan Laksa Telor Goreng Bersarang ni korang boleh laa datang terus ke Taman Botani Ipoh Perak. Eh eh, kalau yang yang luar kawasan Perak acener nak merase??? Jauhhhhh.. Okee, tu aku tak berape pasti, kat luar Ipoh ade ke tak laksa camni. Kuang kuang kuang..


Yang pasti aku nak merasa laksa ni memang aku ke Ipoh semata mata nak try punye pasal. Hahhaha


Tapi tadela semata mata sangat dari KL ni datang ke Ipoh untuk ni saje, alang alang balik kampung Perak tu yang gigih nak singgah gak tu. Mula mula datang tu agak lewat kami datang, so kedai dah tutup. Keesokkan harinye sebelum balik KL pergi kejap, alhamdulillah dapat gak merasa laksa yang menjadi viral ni. Hehhehe


Dari ape yang aku google, owner Laksa Telor Goreng Bersarang ni diusahakan oleh En Azril Bidin. Tu name ownernye kalau tak silappp. Beliau telah mengusahakan Kafe Setinggan Bandar Seri Botani ni sejak setahun yang lepas.


Kafe ni menyediakan khidmat secara layan diri kepada pelanggan yang mahu menikmati hidangan disitu. Yang nak bawak pulang pun boleh, ade ruang khas disediakan untuk sesiapa yang nak tapau.


Waktu perniagaan bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 7 petang setiap hari kecuali hari jumaat.


Kedai tutup setiap hari jumaat. So mane yang nak tahu lokasi kedai boleh cari kat waze je kalau nak senang cerita. Sebab kami pun guna waze je time nak kesini. Hihihi


Alamat : No. 1, Jalan Margosa D/8, Seri Margosa, Taman Seri Botani, Ipoh Perak.

Keseluruhan review kite bagi 4 bintang
Rating : ★ ★  ★ ☆



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...