Wednesday, December 04, 2019

McDonald's dekati masyarakat di utara tanahair dengan sumbangan lebih RM500,000


Program Komuniti McDonald’s ringankan beban golongan kurang bernasib baik di Perlis dengan pelabagai inisiatif kemasyarakatan




(dua dari kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan (tiga dari kiri) DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis ketika menyerahkan sijil pelantikan kepada salah seorang belia yang terpilih untuk menyertai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s.


KANGAR, 3 Disember 2019 – Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis menyaksikan McDonald’s Malaysia menyampaikan sumbangan berjumlah RM507,500 bagi meringankan beban golongan kurang bernasib baik di negeri ini. Pelbagai inisiatif diumumkan di bawah Program Komuniti yang dianjurkan, termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.


“Kami berhasrat mewujudkan impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi restoran kami. Komitmen kearah kesejahteraan masyarakat merupakan sesuatu yang cukup dekat di hati warga kerja McDonald’s malah ia juga merupakan nilai teras syarikat. Besar harapan kami agar sumbangan yang disampaikan mampu mengukir senyuman kegembiraan kepada golongan yang memerlukan di negeri Perlis ini,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mencemar duli menjadi tetamu kehormat majlis tersebut, yang diadakan sempena Program Kayuhan “MAIPs Peduli” kali ke-93. Baginda hadir menyempurnakan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis selepas mengadakan lawatan berbasikal di sekitar kawasan kampung di negeri ini untuk penyerahan zakat kepada golongan masyarakat yang memerlukan. 

Baginda yang juga merupakan Yang Dipertua MAIPs komited melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan memandangkan ia juga sebahagian daripada usaha berterusan MAIPs,bagi memastikan nasib golongan masyarakat yang memerlukan di negeri ini terus terpelihara.

“Kami gembira melihat syarikat korporat seperti McDonald’s tampil kehadapan membantu golongan kurang berkemampuan di Perlis. Apa yang dilaksanakan oleh syarikat khidmat segera tersebut wajar dipuji dan dijadikan contoh. Program Komuniti McDonald’s yang dilaksanakan ini amat bertepatan dengan visi kami untuk memacu pembangunan ummah cemerlang menjelang 2020 menerusi nilai-nilai kemanusiaan dan sikap prihatin terhadap keperluan masyarakat,” kata Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). 


Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia

McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Perlis untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. 

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.


"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s 

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Perlis untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.  Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

Program “Kembali ke Sekolah”

Lebih 1,000 kanak-kanak dari 36 sekolah di seluruh negeri Perlis menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.

Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.


Sejumlah RM507,500 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s, dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.


 (dua dari kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Perlis untuk tahun 2019 kepada (tiga dari kiri) DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.


 (dua dari kiri) DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis memakaikan pakaian seragam yang baharu untuk salah seorang kanak-kanak sekolah rendah sebagai simbolik penyerahan pek ‘Kembali ke Sekolah’ semasa Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis 2019. (kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia; (kanan) Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan (dua dari kanan) YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra, anakanda Raja Muda Perlis turut serta di atas pentas.


Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia dan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis ketika sesi lawatan restoran McDonald’s Pandu-Lalu Kangar, Perlis.


 Warga kerja McDonald’s dan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama-sama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis bergambar mesra bersama penduduk kampung ketika lawatan berbasikal, Program “MAIPs Peduli” di negeri Perlis untuk penyerahan zakat kepada golongan masyarakat yang memerlukan.



Salam Perkenalan,

Wednesday, November 20, 2019

McDonald’s Sumbang Lebih RM560,000 Bantu Golongan Memerlukan Di Kedah

Inisiatif kemasyarakatan melalui Program Komuniti McDonald’s kearah pembangunan sosio-ekonomi Kedah


SUNGAI PETANI, 18 November 2019 – Lebih RM560,000 disampaikan oleh McDonald’s Malaysia melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah. Ini adalah inisiatif oleh syarikat khidmat segera terkemuka tersebut bagi memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan di seluruh negara. 

Penyampaian sumbangan Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah kali ini diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di negeri ini, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya di Sungai Petani, Kedah. Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

“Membantu golongan masyarakat yang memerlukan merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Program Komuniti McDonald’s mengetengahkan komitmen kami dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di seluruh negara di bawah tanggungjawab sosial korporat syarikat” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

"Dengan pembukaan restoran terbaharu kami di Kedah ini, kami dapat terus menyumbang kepada ekonomi tempatan melalui peluang pekerjaan dan pembangunan bakat. Pada masa sama ia membolehkan syarikat mendekati dan membantu lebih ramai golongan masyarakat yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan yang dianjurkan di sekitar lokasi restoran," tambah Azmir yang juga Presiden RMHC Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia.


YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis hari ini.

“Melalui Bajet Kedah 2020, kerajaan negeri Kedah menitikberatkan nasib golongan kurang bernasib baik di negeri ini dengan peruntukan lebih RM4 juta yang melibatkan pelbagai usaha membasmi kemiskinan dan projek pembangunan sosial,” kata Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz, Menteri Besar Kedah. 

“Saya melihat setiap usaha yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia di negeri ini sebagai komitmen yang mantap kearah meningkatkan sosio-ekonomi negeri Kedah. Program Komuniti yang dianjurkan merupakan sesuatu yang wajar dipuji, demi manfaat masyarakat secara menyeluruh,” tambah YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir.

Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia

McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Kedah untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah syarikat di bawah Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s 

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. 

Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Kedah untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, individu terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's.

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma sepanjang mengikuti latihan.


