Saturday, July 29, 2017

Berkumpul Dan Bersteamboat Di Rumah BFF

Sekali sekala dapat luangkan masa bersama kawan kawan memang seronok. Hari biasa dah letih dengan keje, hari cuti je kite dapat lakukan aktiviti rehat dan santai cenggini..


Kalau dulu bila jumpa geng mesti nak jumpa kat kedai makanlaa apelaa, tapi sekarang bile masing masing semua ahli keluarga dah bertambah, tempat nak melepak kena buat pilihan yang betul..


mane taknye, kang kalau mak mak dah berjumpa tahu tahu jelaa kan.. mesti sibuk nak menyembanggg


so bila mak pak nak menyembang kenalaa pastikan anak anak terkawal.. so kalau nak terkawal tak boleh kat kedai makan.. kat kedai makan tahu tahu jelaa kan.. kalau dapat tempat yang berhawa dingin Insya Allah anak tak merengek panas. Tapi kalau dah tak panas tak semestinya anak anak boleh behave..


Name pun kanak kanak kann.. mane boleh duduk diam, dorang pasti nak bermain, so nak pastikan anak anak dapat bermain dengan gembiranya kite letakkan dorang dalam satu bilik khas yang penuh dengan mainan..


kat rumah bff ni memang ade bilik mainan untuk kanak kanak bermain, so memang rumah nilaa yang menjadi tempat berkumpul kteorang.. bila anak anak dah selamat bermain dalam bilik tu.. mak pak nye pulak baru senang ati nak bersteamboat gini kannn.. hihihi 


untuk segala persiapan dan perapan untuk lauk pauk untuk dibuat steamboat malam tu kebanyakkan kami lakik bini yang dok cari aritu.. maklumlaa kami ni berdua ajekan, so antara yang senang untuk ke hulur ke hilir cari bende bende gini semestinya kami.. hihihi


biasanya kalau dapat cari lauk pauk yang dah siap perap lagi senang, tapi aritu kami dok cari cam tak jumpa, so nak tak nak kena gak buat perapan sendiri.
.

bab bab perapan gini kite serahkan pada icik abam, tugas kite potong potong mane yang patut je.. hihihi


sebenarnye plan nak bersteamboat ni kami plan last minute je, maklumlaa time tu tuan rumah tengah sarat menunggu hari, so bila ibu sarat mengandung buat request nak makan steamboat, kite cuba hajati sebelum meletup ye takk hihihi


terima kasih tuan rumah, terima kasih semua.. korang memang bff sampai bila bilaa.. dah hampir 13 tahun kenal.. ni kalau betul tak silap kirelaa.. dari zaman lepas spm kami dah kenal sama sama kat utm kl duluuuu


Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...