Thursday, April 19, 2012

Nasib Baik Masuk Opis Lambat

Cerita ni hari sabtu yang lepas, dah lame dah cerita ni, tapi saje nak update. hehehe
korang mesti dah bace paper dan dah dengar berita dah pasal 3 Penjenayah di tembak mati di Bulatan Cheras hari tu kan. tapi kepada sesiapa yang tak tahu pasal ni korang boleh baca Disini dan  Disini.

kalau korang nak tahu, Bulatan Cheras ni merupakan laluan pergi dan balik keje untuk kami berdua. so setiap pagi dan petang kteorang akan lalu Bulatan ni.

Setiap hari sabtu memang aku keje, tapi kebiasaannya aku akan keluar rumah dalam pukul10 ke 11 pagi.Tapi pada hari kejadian kami terlewat sikit keluar rumah. rasenye adalah dalam pukul 11.30 pagi kot. Normal, kalau keluar rumah time-time camtu dah jammed. tapi kali ni jammed die lain macam sikit hari tu, sampai tak bergerak langsung. Agak lame gak lah tak bergerak.

Disebabkan keadaan yang tak bergerak langsung tu, En. Abam amek keputusan ubah laluan ke laluan yang lebih jauh tapi tak tempuh lah jammed yang teruk sangat tu. Time tu kteorang tak tahu lagi apa punca jammed yang sangat teruk tu.

Bile dah balik dari opis tu, kire-kire pukul 1.30 petang camtu baru kteorang tahu ade kejadian tembak menembak rupanya. Itu pun kteorang tahu hasil perbualan dari staff-staff dari Hospital Pantai Cheras time Lunch kat Ayam Kampung Down town Cheras.

OTW balik tu jammed masih ada, sebab pihak forensik masih jalankan tugas dorang. kereta-kereta yang terlibat pun masih belum dialihkan. maybe dorang tengah jalankan siasatan lagi.

Oh syukur Alhamdulillah, dengar-dengar kejadian tu berlaku dalam lingkungan jam 11.30 pagi, kalau ikutkan tu kebiasaan untuk kteorang berada di betul-betul tempat kejadian. Fuhhh lega, tarik nafas panjang kteorang bile pikirkan balik, mane taknye, mane lah tahu, time kejadian tembak menembak tu memang kteorang ade kat situ ke. tak ke naye kalau terkena peluru sesat ke ape kan.. Mintak jauh.

Okeylah, sebelum sampai rumah tu, sempat gaklah aku suruh En. Abam amek gambar ape yang patut untuk dicerita kan di sini. hehehe.. so cekidauttt! ^_^

[Catatan : Al-fatihah buat yang pergi! ]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...