Program “Kembali ke Sekolah”

1,680 kanak-kanak dari 56 sekolah di seluruh negeri Kedah menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.


Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.

Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.


McDonald’s Malaysia memberi kembali sebanyak RM569,000 kepada negeri Kedah melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti McDonald’s. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan penyerahan pek ‘Kembali ke Sekolah’.


Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia sebanyak RM101,000 untuk negeri Kedah bagi tahun 2019 kepada Ustaz Mohd. Suraidi Saad, Ketua Jabatan Pengurusan Zakat Korporat, Lembaga Zakat Negeri Kedah, sambil disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah.


(Tengah) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah bersama para pelatih SLDN McDonald’s, semasa Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah 2019.


 (Kiri ke Kanan) Encik Abd Aziz bin Selaiman, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah; Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah; Yang Amat Berbahagia Datin Seri Utama Norzieta Zakaria, isteri Menteri Besar Kedah dan Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia memakaikan pakaian seragam yang baru untuk kanak-kanak sekolah rendah sebagai simbolik penyerahan pek ‘Kembali ke Sekolah’ semasa Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah 2019.


(Kiri ke Kanan) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah; dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Utama Norzieta Zakaria, isteri Menteri Besar Kedah ketika upacara memotong riben menandakan pembukaan rasmi McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah.


Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah ketika menandatangani plak perasmian McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya sambil disaksikan oleh Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.


Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Utama Norzieta Zakaria, isteri Menteri Besar Kedah ketika sesi lawatan restoran McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah.


Latarbelakang McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Latarbelakang RMHC

RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/


Salam Perkenalan,
With Love,
Terima Kasih Sudi Singgah
Jangan Lupe Follow ye


Friday, November 15, 2019

Photoshoot | Audya Masuk Contest

Okee laa alang alang dok filter gambar nak buat photobook ni, kita update sini buat kenangan. Memang banyak sangat gambar tak diupdate. Bila nengok balik punyalaa beribu gambar dalam henpon ni.. tak termasuk lagi gambar gambar yang ade dalam gopro.. Fuhh fuhhh.. banyak tapi tetap nak simpannn hihihi


Macam gambar gambar Audya photoshoot ni pun, rupanya banyak jugak.. jenuhla nak filter sebab nak masukkan dalam photobook. Mummy beli hardcover punya, so ade 20page.. tapi disebabkan buy 1 free 1 sempena 11.11 aritu rasa nak termuntah gakla nak pilih gambar..


Mula mula Audya peragakan baju merah ni, tapi nampak macam besar sangat time ni, bila dalam gambar tade pulak kan.. kalau tahu amek gambar pakai baju ni..


Baju yang ni memang nampak kecik tapi bagi mummy tak mengancam nau hahaha


Simple dan warna tak menyerlah sangat kan, tak perlahhh.. dah lepas pun.. keputusan pun dah lama keluar.. tak berpihak kat Audya pun.. takpe Insya Allah, ade rezeki Audya yang lain hendaknye hihihi


So ni antara gambar yang berjaya disnap time tu..


Mummy tadelah puas hati sangat dengan gambar gambar ni, tapi disebabkan daddy cakap beli jela gambar gambar ni semua.. kenangan Audyaa so belilaaa..


Tak silap semua gambar gambar ni dimasukkan dalam cd then kena bayar rm70+ kalau tak silap.. maklumlaa cerita dah lama sangat.. so mummy agak keterlupaan laa ceritanyaaa.. hikhik


Pestaim Audya nak amek gambar photoshoot gini.. memang agak struggle jugakla ceritanyaaa..


Jenuh mummy daddy dok agah agah kekonon nak dapat kan pose yang menarik..


Tapi banyak gambar yang menjadi pun gambar candid..


macam ni.. dah senyum tapi tak pandang tepat ke kamera pulakk hahha


Audya time ni umur tak sampai setahun lagi..


ni pun pandang tepat kat kamera sebab daddy dok tayangkan bola kat depan tu.. hahaha






Last last gambar ni yang mummy submit untuk penyertaan..





Salam Perkenalan,

Thursday, August 01, 2019

LULUS! Ujian Online PTD & UKJK



Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah.. Buat pertama kalinya.. setelah hampir seabad barulah berjaya untuk ke next test.. Berpuluh puluh kali amek exam online tapi semuanya mengecewakan.. hihi


Ni sebahagian email yang berjaya disimpan. Walaupun tak berjaya simpan jugak buat kenangan hikhik




 Ni pulak kenangan time exam zaman dulu sebelum online.. kena jawab exam dalam dewan peperiksaan tu.. ade buat kat sekolah sekolah dan ade yang kat pejabat kerajaan..


Harini pulak result UKJK haritu.. Alhamdulillah ni namanya rezeki Audya.. rupanya ada Audya baru mummy lulus hihi.. Thank you Audya dan daddy teman mummy aritu 🤭🤭🤭




Salam Perkenalan,

Tuesday, July 09, 2019

My Beautiful Princess


Salam Perkenalan,

Monday, March 25, 2019

Cenggini Agaknya Rupa Kereta Terbang?

Hahaha camni ye rupa kereta bila boleh terbang???


Macam biasa, kalau kereta dah bermanja, si motor pun konpem nak jugakk..


Jangan tanya bila pulak tuannya nak bermanja?? hahaha 


Hari hari kereta dan motor bergerak, jalan jauh pulak tu.. Semenyih - Alam Damai - Chan Sow Lin - Bukit Damansara - Alam Damai - Semenyih..


So memang patut kena jaga dua harta yang ada ni, banyak sangat berjasa tauuu.. 


Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...