Thursday, May 03, 2018

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka. Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan.


Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehingga RM3,900. Banyak tuuuu. Nak tahu apa lagi pakej yang ditawarkan?


Boleh klik link DISINI jugak ye

Gambar dari Web Agrofarmstay

Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Sebab pihak kami tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu kannn. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.

Gambar dari Web Agrofarmstay

Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye, boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.

Gambar dari Web Agrofarmstay

Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018.


Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Kami juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing, Cuma perlu bawa joran sendiri. Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, kami ada sediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali kami akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah!!! Banyak kan aktiviti yang disediakannn. So ape lagiii, rebutlaa peluang keemasan ni..



Harga yang di tawarkan pulak seperti berikut:

Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).

Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780. 

Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja. 

Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax. 



Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web kami di:





Whatsapp / SMS / Call:
012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647

Office:
06 – 232 2761


Salam Perkenalan,

Friday, April 20, 2018

Photoshoot & Simple Celebration | Li6Nir 6th Anniversary 2017

Alhamdulillah enam tahun dah usia perkahwinan kami, macam macam kami lalui bersama berdua. Insya Allah hujung tahun ni kite celebrate next anniversary bertiga lak ye.. Walaupun time ni baby dah ade dalam womb mummy dah time ni.. boleh laa jugak anggap dah bertiga..


Lame sangat tunggu saat bertiga ni, walaupun tak larat tetap nak bergambar sakan.. Tu yang bergambar tu kena amek duduk je, kalau dulu memang tak boleh nak amek gambar time duduk.. sekarang takpe boleh tayang baby bump tuuu.. hihihi


Sonoknye rase kalini dah ade baby bump, selalu tu bergambar berdua jekann.. orang lain nengok pun bosan inikan kami hahaha


Doakan yang baik baik untuk kami ye..


Anniversary kalini tade candle light dinner ke ape, sebab mood makyong tak menentu.. lagi pulak time ni kaki asek sakit sakit je, so tak boleh nak plan pegi memane pun..


So last minute punye plan kami plan amek gambar jelaa sebagai kenangan, nak meriah lagi kami beli belon belon ni.. nak gune planner planner dah tak sempat dah time tu, so cari je kedai belon yang ade provide belon belon gini so deco je sendiri.. untuk review kedai belon ni akan diupate di entri lain supaya boleh jadi rujukan sesiapa yang teringin nak beli belon belon giniii


Nasib baiklaa t-shirt ni boleh pakai, sebab kami tempah dah lame.. saiz S pulak tu, so bile dah preggy naik dah sikit berat, tapi disebabkan t-shirt ni memeri, so takde laa tak muat bila pakai tu.. Oh yee, untuk t-shirt anniversary kami ni, kami dapat sponsor hasil menang contest dari Sogo..


Lepas photoshoot kite amek gambar sesi potong kek pulak kat rumahh..


Makyong tak mampu nak duduk kat luar lelame, so kite bergambar kat dalam rumah pulak ye..


Beli kek kemain besar haa, padahal celebrate berdua je.. hihihi


Kalau nampak kecacatan kat atas kek ni, semua tu gara gara icik abam..


Die yang dok set up semua nya sebelum nak bergambar, tup tup "tercacat" sikit kek tu.. so nak cover, tu yang letak coklat tu, nasib baik ade kat rumahh hihihi


Sempat lagi tu berdating nengok wayang, maklumlaa dah lama sangat tak nengok wayang, so kite layan ke aje, ni adalah request dari icik abam.. 




Salam Perkenalan,

Wednesday, April 18, 2018

Celebrate Birthday Lady Boss

Lame rasenye tak update pasal celebrate birthday kat opis ni, kalau dulu memang rajin je update setiap kali ade makan makan sempena birthday birthday orang ni, tapi ni disebabkan dah tak boleh nak bedal bende benda manis so dah jarang sikit nak update hihihi


Kalini bukan celebrate birthday yang quarterly punya, ni celebrate birthday untuk lady boss, so special sikit.. tapi makanan tade laa meriah nau, cukuplaa sekadar untuk minum petang..


