Friday, March 18, 2016

Pratonton Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi

Selase yang lepas, bertempat di Cathay ecurve Damansara telah berlansungnye malam pratonton Filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi. Filem terbitan Metrowealth di bawah arahan Eyra Rahman dan dibintangi oleh Atikah Suhaimie, Hafreez Adam, Aizat Hassan, Kartina Aziz dan ramai lagi


Filem komedi ni mengisahkan Sapura seorang peguam yang bercinta dengan seorang pelakon bernama Eddie. Dunia mereka berbeza membuatkan Sapura rasa tergugat apabila Eddie sering digosipkan dengan pelakon wanita bernama Maya.


hubungan cinta Sapura pulak tidak disenangi oleh adik beradiknye yang lain iaitu Akim, Afiq dan Sarah. Sementara tu, Hisham yang merupakan sahabat Sapura sejak kecil menyimpan perasaan terhadapnya.


Pada malam hari jadi Sapura, Eddie telah tersasul menyebut name ketika menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dan telah membuat Sapura marah. Dia membawa dirinya ke kampung dan Eddie berusaha untuk memujuk kekasihnye itu tapi adik beradik Sapura ade rancangan lain untuk merosakan hubungan mereka.


Apepun, kalau korang nak nengok filem ni ia telah mula ditayangkan semalam di pawagam pawagam berhampiran.


Sempat lagi berselfie dengan barisan pelakon filem ni. Ni pestaim ni jumpa Tok Daddy Rani Kulup..


Rating : ★ ★  ★ ☆



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...