Tuesday, March 22, 2016

Teringat Kampung Halaman Bila Makan Di Bidor Station Kopitiam Cheras

Macam biasa kalau balik keje malam tu tak tahu nak makan ape, nak makan katne... huhuhu kami ni hidup berdua so kadang kadang tu rajin nak masak, masak, kalau tak rajin tu jawabnye cari dapur kedai makan ajelaa kan.. bagi dapur dorang yang berasappp.. hehehe


Kebiasaannye kalau bukan aku yang suggest kat mane nak makan, icik abam pulak yang akan suggest kat mane nak makan. Semalam icik abam yang suggest tempat ni sebab kawan opis die rekemen tempat ni katenye. So kami pun trylaaa.. Sambil sambil tu icik abam terkenanglaa kampung halamannye, sebab kat dalam kopitiam ni penuh dengan gambar dan maklumat berkaitan negeri Perak.


Cafe ni pulak dekat dengan rumah, so bolelaa try. Selalu nengok dari jauh aje, tak pulak menyinggah sebelum sebelum ni. huhuhu


Sebelum aku tunjuk ape yang kami order malam tadi, aku cerita sikit pasal cafe ni. Maklumat ni aku dapat hasil dari menggoogle.


Kopitiam ni dimiliki oleh Pn Suryani Kamaruddin, seorang wanita yang membesar di Bidor, Perak. Ia dibuka pada 11 November 2009. Bidor merupakan salah satu tempat di Perak yang mempunyai sebuah stesen keretapi tertua di dunia. Dekorasi binaan cafe ni yang ala ala rumah kampung pasti sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa rindu pelanggan macam icik abam ni kepada kampung halaman hehehe.


Ditambah pula dengan lantai kayu dan reka bentuk kaki lima yang direka seperti beranda rumah kampung membuatkan Bidor Station Kipitiam ni lain dari kebiasaan. Wifi juga disediakan bagi korang yang nak berinternet.


 Bidor Station Kopitiam ni bertuah kerana telah dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 20 January 2012.


Semalam tu kami baru mencuba mee goreng dan lempeng kelapa ni. Not bad, pasni bolelaa kot try menu yang lain pulak.. hehehe

Keseluruhan review kite bagi 4 bintang
Rating : ★ ★  ★ ☆



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...