Wednesday, August 17, 2011

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

 Eh, sekejap je  kn da sampai hari ke 17 Ramadhan kite berpuasa.. So arini bersamaan 17hb Ogos 2011 merupakan Hari Nuzul Al-Quran. tp KL xcuti!... Walaupun KL xcuti itu xmkne aku xsmbut Nuzul Al-Quran! Ape2pn, aku nk ucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran buat semua umat islam! Semoga kita perbanyakkan amal ibadat di bulan mulia ini..

Kali ni aku nk kongsi dgn korg ape yg aku tahu tentang Nuzul Al-Quran... Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yg pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana dlm kitab Al-Quran yg ade pada arini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 drpd keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda sdg beribadat di Gua Hira', besamaan dgn tanggal 6 Ogos 610Masihi. 

Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi S.A.W maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yg serius memikirkan rahsia Al-Quran. Ayat Al-Quran yg mule-mule diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah 5 ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Ok, tula serbe sedikit ape yg aku bace n aku tahu, kalu korg nk tahu tema Nuzul Al-Quran tahun ni iaitu 2011 bersamaan 1432 Hijrah ialah "Al-Quran Teras Kesatuan Ummah".. Jadi, jom bersatu! Jgn nk betelagah sesame sendiri je! tak dpt ape pn kalu kte bgado2 ssame sendiri kan... kannn...hehhehe.. Kite akan mnguntungkan bangsa len je! Hukhuk! xnk kan.. so pikir-pikirkn la.. hehehe.. Salam 1Malaysia! Peace! ^_^
[Catatan : Sumber diperolehi dari Wikipedia]

Salam Perkenalan, 

Norliza Nordin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...