Monday, March 19, 2012

Sambungan A Famosa Water World

Okeh, aku sambung entry dengan tunjukkan gambar-gambar sepanjang kat sane dulu ye
kami pergi ke sini bertiga, aku, suami tercinta dengan adik lelaki bongsu aku (lain bapak). sebelum aku celoteh lagi panjang aku tunjukkan dulu watak utama dalam entry ni. Ngeh3
haa, tu die pemegang watak utamanya. aka Suami tercinta. ^_^

hari tu, kami diwajibkan memakai baju kaler merah. cam tahu-tahu je kan kaler febret aku. hehehe
alamak, kakak kaunter tu pn pakai baju merah! same team la! ^_^
masuk-masuk je terus En. Abam aku tu suruh sewa pelampung. kami sewa 1 je. kongsi bertiga. hehehe

Company En. Abam aku tu ade buat Family Day kat situ, tupasal lah kami ke situ, hehehe. Tiket untuk aku ngan En. Abam dah berbayar. tapi disebabkan last minit aku ajak adik lelaki aku tu, so kami belilah satu lagi tiket sebelum masuk. Tiket untuk kanak-kanak RM37 seorang.

Sebelum kami masuk air yaini berbasah-basahan, En. Abam aku tu join dulu game-game yang pihak A Famosa Water World sediakan untuk kami.
kalau korang nak tahu, sementara tunggu semua game ni habes, aku teman adik lelaki aku tu dok main-main air jap. Yela kan, dah masuk situ, konpem tak boleh tunggu kalau dah jumpe air kan.
aku intai dari jauh je mane-mane game yang tak dan nak nengok tu. sebelah kawasan je pun. Jenuh kot nak tunggu semua-semua game tu abes, so aku bawak la adik aku tu pulun main air. nak kene dibawak sebab die ni pemalu haih. Al-maklumlah membesar dengan 4 orang kakak katekan, so jadi lah pemalu macam kakak-kakak die. hihihi

 Eh. eh. dari tadi tade pun gambar aku berdua ngan En. Abam kan.
 berpeluh-peluh muke En. Abam aku ni, baru pas main game katekan.

Selepas je abes game, penyampaian hadiah pulak. Meh nengok gambar Team Merah dengan hamper-hamper yang diperolehi. ^_^
 okeh, dah selesai main game-game semua ni, kami Lunch dulu. agak-agak makanan dah turun betul-betul dalam perut, kami pun pergilah main-main air.

[Catatan : ini je mampu diupload! ]

Salam Perkenalan, 
With Love

Norliza Nordin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...