Friday, November 29, 2013

Homestay Di Melaka - Qisya Homestay

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. Kepada semua yang masih tercari-cari tempat penginapan untuk bercuti di Melaka, Qisya Homestay dalah pilihan terbaik untuk anda sekeluarga mahupun bersama teman-teman tersayang. Kami menyediakan penginapan yang bersih dan dilengkapi dengan kemudahan asas yang penting untuk semua

 Qisya homestay merupakan sebuah rumah teres 1 tingkat di Taman Merbok, Bukit Katil. Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Homestay terletak berhampiran bandar Melaka serta dikelilingi dengan pelbagai kemudahan dan tempat-tempat menarik di Melaka. Dengan itu anda boleh merancang percutian anda dengan baik dan sempurna ^^


Setiap bilik dipenuhi dengan perabot asas yang mampu memberikan keselesaan buat semua. 

Lokasi Berhampiran:
Melaka Mall & Jusco (5 Minit)
Taman Buaya (8 Minit)
Zoo Melaka (8 Minit)
Melaka Wonderland (8 Minit)
Taman Botanikal (10 Minit)
Taman Mini Malaysia (10 Minit)
Taman Rama-rama (10 Minit)
Banda Hilir (15 Minit)

Kemudahan disediakan:
Katil
Peti Ais
Kipas
Televisyen (Astro)
Sofa
Meja makan
Pinggan mangkuk
Microwave
Iron
Dan lain-lain kemudahan

Jika ada diantara anda yang berminat untuk menempah. Tempahan boleh dibuat awal dari tarikh untuk menyewa. RM50 sebagai bayaran tempahan (lock date). Manakala baki pembayaran pula perlu diselesaikan ketika kunci homestay diambil nanti. "First come first serve"

Sewa untuk sehari Qisya Homestay:
Weekdays (Monday-Friday) = RM130
Public Holiday/Weekend (Saturday- Sunday) = RM150

Anda berminat???
Call/SMS : 0196550517 untuk tempahan

"Kebersihan dan Keselesaan Anda Keutamaan Kami"

[Catatan : Welcome]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, November 28, 2013

Review Filem HomeFront

Kami dapat 4 tiket untuk special screening filem Homefront ni. Tapi kami tak pegi pun tengok filem ni. Aku bagi kat opismate keempat-empat tiket ni. Icik abam suruh aku stop dulu aktiviti nengok wayang ni buat sementara waktu, sebab die ade aktiviti lain yang perlukan training sehingga masa yang telah ditetapkan. 
Memandangkan luck aku untuk dapat tiket wayang free ni selalu aje cerah, so icik abam cakap takpe buat aje contest kalau dapat tiket free tu kite bagi kat orang lain. Sebab dia cakap ramai member-member dia cuba masuk contest yang same tapi susah pulak nak menang. Sebab itu aku masuk gak contest movie ni, tapi bila takpat pegi aku akan bagi kat sape-sape yang berminat, so tadelah membazirkan

Okee, pendekkan cerita, untuk filem ni opismate aku cakap jalan ceritanye simple, tapi cerita ni penuh dengan aksi. Dia bagi 3.5 bintang. So aku bundarkan jadi 4 bintang untuk filem ni ^^
Rating : ★ ★  ★ ☆

Filem ini adalah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Sylvester Stallone. Gari Fleder yang terkenal kerana mengarah filem seperti "Kiss The Girls" dan "Runaway Jury" mengarah filem aksi thriller ini. Ianya mengisahkan seorang bekas ejen DEA, Phil Broker (Jason Statham) yang memindahkan keluarganya ke sebuah bandar kecil demi melupakan sejarah silamnya. Setibanya dibandar tersebut. Phil menghadapi pelbagai kes jenayah yang didorong oleh dadah disebalik keadaan bandar yang kelihatan tenang. Dia turut mendapat perhatian daripada seorang pengedar dadah kejam bernama Gator (James Franco)

Tarikh tayangan bermula hari ini iaitu 28 November 2013 sama dengan Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

[Catatan : 4 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, November 26, 2013

Latihan Kebakaran Di Opis

Kalau korang nak tahu, sekarang ni aku ade kat Melaka, arini icik abam outstation Melaka, so aku join sekali laaa. hihihi Sementara tunggu icik abam abeskan keje die tu, aku nak update pasal latihan kebakaran. Latihan kebakaran ni diadakan di opis icik abam benaunye, haritu time latihan kebakaran ni icik abam pinjam kamera aku sebab die kene amek gambar time latihan tu.

