Monday, June 20, 2016

Balik Kampung Untuk Berbuka Bersama sama

Baru nak update cerita weekend masa balik kampung aritu. Minggu kedua puasa balik Melaka dulu sebab raya pertama tahun ni kat Perak so berbuka pertama pasti ke Melaka dulu.. hihihi


Dari opis terus pecut balik Melaka nak berbuka sane, Alhamdulillah sempat gak sampai walaupun jalan jem time tu menuju ke selatan. Memandangkan rumah adik aku lagi dekat kalau dari tol Ayer Keroh tu, so kami dah decide berbuka kat situ je reramai..


Dah siap berbuka dan Maghrib kat situ baru kami balik rumah ibu, tapi sebelum tu singgah sekejap kat Aeon Mall, cari baju raya adik aku yang lelaki tu. Alang alang dah kuar melaka tu.. Dah penat ikut orang shopping singgah minum kejapp..


Dan ini cerita berbuka puasa keesokkan harinye pulak. Sebelum ni berbuka tak complete orang, sebab kaklong aku sekeluarga mase tu berbuka belah mentua, so harini baru complete semua adik beradik ade.. walaupun cuma lima beradik, jenuh gak nak kumpul sesama. Maklumlaa semua ade hal tersendiri. So ni baru berkesempatan kumpul dan berbuka bersama sama.. hehehe


Malam tu kami decide berbuka di Kenny Rogers. Nasib baik sempat booking table awal awal kat sini, kalau tak penuh dah kalau nak walk-in je..


Sambil tunggu waktu berbuka kita bergambar dulu. Makanan pulak dah terhidang tunggu nak ngapp je. hihihi


Dah abes makan, dorang sambung shopping pulak, so untuk dua hari ni icik abam ponteng terawih.. :p

Keseluruhan review kite bagi 4 bintang
Rating : ★ ★  ★ ☆


Dan ni cerita last berbuka di kampung. Untuk hari terakhir ni kami decide berbuka di rumah aje. So bila dah berbuka kat rumah nak tambah kan juadah kami pergi bazar petang tu. Bila balik kampung memang akan cheat pergi bazar.. nape aku cakap cheat? sebab kami memang dari dulu try untuk tidak ke bazar.. tapi bila dah balik kampung tu memang tak leh nak elak laa kan.. hihihi


Bilaa Pakngah kuar naik kete je mesti ramai yang nak ikut.. termasuklaa si kecik yang duduk kat riba tu. Tak mau dengan makngah, nak gak dok atas riba pakngah. Sambil drive sambil pangku diaa.. sabar jelaa hehehe


Pakngah ngan pokcu je keluar cari makanan kat bazar, yang lain duduk dalam kereta. Sebelum kena tinggal tu dah beli kan siap siap jajan untuk budak sorang kat belakang tu tak pose.


Abes die celet krim biskut kat seat kete makngah hahahah sabar jelaa, dahlaa tak pose ebot ni.. hehehe



Salam Perkenalan,

2 comments:

mama tisya said...

meriah bila blk kampung buka puasa rmi22

Nooriah Abdullah said...

berbuka beramai2 mmg bestt sngt apa lagi kalau dpt makanan kampong mmg terbaikk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...