Wednesday, January 11, 2023

Bangi Wonderland Theme Park Sesuai Seisi Keluarga


Hello hellooooo.. tumpang laluu sattt.. nak sapu sawang hahhaha


Akhirnyaaa.. ade gak entri yang boleh di update.. lame betul tak menulis kann.. tapi tulaa nak cerita pergi Bangi Wonderland Theme Park dengan geng blogger..
 

Rasenye ni kali kedua join gathering bersama kbba9.. Alhamdulillah dapatlaa jumpa semua face to face, kalau tak jumpa di alam maya saje..


Paling teruja pastinyaa dua budak ni laa kann hihihi


Dapat masuk air terus muka banyak senyummmm gituuu 


ni tak dapat nak try, dapat nengok orang naik je.. sebab bebudak ni tak leh naik kan.. so makdia pun tak dapat nak naik jugaklaa


sini best dapat main air ombakk, ala alaa macam kat pantai gituu


Tempat mummy dan anak2 kat sini jelaa.. kemain sonok dorangg


mane tempat makdia tak dapat nak main, makdia buat lawat periksa je sambil amek gambar


ni harga sewa locker ye.. kami sewa yang medium je..


Akhir sekali kita tepek gambar yang diambil sebelum pulanggg ;)



Salam Perkenalan,

Wednesday, April 29, 2020

Resipi Peria Goreng Ranggup

Sebenarnya resipi ni dah lama kita nak buat.. tapi disebabkan icik abam sejenis suka makan peria mentah mentah instead goreng gini.. so kita layankan jelaa.. tapi arini, kita try untuk buat alang alang ade peria lagi tu walaupun ade jugak beberapa bahan yang tak dapat nak masukkan.. tapi alhamdulillah masih sedap ditekak hihihi


Bahan bahan:
Peria
Tepung beras
Tepung goreng ayam Adabi
Black pepper
White pepper


Cara memasak:
Mula mula korang potong dua dulu peria ni.. buang biji tengah tengah tu.. kemudian korang potong nipis nipis. Kalau nak lebih ranggup korang sagat sebab kalau korang sagat lagi nipis lagi rangup lahh citenye hihihi

Lepastu korang basuh dan rendam dengan air garam sejam sebab nk hilangkan rasa pahit peria tu.. kalau korang suka pahit pahit korang teruskan aje dengan step seterusnyaa..

Dah rendam tu korang make sure keringkan peria tu betul betul..


Masukkan dalam bekas tertutup dan campurkan dengan tepung goreng ayam, tepung beras, black pepper, white pepper tadi.. lepastu korang tutup dan goncangkan sampai semua sekata..


Lepastu goreng guna minyak yang banyak dan panas lepas dah rasa ranggup angkat dan toskan minyak.. Siapp!


Salam Perkenalan,

Resipi Sambal Udang

Masih gigih lagi untuk masakkan lauk iftar icik abam. Hari ni dah masuk hari kelima berpuasa.. pening jugak pikir nak masakkan ape hari hari hahaha


Makanya terdapatlah idea nak masak sambal udang.. sebab dah berapa hari ni asek lauk ayam je kan.. hihihi


Bahan bahan:
Udang
Sos tiram
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Cili besar
Serai


Cara memasak:
Blend semua cili dan bawang Bersama serai. Lepastu tumis sampai kering. Kalau serai tu taknak blend sekali korang ketuk ketuk dan campak jela time masak tumis sambal tu okay..

Bila dah kering baru masukkan sos tiram, gula, garam. Ikut lidah masing masing ye.

Kemudian masukkan udang gaul gaul dah siapp!. Disebabkan ade tomato dan gajus lagi kita campak je sekali buat meriah hihihi


Selain tu menu hari ni ade peria goreng ranggup. Untuk resipi ni kita up kat next entri ye..


Terlebih rajin kita buat ayam goreng crispy


Ni pulak popia pedas


Macam biasa, anak kanje berbuka dulu.. reaksi muka tu kalau nampak makanan memang tak boleh nyorok.. excited terlebeyyy.. penat memasak mummy memang hilang terus nengokk anak kanje mummy selera makan. Alhamdulillah.


Salam Perkenalan,

Resipi Telur Bistik

Menu berbuka hari keempat untuk icik abam ni kita buat memang simple sesangat. Disebabkan tak berapa larat nak masak aritu kita buat satu menu ni je.. sayur ada, ayam ade dalam satu lauk.. senang cite.. hihihi


kita kongsikan resipi yang sangat mudah dan sedap jugak yang korang boleh try.. Insya Allah..

Bahan bahan:
Telur
Bawang holland
Bawang putih
Isi ayam (ayam cincang)
Sos Cili
Sos tomato
Sos tiram
Sayur campur
Air
Garam
Gula



Cara memasak:
Mula mula korang pecahkan telur dan buat telur dadar. kemudian simpan dulu kat tepi.

Korang sambung dengan tumis segala bawang tu dan masukan ayam cincang sehingga kering..

