Saturday, September 28, 2013

Malam Berinai Kami

Punyelah lame makan mase nak pilih-pilih gambar kan. Baru hari ni sempat nk update pasal cerita kawen yang dah hampir 2 tahun berlalu.. itupun sebab busan-busan dok kampung tak ke mane-mane lagi, maklumlaaa icik abam kan pegi Ledang..huhuhu..rindu kat icik abam. So tetibe teringat.. ohmaii.. rupenye aku masih tak letak gambar-gambar malam berinai dan majlis bersanding kat Melaka. Kuang3

Memandangkan ini gambar lame-lame dan menjadi kenangan terindah aku dan icik abam, aku nekad sungguh-sungguh nak jugak update dalam blog. Biau laa orang nak kate basi ke ape.. hahaha

Cekidauttt~
 Memandangkan gambar-gambar ni dah lame, nak story panjang-panjang pun tak bape nak ingat. Jadi, aku cerita mane yang aku ingat ajelaaa ye. ^^

Kalau korang nengok gambar icik abam yang dah macam Hang Tuah ni, ni sebenarnye icik abam masih ade kat Homestay, dah ciap-ciap dah pun tu, siap sedia nak pegi umah pengantin perempuan, untuk majlis malam berinai ^^
Haa, yang ini konpem tengah bz bbm aku. Sebab seingat aku time kami nak bersanding untuk malam berinai tu lepas je nikah terus hujan. Agak lebat jugaklaaa. Memandangkan icik abam dan rombongan lelaki bersiap-siap di homestay, tu yang masing-masing membuat report. Ingat dah tak dapat nak berarak dah malam tu, terus naik pelamin je. Tapi Alhamdulillah, selesai je aku bersiap kat rumah, dan rombongan lelaki dah sampai kat rumah terus hujan berhenti. Alhamdulillah, dapat jugaklah kami berarak malam tu, cume bunga api je tade, time hujan katekan ^^ 

 Okee, siyes berat ye atas kepale aku tu.. hahahha
Seterusnya aku tunjukkan gambar bersanding di siang hari tu pulak ye
Tu sempat lagi kak andam betul-betulkan mane yang tak betul kat icik abam tu sebelum nak berarak di rumah pengantin perempuan ^^
Haa gambar ni rombongan pengantin lelaki dah start berarak ke rumah pengantin perempuan ^^
Amboiii segaknye..laki sapelaa kan..hehehhe
Haa yang ni kemain cun le pulak..bini sapelaa kan..hahhaha..comel-comel anak sedare makngah jadi flower girls aritu ^^
Seterusnya korang layan jelaa gambar-gambar berikut..

 Okee, yang ni aksi minta tol ^^
Bergambar dengan rombongan pengantin lelaki

Sape yang terlepas pandang entri-entri yang lepas, boleh klik link-link di bawah

[Catatan : Pasni gambar persalinan lak]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, September 27, 2013

Cerita 4 Hari Icik Abam TinggalKan Aku

 Okee, ini cerita awal bulan aritu, cerita 4 hari icik abam tinggalkan aku sebab dia join Program Outreach yang diadakan oleh company icik abam
 Program ni diadakan di Taman Negara
Memandangkan minggu ni icik abam ade lagi programnye tersendiri, pastu terpakse tinggalkan aku lagi, so aku updatela cerita ni dulu sebelum cerita ni terlebih basi, takmaulah kepamkan cerita ni dalam draft lelame kan.. hahhaa

Memandangkan aku tak pegi, so aku tepek sikit-sikt aje gambar icik abam ni. Cekidaut! ^^

 Macam-macam aktiviti icik abam lakukan selama 4 hari tu, masuk hutanlaa, berendam dalam air, main lumpur semua hadoooo.

