Wednesday, March 16, 2016

Galeri Demang Abdul Ghani Merlimau Melaka

Rumah tradisional Demang Abdul Ghani Merlimau ni terletak tak jauh dengan rumah ibu aku kat kampung, Selalu tu lalu saje tapi tak pernah masuk pun rumah ni. Tapi aritu balik kampung pastu lalu depan rumah ni nengok macam terbukak aje pintunye macam dah boleh masuk.


So ajaklaa icik abam benti sekejap. Suruh icik abam tanye kat tukang jage kat depan rumah tu boleh masuk ke tidak. So icik abam cakap boleh masuk tapi kena bayar tiket. Aku pun terujalaa nak masuk walaupun kena tiket. hihihi


Mane yang teruja macam aku tak sabar nak nengok ape ade dalam rumah ni korang boleh terus tengok video kat bawah ni. kalau nak nengok gambar pun ade kat bawah ni..


Bawah ni antara gambar gambar yang sempat aku dan icik abam snap.


Dari ape yang aku google, usia rumah ni telah melebihi 100 tahun, tapi masih lagi cantik dan mengekalkan keunikan tradisionalnye. Rumah ini dibina pada tahun 1894 dan kemudiannye diubahsuai seperti yang ade sekarang.


Kenapa rumah ini dinamakan Demang Abdul Ghani? kalau korang nak tahu, itulaa name anak pemilik rumah ni. Beliau seorang Demang atau pembesar yang dilantik oleh British bagi mentadbirkan kawasan Merlimau dulu. Ketika menjadi Demang beliau telah membina rumah ini dan akhirnya diwarisi oleh anaknya Demang Abdul Ghani yang merupakan Penghulu Mad Natar.


Rumah ini telah dijadikan sebagai pejabat pentadbiran bagi membantu Pentadbirnye di Daerah Jasin.


Rumah ni berasaskan rekabentuk rumah Melayu, Rumah Limas Johor/Cina dan Barat. Sebahagian besarnye dibina menggunakan kayu dan batu simen.


Tukang nye pulak terdiri daripada tukang tukang Melayu dan Cina. Tukang Melayu membina sebahagian besar rumah yang berkaitan dengan kayu, manakala tukang cina pulak membina bahagian yang ada kaitan dengan simen menyimin.


Dari segi seni bina pulak, kita dapat lihat dengan jelas bahawa rumah ni dibina hasil gabungan senibina Melayu Melaka dan Limas iaitu Melayu Johor-Riau-Lingga.








Struktur rumah ini pulak terdiri dari anjung, serambi, rumah besar, pelantar, rumah dapur dan dapur masak.


Seterusnya korang cekidaut jelaa gambar gambar yang ade ye. Memang banyak gambar bila aku dan icik abam yang mengambilnye. hehehe




   











Dah banyak amek gambar rumah kami singgah anjung batu pulak, nak amek angin pantai. maklumlaa cuace panas sekarang ni kan..


Dah name pun musim panas, so air pun kering aje. Bergambar dengan kayu bakau jelaa kan.. hehehe


Tak puas hirup angin pantai kat anjung batu, kami ke klebang pulak.. hehehe




Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...