So dah alang-alang ade dalam kamera aku tu, aku updatelaa kat sini kan hehehe. Jom cekidaut! ^^




 Dorang memang buat macam betul-betul berlaku kebakaran. Siap ada orang terperangkap, tercedera bagai
Siap sembur-sembur air lagi. hihihihi
 
 Last sekali tepek gambar icik abam & team yang menjayakan Latihan kebakaran hari tu



[Catatan : MBSB Jalan Dungun]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, November 25, 2013

Terima Kasih Sogo

Okee, kalau tadi pasal tapak kiri gatal, sekarang pulak pasal tapak kanan gatal. Alhamdulillah, rezeki kita tetap ada, takyah nak mengeluh sangat kan. Setiap yang datang tu pasti ada hikmahnye ^^
 Semalam bertempat di Kamar Emas Sogo telah diadakan UAT. Untuk event ini patutnye aku aje yang dapat invitation, tapi memandangkan nanti takkan nak tinggalkan icik abam sensorang kat rumah, so terpaksela aku ajak icik abam join sekali. Aku pun bagilaa name icik abam untuk join UAT ni

 Kalau korang nak tahu, event ni diadakan untuk "secret mission" dorang. Dalam event ni dorang ajar kita bagaimana untuk sign up S Card dan menggunakannya dengan lebih details secara online.
 Bagi aku event ni sangat best. Tak busan pun. Kita cume bagi feedback atau complaint yang kita rasa perlu untuk "secret mission" dorang ni.
 Sambil-sambil buat survey tu kita bole makan sekali. Untuk first round aku amek sandwich dulu. 

 Macam-macam  "gift" dorang sediakan untuk yang join event ni semalam.  Dah laa dapat makan free, pastu dapat pulak voucher cash untuk shopping. Waduh-waduh.. suke bangat gituw.. hahahaha terus hilang bebelan icik abam sebab aku heret die sekali untuk join event ni. So pasni bolelah heret icik abam lagi kan... ^^
 Alang-alang dah dapat voucher cash plus parking tiket complimentary, ape lagi... bershopping sakanlaa kami semalam tu. hehehehe
Semalam kami rembat seluar dengan baju je. Dah memang jadi kebiasaan, aku akan beli sehelai dua untuk kenang-kenangan hasil daripada "gift" yang kami dapat ^^

Nasib baik bawak icik abam, so semua "gift" dapat double! tq Sogo!!! kalau ade event best2 invitelaa kami lagi.. hihihi
[Catatan : Ade balance voucher]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Pecah Record

Haa, nampak cantik pulak kan dugong bila di atas jalan raya.. kuang3

Ape-apepun nak habaq yang ini adalah pertama kali dan harap-harap yang terakhirlaaa dapat "Surat Cinta" dari JPJ. hukhuk Kalau korang nak tahu, icik abam yang bawak kete time tu, die baru balik dari outstation Seremban. Kene AES kat KM301 Lebuhraya Utara-Selatan arah ke KL. 

Icik abam cakap, dia sendiri tak pasan yang die kene AES time tu, sebab tak ade flash pun katenye. Alih-alih "Surat Cinta" ni sampai aje kat kampung. Al-maklumlaa segala alamat surat menyurat aku akan bagi alamat Melaka, tupasal sampai sane. Hurmmm.. tapi ape pun alasan icik abam surat cinta ni dah sampai. so kenalaaa bayarkan. \\(*-*)//
Aku bayar guna myeg aje. Cepat dan mudah, tapi kene charged RM2.00.. 
Ok dah setel pasal saman. So icik abam, bajet untuk rokok anda telah ditarik ye. Tu nasib baik bukan kene RM300.. Rugi.. rugi.. Harap-harap pasni silaa memandu ikut had laju yang ditetapkan ye icik abam. Toksah laa nak buang duit sangat untuk bayar saman. huhuhu
[Catatan : 1st record]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, November 22, 2013