Dorang siap buatkan gubahan bunga untuk birthday girl.. cantik dan kreatif..


Ape apepun kite suruh birthday girl blow the cakes dulu..


dah siap blow kite potong kek pulak, lepas tu baru boleh makan hihihi.. makyong aim ayam goreng je time tu.. maklumlaa dah petang petang memang dah mula rase lapar.. hihihi



Ni video yang sempat direcord masa nyanyi lagu birthday untuk birthday girl..


Salam Perkenalan,

Tuesday, April 17, 2018

Pekena Ketam Masak Pedas Medan Ikan Bakar Hj Musa

Okee ni kali kedua time preggy pekena ketam dan ikan bakar kat Medan Selera Haji Musa Kompleks Nelayan Sg Duyong ni..


Pestaim makan ritu rase sedap, murah pulakk dan tempat pun agak selesa so kite repeat makan kat sini lagii


Alang alang makyong nak makan seafood so ajaklaa yang lelain memeriahkan suasana.. hihihi


Untuk pemilihan laut kite bagi kat icik abam, sebab dia pandai bajet hihihi


Adoiii terliur pulak nengok ketam ni, rase nak makan lagi le pulakk hihihi


ni pulak siakap bakar, sedapnye cicah dengan sambal kicappp..


Tambah sotong goreng tepung sikit.. buat tambah tambah laukk


Sebelum kene ngap sempat lagi amek video.. hihihi


Alhamdulillah kekenyangan malam tu, padahal plan asal hanya makyong je nak makan ketam, so alang alang semua ade kat kampung, ajaklaa makan reramai sekali kan, lagi tambah best suasana makan tuuu.. hihihi


Salam Perkenalan,

Sunday, April 15, 2018

Urusan Kali Kedua Di Pejabat Tanah Dan Galian Jasin

Minggu lepas kami balik kampung sampai ke hari isnin cuti, sebab ade urusan kat pejabat tanah dan galian yang tak selesai lagi. Sebenarnya ni kali kedua urusan kami kat sini. Kalau ikutkan aritu dah setel, tapi ade beberapa isu yang perlu dijelas dan diselesaikan, so kenalaa cuti lagiii..


Walaupun urusan yang pertama kali tu tak sempat update lagi, kite up jelaa cerita ni dulu sebab ni cerita terbaru kannn hihihi


Mudah mudahan ni last urusan kami kat sini, rase tak larat dah makyong nak amek cuti ke sane ke mari nak setelkan hal tanah ni.. Duit poket pun dah banyak keluar nak uruskan hal tanah ni hihihi


Salam Perkenalan,

Friday, April 13, 2018

AL-KURMA | Minuman Jus Buah Kurma

Okee disebabkan tak lame lagi kite nak menyambut ramadhan dah banyak pulak produk makanan dan minuman yang berasaskan kurma dikeluarkan..


Jus ni pun tahu hasil approached dari officemate.. Siap bagi kite rase, yelaa kitekan tengah preggy, pastu ade pulak kencing manis yang takdelaa kritikal sangat, tapi namepun orang pregnant kan.. semua semua tu kena jaga sampailaa nak bersalin nanti.. so member ni suggestlaa kite minum jus buah kurma ni..


Jus buah kurma ni boleh diambil sebotol sehari untuk yang dewasa. Manakala kanak kanak boleh amek separuh botol dalam masa sehari. Okee bagi pesakit kencing manis boleh amek 1 per 4 botol sehari ye, jangan pulak amek lelebihhh hihihi


Jus buah kurma ni menggunakan bahan bahan mentah semulajadi tanpa gula tambahan, rendah kalori dan tanpa kolesterol atau lemak trans. Ia jugak tade bahan pengawet atau tiruan. Tiada laktosa, tenusu dan gluten. Ia sangat sesuai untuk vegetarian..


