Monday, April 11, 2016

Jalan Kaki Ke Marina Bay & Singapore River Walk

Good morning semuaaa... seperti yang dah dijanjikan sebelum ni, aku continue perjalanan kami ke Marina Bay dan Singapore River Walk untuk hari berikutnye. Memandangkan kami dari hotel, so kami naik mrt dari stesen Chinatown ke stesen Downtown. harga tiket dalam $1.50 sorang camtu..


dari Downtown kami plan untuk jalan kaki je nak ke Marina Bay dan Singapore River Walk ni. Kalau nak terus ke stesen Marina Bay ni boleh aje, tapi macam leceh sikitlaa nak tukar tukar train, kami ni mane yang boleh jimat, kami akan cari alternative yang menjimatkan..


hanya tiga stesen saje nak sampaikan ke Downtown dari Chinatown ni, tak jauh pun, tapi kalau nak berjalan kaki dari sane tadi cam letih gaklaa, so tak nak letih letih sangat mane yang mampu berjalan kami berjalan, mane tak kami naik train memudahkan dan mempercepatkan kami sampai ke destinasi yang dituju.


asib baik masa kami naik mrt ni tak sesesak macam lrt kat sini. Lagi pulak mase kami pergi ni time orang bekerja, yang tak keje adalah kami.. hehehe


kami decide berhenti kat stesen marina bay ni sebab kami nak pergi beberapa tempat yang berhampiran seperti Marina Bay, Marina Bay Sand, Singapore River Walk, Singapore Flyer, Singapore River Cruise, dan tempat yang aku nak pergi sangat, Merlion Park.


Merlion Park ni dulu aku dah pernah pergi dah, tapi bukan ingat sangat pun jalannye, maklumlaa dulu naik bus reramai, tade nak berjalan kaki camni, tahu tahu dah sampai je kat sini. Icik abam pulak baru pestaim datang sini, so memang aku serah kat die ajelaa cari jalan tempat tempat yang kami nak tuju tu. Tu yang kemain menatap map tu sungguh sungguh tu.. Cari jalan terpantas nak sampai, maklumlaa bininye tak mampu nak jalan jauh jauh sangat.. hehehe


Dari jauh kami dah boleh nampak Marina Bay Sand ni. Marina Bay Sand ni merupakan salah satu bangunan tertinggi di Singapore yang menjadi tempat pelancongan yang wajib dikunjungi. Rekabentuknye yang seakan akan kapal ni memang sangat cantik dan unik kalau diperhatikan.


sampai je ni sini boleh rase angin yang kuat, seronok sangat macam kat tepi pantai aje.. hehehe


jalan punye jalan kami dah sampai di marina Bay ni, cuace agak panas jugakla masa kami sampai ni..


tapi nasib baiklaa ade angin yang kencang, so tadelaa rase berpeluh sangat berjalan..


sebelum sampai ke Merlion park kami akan lalu di Singapore River Walk ni dulu..


Singapore River ni adalah satu sungai di Singapore yang mengalir dari tengah Singapore sampai ke laut. Selain dapat menikmati pemandangan Singapore dari sungai ni, korang jugak boleh nampak dari jauh macam macam tempat yang menarik kat sini seperti, Singapore Flyer dan Art Science Museum.



ni video yang sempat direcord mase kami nak menuju ke Singapore River Walk. Untuk entri ke Merlion Park, akan diupdate dientri akan datang ye..



Salam Perkenalan,

1 comment:

athirah hassin said...

thanks sharing... nice info anyway.. gigih korg berjalan ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...