Wednesday, September 07, 2011

Zakat Fitrah!

Entry kali ni aku nk cite pasal zakat fitrah. Tahun ni 1st time aku bayar zakat fitrah. hehehe.. maybe tahun depan da ade org tlg bayar kn pulak.. Insya Allah.. ^_^

Ok, meh aku kongsikan ngn korg ape itu zakat fitrah. Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).

kalu korg nk tahu, sebelum aku balik kampung nk raye ritu, mmg aku da niat tahun ni aku nk bayar sendiri zakat ni. so bile keluar pegi survey2 baju raye aku cr la kaunter2 nk bayar zakat. mmg jupe tapi org je xde.. smpai la esok tu da nk balik kampung...  last2 aku bayar kat Melaka je..

kalu korg nk tahu, time aku bayar zakat tu, aku rase teharu sgt.. xtahu nape.. rse cam aku da layak da pikul tanggungjawab sendiri.. da xperlu harapkn ibu atau sape2 bayarkn.. huhuhu..

" Ini zakat fitrah saya yang wajib bagi diri saya pada tahun ini sebanyak RM 6.50 kerana Allah Taala "

[ Catatan : Tidak menjadi kesalahan kalu kite keje kt KL tp bayar zakat kt Melaka! ^_^] 


Salam Perkenalan, 

Norliza Nordin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...