Sponsored Photoshoot by WM

Dah berkurun rupanya aku janji nak update pasal gambar photoshoot ni. Konon kate lepas CNY, ni abes semua LEPASSS,  raya puase dah lepas, raya haji dah lepas, deepavali pun dah lepas, nasib baik krismas je tak lepas lagi, so kira tak sampai bertukar tahun je lagi la kan.. heheheh

Sambungan dari entri PHOTOSHOOT

Lokasi photoshoot kami pilih di Taman Tasik Perdana
Kami amek tema photoshoot ala-ala picnic
Photoshoot di taja sebab kami Menang sesi Photoshoot + Custom Album dari bro Wan Mahazir

So sesiapa yang mencari dan memerlukan photographer untuk hari-hari istimewa korang, korang boleh PM >>>>>DISINI<<<<<
Pakaian + Make-up + Props + Kos untuk ke lokasi photoshoot sendirian berhad
Gambar-gambar ni semua dah lame dah dapat cume album aje kami tak pegi amek lagi

[Catatan : Love red]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, November 21, 2013

Review Filem Kisah Paling Gengster

Malam tadi kami dapat tiket free lagi untuk Special screening Filem Kisah Paling Gengster. Filem ni adalah untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja
Filem ni mengisahkan tentang Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti pemuda-pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata beliau seorang yang "Loser".

Namun segalanya berubah apabila Remy menyelamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap yang bernama Megat. Demi untuk membalas budi, Megat telah menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang "Loser" kini dia telah bangkit semula sebagai seorang gengster. Namun beliau berdepan dengan dilema dan masalah
Rating : ★ ★   ☆ 
Filem ini diterbitkan oleh B&L kreatif dan dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Wawa Zainal, Paduka Master Rock, Wan Hanafi Su, Zul Suphian, Fyza Kadir, Epy Raja Lawak, Alex Yanz, Khadijah Tan dan ramai lagi

Filem ni telah berada dipawagam mulai hari ini iaitu 21 November 2013

[Catatan : 2 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, November 19, 2013

Pratonton Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang!

Malam tadi berlangsungnya majlis pratonton Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang!. Sebahagian besar artis-artis yang membintangi filem ini datang untuk memeriahkan lagi malam pratonton ni. Cuma Ustaz Azhar Idrus (UAI) tak dapat nak datang sebab beliau ada urusan penting.
Filem ni mengisahkan Dadu, seorang pemuda yang hanyut tanpa tujuan dari hari ke hari. Dia seringkali dipecat dari kerja dan tidak pernah serius dengan segala yang dilakukannya. Dadu tinggal bersama Muiz yang turut bergantung kepada Dadu untuk hidup. Kedua-dua mereka tidak taat pada agama sehinggalah sepupu Dadu, Hamzah datang tinggal bersama. Hamzah kini adalah seorang yang taat pada agama dan sering pergi ke masjid untuk sembahyang dan mendengar ceramah agama. Terkejut dengan perubahan pada diri Hamzah, Dadu dan Muiz berazam untuk mengubah diri mereka tetapi jalan untuk kembali ke jalan yang lurus bukanlah sesuatu yang mudah

Rating : ★ ★  ★ ☆
Filem ini adalah sebuah filem berunsur islamik yang penuh dengan pengajaran dan mempunyai unsur jenaka dan boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Filem ini merupakan filem ke-86 keluaran Metrowealth di bawah arahan Pierre Andre
 
 
 
 Akim pun ada malam tadi
 Officemate pun terjebak jugak. hihihi
Ni dia Cute gift yang kami dapat malam tadi. Aku memang suke collect kipas tangan. Lagi pulak comel-comel camni kan. hihihi

Eh chop, lupa nak beritahu, filem ni akan mula ditayangkan dipawagam bermula 28 November 2013. So bolehla ramai-ramai nengok filem pertama yang dibintangi oleh UAI ^^
Jom dengar pantun David Teo dalam loghat ganu ^^
[Catatan : 6 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...