Kemudian korang masukkan air dan segala bagai sos yang ade tadi.. masukkan garam gula, gaul gaul pastu dah siapp!..

Korang hidangkan atas telur dadar tadi.. sekiannn mudah sungguh la haiii hihihi


Menu untuk anak kanje pun simple je aritu.. goreng goreng je.. ni sebab semua sebab tak larat nak siang ayam, ikan, sotong yang baru beli.. kita guna bahan bahan yang ade saje..


Alhamdulillah, macam biasa.. anak kanje memang tak boleh nampak makanan.. tak dan mummy nak toskan minyak dah dingappp! hihihi


Salam Perkenalan,

Resipi Ayam Masak Kurma Gajus

Haaa ni menu iftar hari ketiga berpuasa yang kita sediakan untuk icik abam. Mane yang menanya resipinye bawah ni kita ada sediakan bahan bahan dan cara masakkan ayam masak kurma gajus ni


Masak kurma ni simple je lagi lagi kalau guna rempah Adabi..

Bahan bahan:
Rempah Kurma
Santan
Cili padi
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Kunyit
Ayam
Kentang
Gajus


Cara memasak:
Bawang merah, bawang putih, halia tu tumis sampai naik bau. Lepastu masukkan rempah kurma biar sampai kering rempah tu.

Kemudian masukkan santan dan air.. pastu bolehla masukkan ayam. Tapi disebabkan kita suka goreng dulu ayam tu, so bolehla masukkan ayam selepas masukkan santan bagai tu..

Kalau tak korang masukkan ayam dulu baru santan dan air tu.. agak agak ayam nak cepat masak tutup kuali tu.. Rasa tu korang adjustla ikut lidah masing masing..

Pastu masukkan kentang, garam, gula dan gajus tu.. Gaul gaul dah siappp!


Dah siap ayam masak kurma kita prepare menu untuk anak kanje pulak



Ni kejadian sebelum masuk kuali


Mummy buat roti sosej cheese.. kemain berselera anak kanje makan.. tapi asek nak menggorek cheese je kejenye hihihi


Salam Perkenalan,

Saturday, April 25, 2020

Resipi Ikan Masak Lemak Cili Padi Mangga

Menu kedua berpuasa untuk tahun ni.. semoga istiqomahla nak masak untuk berbuka Insya Allah


Harini kita masak Ikan masak lemak cili padi manga. Niat hati nak masak dengan nenas tak pun dengan belimbing buluh. tapi ade mangga je so kita masak ni jela ye adik baby.. hihihi


Bahan bahan:
Ikan
Mangga
Santan
Asam jawa
Serai
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Cili padi
Garam
Gula

Cara cara masak:
Tumis guna minyak bahan bahan yang dah blend sampai kering. Bahan bahan yang diblend terdiri daripada kunyit, bawang putih, bawang merah, cili padi.

Lepastu masukkan air dan masukkan sedikit santan kemudian kacau sampai sebati.

Masuk penambah perasa ikut sesedap rasa dan masukkan juga asam jawa. Lepastu masukkan ikan. Disebabkan kita goreng sket dulu ikan so takyahlah nak tunggu atau tutup kuali untuk cepat masak. Kita memang suka goreng dulu ayam/ikan kalau nak buat lauk. Kalau tak korang belahlah dua ikan tu then tutup kuali supaya cepat masak.

Lepastu barula masukkan manga then gaul gaul siappp! Alhamdulillah dapat pujian juga dari icik abam

kita rasa pedas dah menu hari ni, tapi icik abam cakap tak pedas pulak.. lain maciam pulak lidah icik abam ni time time puasa ni. Padahal icik abam ni bukanlaa tahan pedas sangat hihihi


Ni pulak menu untuk anak kanje. Bendi masak telur buat berkuah sket. Sebab anak kanje mummy tu suka makan berkuah


Alhamdulillah nengok anak dan bapaknyaa berselera makan hilang penat mummy masak hihihi


Salam Perkenalan,

Resipi Ayam Masak Merah Kacang Peas

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua berpuasa.. masih larat nak masak untuk icik abam walaupun lepastu pengsannn hahahha


Ni menu hari pertama puasa, disebabkan ada yang tanya pasal resipi menu ayam masak merah kacang peas ni, so kita up teruslaaa entri kat sini


Ni video yang kita upload kat IG, hanya mampu upload video je.. details resipi memang takdan nak nulis kat situ.. so kita bagi kat sini jela ye cara cara nak masak resipi ni.

Bahan bahan:
Ayam
Frozen Vege (Kacang peas)
Bawang Holland
Cili kering
Serbuk Kunyit
Halia
Belacan
Sos Cili
Garam
Gula


Cara masakan:
Tumis dulu bahan bahan blend sampai kering. Bahan bahan blend tu terdiri daripada bawang putih, bawang merah, cili kering, halia dan sedikit belacan.

