Tuesday, January 01, 2019

Minyak Zaitun PONS Terbaik Untuk Baby & Kanak-Kanak

Sejak kita upload gambar dan info-info pasal olive oil ni kat media sosial seperti IG dan facebook, ramai yang bertanya.. mummy jual ke olive oil tu? berapa harga? ok ke untuk baby? macammana penggunaanya? Audya ok ke dengan rasa olive oil tu? Makan ke guna kat kulit je? hahaha


Memang macam macam soalan yang keluar, jawapan mummy ringkas je! EVOO PONS adalah yang terbaik, boleh telan dek tekak walaupun ia oily. 


nengok muka dan reaksi Audya je dah boleh nampak yang Audya pun suka dengan olive oil ni, botol tu je dah menarik minat Audya apetah lagi bila dah dicampur dalam makanan Audya.. Alhamdulillah, Audya memang suka! nengok kulit Audya pun makin gebu je, takda lak nampak ruam ruam lagi. 


Bolehkah saya bagi olive oil kepada baby saya?..
Ni antara soalan yang kerap mummy terima so mummy jawab disini je.. 

Olive oil memang baik dan sihat jika diamalkan kepada baby selepas 6 bulan. Ia kaya dengan vitamin dan mengandungi antioksidan yang baik untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi, Insya Allah.


Audya dah 7 bulan, so memang sesuai dah guna produk PONS EVOO ni, baby 6+months yang dah mula makan solid food, bubur or puree memang dah boleh ambil olive oil PONS ni, kat botol aje yang letak 7+ months.. so takyah bimbang kalau baby 6 bulan nak makan. Nak buat sapuan kat kulit atau rambut pun boleh ye.


Olive Oil (Minyak Zaitun) Extra Virgin PONS untuk babies dan kids ni berciri seperti berikut:
===================================================================

💠 Acid rendah 0.25% (terendah di Malaysia)
💠 Perahan Sejuk
💠 Tanpa pengawet
💠 Di proses secara tradisional menggunakan Batu Giling
💠 100% minyak Zaitun Extra Virgin
💠 Tanpa pewarna
💠 Melalui proses pembotolan yang sempurna dengan menggunakan Gas Nitrogen
💠 Di proses di kilang dan hasil dari ladang zaitun milik syarikat PONS di Catalonia, Spain
💠 Pilihan buah zaitun jenis Arbequina yang menghasilkan minyak zaitun yang mempunyai rasa yang lembut dan tidak akan mengubah rasa makanan baby serta sesuai untuk sistem penghadaman baby dan kanak-kanak.


Botol oren belah kiri tu untuk kanak-kanak, botol kuning hijau belah kanan tu untuk baby..


kalau tanya pengalaman mummy dengan olive oil ni, memang mummy mengaku mummy memang tak sanggup nak minum benda yang berminyak minyak gini, tu pasal dulu masa nak dapatkan Audya mummy ikhtiar dengan ambil kapsul je. Tapi rupanya lepas dapat info yang kapsul tu boleh memerangkap oksigen terus mummy gigihkan jugak diri untuk mencuba rasa olive oil ni tanpa kapsul.


Sebelum nak bagi ke Audya memang mummy daddy try dulu rasanya. Siyes memang tade rasa yang pelik pelik, memang rasa soft je.. konpem Audya tak menolak hihihi


Nengoklaa anak kanje mummy tu.. suka sangat haa bila disuruh pegang botol PONS tu.. hihihi


Bawah ni mummy terangkan cara penggunaan PONS Extra Virgin Olive Oil ni ye:
===========================================================

💠 campurkan setengah sudu kecil minyak zaitun ke dalam semangkuk makanan baby berusia di bawah 18bulan
💠 Bayi berusia 18 bulan ke atas - Campurkan satu sudu kecil minyak zaitun di dalam makanan
💠 Gunakan minyak zaitun untuk sapuan kepada kulit sebagai pelembap, sebagai campuran di dalam air mandian untuk melembabkan kulit, untuk mencegah kegatalan, melebatkan rambut dan luka atau terkena bahan panas
💠 Gunakan minyak zaitun ini sebagai tumisan makanan bayi. Ianya juga amat sesuai untuk menggoreng
💠 Gantikan penggunaan majerin atau butter dengan minyak zaitun sebagai bahan menggoreng dan sapuan bersama roti.


Satu untuk mummy, satu untuk Audya. 


Arbequina dan Hojiblanca yang tertulis di label botol tu adalah nama jenis jenis buah zaitun


CIRI-CIRI MINYAK ZAITUN YANG DISYORKAN
====================================

💠 Dalam botol kaca gelap.
💠 Pembotolan Nitrogen Injection
💠 Pensijilan Organic & Fair Trade
💠 Pensijilan ISO 22000
💠 Produk dari pengeluar asal
💠 Modern Cold Pressed
💠 Evoo - Extra Virgin Olive Oil
💠 Standard Ultra Premium & Premium
💠 Penerima Anugerah Antarabangsa
💠 Jenama Antarabangsa


Harga PONS Organic EVOO 500ml


Ni sedikit visual yang sempat di rakam masa pergi kat kedai. Taip je Al Masoud Trading kat waze untuk tahu location kedai, Insya Allah sampai laa ke kedai ni.. Landmark: sebelah Laman Grill ye..


Sebarang pertanyaan dan nak maklumat lebih details boleh jumpa dengan Cik Lila. Terima kasih Cik Lila sebab layan kami anak beranak dan terangkan sedikit sebanyak pasal PONS EVOO ni..


Alamat kedai : Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40150 Shah Alam


Bawah ni mummy sertakan beberapa pamphlet yang diperolehi kat kedai mengenai produk PONS ni..


Ciri-ciri serta cara penggunaannya mummy dah terangkan kat atas tadi..


Ni pulak serba sedikit pasal olive oil.


semoga segala maklumat yang terkandung dan tertera ni dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua.. Mudah mudahan ye.. hihihi


Orang kata benda baik kita kena share ye takkk hihihi


Salam Perkenalan,

4 comments:

Nina Mirza said...

Bagusnya amalkan. Minyak zaiton. Memang banyak manfaat dan khasiat nya. Dah jumpa yamg terbaik macam Pons ni kak nina pun amalkan. Risau dulu dok makan yang tak ori (dulu beli botol kaca lutsinar) huhuuuu....

Mohaz Sue said...

Comelnya baby.. baguslah mummy dah start bg baby olive oil dari awal. Banyak khasiatnya olive oil ni.

athirahassin said...

comey nyaaa baby tuuuuuu.... bgs mummy bg baby comey ni olive oil

Nadia Johari said...

bgusla tengok..nak cari la nnati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...