Jus buah kurma ni dihasilkan daripada buah kurma ajwa yang di import dari Arab yang mempunyai khasiat kesihatan yang tidak terhingga bagusnyaaa.. Untuk tahu kebaikan yang lebih korang boleh baca pamphlet kat atas ni..


Salam Perkenalan,

Thursday, April 12, 2018

Hanya 8 Hari! Nikmati Manhattan Fish 'N Chips Kegemaran Anda

Alhamdulillah nilaa lunch kami tadi, ni semua gara gara The Manhattan buat "Promo Best Deal In Town" mulai 10haribulan aritu..


Kepada yang tak tahu lagi pasal promo ni, meh kite tunjuk sikit gambar.. hihihi


Untuk hanya 8 HARI, 10 - 13 Apr dan 16 - 19 Apr, korang boleh nikmati Manhattan Fish 'N Chips ni dari hanya RM9.90 NETT (harga normal RM23.90). Harganya termasuk 10% Service Charge dan 6% GST ye!


Korang boleh memilih ikan pilihan seperti dalam gambar: Dory, Cherry Snapper, Giant Clarias, Icefish, Squid Crowns atau Salmon, boleh jugak pilih nak Fried atau Grilled. 


Semua hidangan yang Grilled datang dengan Pepper Mash dan Hot Veggies, manakala hidangan Fried akan dihidangkan dengan Chippy Chips dan House Salad. Kalau nak order side dish, hanya perlu tambah dari hanya RM3.90 NETT setiap satu.


Salam Perkenalan,

Tuesday, April 10, 2018

Majlis Persandingan Adik Perempuan Bongsu Di Rumah & Dewan Citra Kasih

Kite sambung majlis persandingan dorang pulak ye..


kalini tak buat kat rumah ibu, tapi buat kat dewan, dorang siap booked homestay dan dewan untuk majlis ni, memang cantik dan klasik kalau buat majlis kat sini..


Apepun sebelum tu kite bagi je makyong ni bergaya lentok sane sini, time ni perut kecik lagi, bolehlaa bergaya pakai baju sedondon hihihi


Dewan makan dengan homestay tak jauh mane pun, boleh je jalan kaki, tapi disebabkan makyong baru baru lagi so manjelaa sikit, kenalaa icik abam hantar naik kereta hihihi


Pengantin lama nak jalan kat red karpet, dulu time kami kawen tade red karpet hahaha :p


mane yang tak kenal lagi adik beradik kite, so ni kite perkenalkan.. hihihi.. teka mane nombor satu dan seterusnyaaa.. :p Kami 5 beradik semuanyaa.. 4 perempuan, sorang je lelaki


Pokcu jadi orang pertama bagi ucapan kat guest book ni


Anak dare berdua ni kemain berposing ye..


yang sorang lagi ni memang tak mahu berenggang dengan mama die, asek nak berkepit aje.. huhuhu


Seterusnya kite tunjuk gambar ketika pengantin dah berada dalam dewan..


name pun kawen dengan orang melaka kann, tade orang bersilat tak sahlaa kannn hahaha :p


Time kenduri kawen, persembahan persembahan ginilaa yang buat kite suke datang ke kenduri kawen..


Icik abam pun turut menyumbang hihihi


Dah selesai majlis kat dewan, kteorang bergambar kat homestay pulak..


Alang alang dah pakai baju sedondon tukannn..


So tahun ni punye raya dah tahu dah tema kami sekeluarga ye.. hahaha


Bergambar dengan pengantin pulakkk


of course pengantin lame tak lepas nak berposing berdua.. padahal baby dah ade dalam belly dah time ni hihihi


So ni hari berikutnyaaa, sebelum check out.. haruslaa bergambar kenang kenangan bersamaaaa..



Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...