Minggu ni aktiviti icik abam nak panjat Gunung Ledang pulak, kalau ikutkan ramai je yang mengajak aku join tapi memandangkan kesihatan aku yang ade semput, better toksah mencari penyakitkan. Biar jelaa icik abam tu enjoy dengan aktiviti yang dia lakukan, ekekeke

Alang-alang icik abam nak ke arah selatan, so icik abam anta aku dulu kat kampung, so bile die tade untuk dua hari tu nanti tadelaa aku busan kan.. ^^
[Catatan : Sekian]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, September 26, 2013

Aktiviti Hujung Minggu Kami

Rasenye dah lame sangat tak pergi mandi air terjun atau mandi manda. So tetibe je hujung minggu yang lepas teringin benau nak pegi air terjun. Bosan-bosan duduk rumah tak tahu nak buat ape, so aku ajak icik abam pergi air terjun. Mule-mule rase nak jenjalan aje, nak nengok kehijauan.. nak cari tempat tenang nak datim berdua, last-last terpikir pulak nak ke air terjun yang dah lame tak pegi tu.. hehhe
So alang-alang teringin nak pergi mandi air terjun, icik abam suggest pergi Sungai Tekala,
so kami merempit pegi sane. Syok jugak sekali sekale merempit berdua macam ni. Selalu merempit pegi tempat keje aje, tapi kali ni jenjalan, tak same okee feeling die.. hahhaha^^
Haa, kalau tak caye kami berdatim nek moto aje, ni video die, bukti.. hahhaha. Lepas amek video ni rase penin terus, mane taknye jalan die bengkak bengkok, macam ular... hukhuk

Dah sekerat jalan, nengok-nengok jalan nak menuju ke Sungai Tekala ditutup le pulak...Dorang ade buat construction sebab ade sebahagian laluan yang berisiko tanah runtuh. huhuhuhu

Tapi icik abam kate takpe, kite pegi tempat lain pulak, so icik abam bawak ke Sungai Congkak kat Hulu Langat
Sejuk gile air die okee
Rendam kaki. hahhaha
Antara gambar yang sempat diambil hari tu
Sekali sekala berdating berdua camni best jugakkkk ^^

[Catatan : minggu ni balik kampung]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, September 25, 2013

Review Filem Runner Runner

Premiere screening untuk Filem Runner Runner telah diadakan malam tadi kat TGV 1 Utama
Filem ini mengisahkan seorang ahli perniagaan yang memiliki sindiket perjudian Internet mendapati hubungannya dengan anak muridnya mula tidak bersefahaman. Filem ini dibintangi pelakon Ben Affleck, Gemma Arteton dan Justin Timberlake. Filem thriller drama ini diarah oleh Brad Furman

Untuk filem ni aku bagi 3 bintang. Tak bagi banyak sebab bagi aku citer ni simple. Tapi icik abam cakap citer ni best. So lain orang lain pendapat ^^
Rating : ★ ★   ☆
Esok nengok Filem Rush lak. Sape nak bole roger ^^
[Catatan : 6 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, September 24, 2013

Pratonton Filem BenCinta

Ini cerita malam tadi, Majlis Pratonton Filem BenCinta yang diadakan di Sunway Piramid
Filem BenCinta ini akan mula ditayangkan dipawagam pada hari Khamis ni, 26 September 2013
Kami merupakan orang yang terawal datang. hahhaa
Filem ini adalah dibawah arahan Eyra Rahman dan penerbitnya adalah Mejar David Teo, Metrowealth

Filem ini mengisahkan sepasang pasangan yang baru berkahwin dan hubungan mereka menjadi hambar apabila Faizal (Farid Kamil), suami yang kaya dan mula menjalinkan hubungan dengan perempuan lain dan bertukar menjadi seorang pendera. Terperangkap dalam perkahwinan yang merosakkan nilai masyarakat konsevatif, Fathia (Nora Danish) telah melarikan diri ke Langkawi bersama anak perempuannya dan cuba meminta perlindungan daripada kawan baiknya, (Qi Razali). Mereka kemudiannya menyedari bahawa masing-masing saling jatuh cinta namun Fathia terpaksa menghadapi suaminya

So nak tahu bagaimana Fathia fight dengan suaminya kenalah tonton filem ni nanti ^^
 
 Bersama Fathia a.k.a Nora Danish
Bersama Farid Kamil a.k.a Faizal. Dalam cerita ni aku rase benci sangat kat Faizal. Siyes..
 
 Bersama David Teo
 
 Bersama Adik Adrianna, memegang watak sebagai anak kepada Faizal & Fathia
 
 Shima Anuar
Selepas aje nengok movie kami bergambar bersama sebahagian daripada pelakon Filem BenCinta ^^

Untuk filem ni aku bagi 3 bintang
Rating : ★ ★   ☆
[Catatan : 2 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...