Friday, August 26, 2016

Kek Moist Sulong Icik Abam Untuk Celebrate Besday Iris & Alisha

Untuk julong julong kalinye icik abam nak buat kek moist.. Ni pun sempena nak celebrate besday anak anak buah aku kat kampung..


Ni dah siap bungkus dan nak bawak balik kampung. Mase memproses aku tak amek gambar pun. Maklumlaa icik abam buat sensorang. Pastu die tak bagi amek gambar pun, katenye biar surprise.. hehhe


Sampai sampai kampung dah malam, anak buah aku semua dah tidur.. walaupun malam tu dorang dah pesan kat mak masing masing suruh kejutkan kalau MakPakNgah sampai.. masing masing tak sabar nak blow kek gamaknye.. bebudak katekann hihihi tahu je orang buat kek untuk die, excited terlebey laaa...


Nengok je kek ni bebudak ni terus tanye, nape tak tulis name.. hahahha korang ingat pakngah korang tu cake maker... Ni dah jadi kek gini dah cukup bagus dah ni... hehehe sebenarnye pakngah takut memburukkan kek ni kalau tulis name atas tu.. Kalau nengok dari segi bentuk pun macam kurang sempurna sikitkannn.. hihihi Papepun good job!!!


Mase ni masing masing dah berebut nak tiup lilin. Masing masing cakap tu kek besday sendiri.. hahahha makngah lantakkan aje.. hahaha tu yang sorang kemain muke excited sorang lagi monyok kena paksa kongsi kek tu.. hahaha


Mase nak tiup lilin pun berebut rebut nak tiuppp.. hahahha papelaa korang ni.. :p


Untuk menjawab segala persoalan dan pertanyaan mengenai kek moist yang icik abam ni buat.. Kat bawah ni aku terangkan sikit bahan bahan serta cara cara nak membuatnye. Resepi ni icik abam amek dari google aje, pastu die olah ikut citarasa die. Nasib baik menjadi.. Kemain bertungkus lumus nak siapkan kek ni, kalau tak jadi mahu frust menonggeng icik abam hehehe...


BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT KEK COKLAT MOIST:


Bahan bahan Pertama:
Serbuk koko - 1 cawan
Gula pasir - 1 cawan
Susu cair - 1 cawan 
Minyak masak/marjerin (dicairkan) - 1 cawan 
Susu pekat manis - 1/2 cawan 


Bahan bahan Kedua:
Tepung gandum - 1 per 1/4 cawan 
Serbuk penaik - 1 sudu 
Soda bikarbonat - 1 sudu 
 Telur - 4 biji
 Esen perisa vanila - 1 sudu


Sambil korang nengok reaksi budak berdua ni berebut sambil blow lilin kek tu aku sertakan cara cara nak menyediakan kek coklat moist ni kat bawah:


CARA-CARA MEMBUAT KEK COKLAT MOIST:


Campuran pertama:
1. Campurkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali.
2. Panaskan semua bahan tu tadi sehingga larut dan cair menggunakan api yang kecil dan lakukan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.


Campuran kedua:
1. Campur dan ayak semua bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.
2. Kemudian amek 4 biji telur yang disediakan tadi untuk dipukul. Pukul telur itu sehingga kembang. Pukul dalam masa lebih kurang 5 minit.


Campuran Ketiga:
1. Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul sehingga kembang. Pastikan campuran tadi digaul dan dicampur dengan sekata.
2. Kemudian masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga.
3. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Pastikan campuran sekata dan tidak berketul-ketul.
4. Kemudian masukkan campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang.
6. Masukkan adunan kek coklat moist tadi ke dalam loyang.
7. Pastikan air dah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat moist.
8. Tutup loyang dengan aluminium foil, untuk memastikan wap air tidak terkena kat kek time proses menggukus.
9. Kemudian kukus kek coklat moist selama 1 jam.
10. Sementara menunggu kek masak, kita boleh sediakan topping pulak.


Topping ni jugak dikenali sebagai ganache. Nak buat ganache ade macam macam kaedah dan cara.

CARA-CARA UNTUK MENYEDIAKAN TOPPING/GANACHE:

Bahan bahan:
Susu pekat manis - 1/2 cawan 
Serbuk koko - 2 sudu besar 
Mentega - 2 sudu besar 


Cara cara:
1. Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk dengan api yang kecik dan kacau hingga ia menjadi pekat.
2. Kemudian masukkan mentega, pastu dah boleh tutup api.
3. Tunggu sehingga sejuk dan siram ke atas kek coklat moist korang. Sila pastikan betul betul sejuk baru curah ye.. kalau tak nanti kek korang akan nampak macam terpemek makan structure kek icik abam ni. hihihi




So inilaa rupe keknye.. nampak macam tak bape nak lawa kannn.. tapi rase die sedap yaa amattt hehhe


Kalau kate nak tempah ke nak suruh buatkan ke.. bole bole.. icik abam berminat nak amek tempahan.. hahaha ;P



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...