Monday, May 14, 2012

Pameran Raja Kita

Mesti ada di antara korang yang dah pergi Istana Lama kan. Tapi kepada sesiapa yang belum pergi lagi tu, korang masih sempat lagi kalau nak pergi. Sebab pameran ni dari 16 April sehingga 15 Jun 2012. Waktu masuk adalah dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Masuk adalah percuma.
Tapi kalau korang nak amek gambar atau video, korang akan dicaj. Butiran bayaran adalah seperti di atas. ^_^
Time kami pergi tu, cuti hujung minggu. memang sangat ramai orang. kalau nak best, korang pergilah time orang bekerja. mungkin xpack sangat. seronok sikit kalau nak tengok itu ini kan.  Disebabkan ramai sangat orang time kami pergi tu, adalah beberapa gambar yang sempat Icik Abam amek. So, cekidaut! ^_^
Yang kat atas ni adalah beberapa darjah yang dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Yang kuning tu merupakan Darjah Kerabat Brunei dan yang merah tu adalah Knight Grand Cross of the Order of the Bath (GCB) United Kingdom, 1972.
Manakala, yang macam loceng kt atas ni adalah Mohor Besar Raja-raja. Kalau korang nak tahu, permukaan mohor besar mengandungi jata kerajaan sembilan Negeri Melayu serta tertulis perkataan "Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu" dalam huruf jawi.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju menerima corak pada Mohor Besar raja-raja yang digunakan sehingga ke hari ini. Kalau korang nak tahu, mohor besar raja-raja ni dibuat di England pada tahun 1949.
Ini adalah Hukum Kanun Melaka (manuskrip asal) dan Undang-undang Laut Melaka
Yang macam tongkat kat atas ni adalah Cokmar. Cokmar ialah dua batang tongkat pendek berhulukan kubah merupakan alat perang zaman dahulu. 

Cokmar diperbuat daripada perak dan panjangnya ialah 81.32 sentimeter.
Yang macam kain berwarna merah dan biru tu adalah Pingat Kebesaran Persekutuan-Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M).

Darjah ini dizahirkan pada 18 April 1966 dan diwartakan pada 30 Jun 1966.
Yang gambar atas sekali tu adalah Tengkolok Diraja, manakala yang bawah sekali tu adalah Tali Pinggang Diraja
Kalau korang nak tahu, pakaian yang sebelah gambar aku tu adalah Mess Rasmi Pakaian Laksamana Laut Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ia merupakan pakaian rasmi Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika menghadiri majlis istiadat Tentera Laut Diraja Malaysia.
 Ini pulak adalah Spesimen Pelanduk Putih. Ia merupakan koleksi Mini Zoo Istana Anak Bukit. Atas inisiatif Baginda, sebuah mini zoo telah dibina di dalam kawasan istana sebagai tanda kecintaan Baginda terhadap haiwan.
Set Tepak Sirih ni adalah cenderamata daripada YAB Dato' Seri Yang Dipertua Pengerusi Anggota-anggota Lembaga Pengarah Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad pada 1hb November 2000 bersamaan 4 Syaaban 1421 Hijrah
  yang sebelah kanan tu merupakan cenderamata yang Baginda perolehi sempena Majlis Pelancaran Logo dan Tabung Tunku Mahmud pada 22 Ogos 2008

Manakala, yang sebelah kiri tu, merupakan koleksi kamera Baginda
Yang kat atas ni antara koleksi jam dan lesen memandu Baginda serta isteri Baginda
yang kat atas ni adalah Bunga Emas

Okeh, da abes melawat. so turunkan tanda tangan sket! Sekian ^_^

[Catatan : Daulat Tuanku!]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...