Tuesday, March 15, 2016

Cabar Diri Di Malaysia Inflatable Obstacle Challenge 2015

Pertama kali aku nak cabar diri aku melakukan aktiviti aktiviti yang memang menguji ketahanan fizikal aku. Kalau dulu zaman sekolah memanglaa suke aktiviti aktiviti lasak ni, tapi ni dah kawen, semput pulak ade, memang menguji diri aku betul ni..


Mula mula tu ingat nak buat santai santai aje, tapi memandangkan ade contest, so nak gak rebut hadiah yang ade tu kan.. hehehe


Apepun sebelum start the game, bergambar dulu. Belum start game dah letih bergambar dah.. hhahaha


Alang alang dah kesini, aku pun cabar icik abam untuk join contest ni.


Alhamdulillah, icik abam tersenarai dalam 30 peserta yang layak untuk next step. Aku??? hahahha memang taklaa, sebab separuh jalan je dah angkat bendera putih, tak abeskan pun game yang ade tu. Tak larat weiii hukhuk


Icik abam, lepas je tamatkan game tu, terus cam tak larat.. nak pengsan bagai, mane taknye memang mengeluarkan tenaga to the max sebab nak dapatkan masa yang terpantas kan. Nampak macam senang je, tapi bila dah try baru tahu azab nak menghabiskan game ni dengan masa yang cepat. memang sungguh menyeksakan... Orang yang stamina kuat je aku rase mampu abeskan semua ni.


Kalau korang nak tahu, Malaysia Inflatable Challenge ni merupakan cabaran pertama yang dilakukan di Malaysia. Ia jugak termasuk dalam Malaysian Book of Records.


Malaysia Inflatable Challenge ni telah diadakan di Kuala Lumpur dahulu, iaitu di Tesco Mutiara Damansara. Pastu kat Melaka, Muar dan yang terbaru yang aku tahu di Kulai, Johor.


kalau korang nak join cabaran ni pun boleh aje, korang pergi je kat kawasan yang dorang buat pastu register kat kaunter. kalau tak silap untuk normal price dalam RM40. Tapi kalau nak main saje saje kat situ pun boleh, kire tak join contest ni. Tiket murah sikit dalam RM25. Tapi untuk yang main saje saje ngn nak join contest ni ade timing die.


Ni antara hadiah yang boleh dibawak balik, 3 hadiah untuk pemenang lelaki, 3 lagi hadiah untuk pemenang perempuan. Eh nampak icik abam? hahah aah, die dah keletihan lepas join cabaran tu, tapi nasib baik ade uncle tukang urut, siap bagi makan ubat untuk tambah tenaga balik. Memang berterima kasih sangatlaa kat uncle tu, kalau uncle tu tade memang mati kutu aku nak ubatkan ape kat icik abam time tu..


Lepas setengah jam, dah rehat, terus elok dah icik abam, dah boleh ajak bergambar hahahah


Haruslaa bergambar dengan sijil yang dapatkan. Bukan senang aku nak join aktiviti aktviti lasak camni. Agaknye nilaa last aku join aktiviti camni, sebab stamina aku tak bape bagussss pun.. huhuhu


iap buat lakonan semula lagi icik abam tu, dah sihat seperti biasa, padahal tadi cam nak pengsan muntah muntah bagai lepas game tu. hehehe




awah ni video yang sempat kami record. hehehe


last sekali tepek video mase penyampaian hadiah.





Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...