Bila dah garing masukkan sos cili, garam, gula.. semua ni ikut selera lidah masing masing ye.

Lepastu bila dah rasa okay bolehla masukkan ayam yang telah digoreng bersama kunyit dan garam tadi 

Kemudian masukkan pulak kacang peas dan bawang Holland yang telah dipotong bulat. Gaul gaul dah siappp!

Alhamdulillah icik abam puji masakan ni.. korang bolehla try untuk menu berbuka akan datang ye..



Selain menu tu, ade gak menu tambahan sket iaitu popia sayur untuk anak kanje. Letak cheese dan mayonis dalam tu kemain selera makan. Alhamdulillah!


Ni antara riak muka bila dah dapat makan. Orang belum berbuka lagi anak kanje mummy ni dah abeskan buah tembikai dan popia hihihi


Salam Perkenalan,

Wednesday, December 04, 2019

McDonald's dekati masyarakat di utara tanahair dengan sumbangan lebih RM500,000


Program Komuniti McDonald’s ringankan beban golongan kurang bernasib baik di Perlis dengan pelabagai inisiatif kemasyarakatan




(dua dari kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan (tiga dari kiri) DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis ketika menyerahkan sijil pelantikan kepada salah seorang belia yang terpilih untuk menyertai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s.


KANGAR, 3 Disember 2019 – Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis menyaksikan McDonald’s Malaysia menyampaikan sumbangan berjumlah RM507,500 bagi meringankan beban golongan kurang bernasib baik di negeri ini. Pelbagai inisiatif diumumkan di bawah Program Komuniti yang dianjurkan, termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.


“Kami berhasrat mewujudkan impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi restoran kami. Komitmen kearah kesejahteraan masyarakat merupakan sesuatu yang cukup dekat di hati warga kerja McDonald’s malah ia juga merupakan nilai teras syarikat. Besar harapan kami agar sumbangan yang disampaikan mampu mengukir senyuman kegembiraan kepada golongan yang memerlukan di negeri Perlis ini,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mencemar duli menjadi tetamu kehormat majlis tersebut, yang diadakan sempena Program Kayuhan “MAIPs Peduli” kali ke-93. Baginda hadir menyempurnakan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis selepas mengadakan lawatan berbasikal di sekitar kawasan kampung di negeri ini untuk penyerahan zakat kepada golongan masyarakat yang memerlukan. 

Baginda yang juga merupakan Yang Dipertua MAIPs komited melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan memandangkan ia juga sebahagian daripada usaha berterusan MAIPs,bagi memastikan nasib golongan masyarakat yang memerlukan di negeri ini terus terpelihara.

“Kami gembira melihat syarikat korporat seperti McDonald’s tampil kehadapan membantu golongan kurang berkemampuan di Perlis. Apa yang dilaksanakan oleh syarikat khidmat segera tersebut wajar dipuji dan dijadikan contoh. Program Komuniti McDonald’s yang dilaksanakan ini amat bertepatan dengan visi kami untuk memacu pembangunan ummah cemerlang menjelang 2020 menerusi nilai-nilai kemanusiaan dan sikap prihatin terhadap keperluan masyarakat,” kata Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). 


Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia

McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Perlis untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. 

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.


"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s 

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Perlis untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.  Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

Program “Kembali ke Sekolah”

Lebih 1,000 kanak-kanak dari 36 sekolah di seluruh negeri Perlis menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.

Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.


Sejumlah RM507,500 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s, dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.


 (dua dari kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Perlis untuk tahun 2019 kepada (tiga dari kiri) DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.


 (dua dari kiri) DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis memakaikan pakaian seragam yang baharu untuk salah seorang kanak-kanak sekolah rendah sebagai simbolik penyerahan pek ‘Kembali ke Sekolah’ semasa Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis 2019. (kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia; (kanan) Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan (dua dari kanan) YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra, anakanda Raja Muda Perlis turut serta di atas pentas.


Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia dan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis ketika sesi lawatan restoran McDonald’s Pandu-Lalu Kangar, Perlis.


 Warga kerja McDonald’s dan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama-sama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis bergambar mesra bersama penduduk kampung ketika lawatan berbasikal, Program “MAIPs Peduli” di negeri Perlis untuk penyerahan zakat kepada golongan masyarakat yang memerlukan.



Salam Perkenalan,

Wednesday, November 20, 2019

McDonald’s Sumbang Lebih RM560,000 Bantu Golongan Memerlukan Di Kedah

Inisiatif kemasyarakatan melalui Program Komuniti McDonald’s kearah pembangunan sosio-ekonomi Kedah


SUNGAI PETANI, 18 November 2019 – Lebih RM560,000 disampaikan oleh McDonald’s Malaysia melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah. Ini adalah inisiatif oleh syarikat khidmat segera terkemuka tersebut bagi memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan di seluruh negara. 

Penyampaian sumbangan Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah kali ini diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di negeri ini, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya di Sungai Petani, Kedah. Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

“Membantu golongan masyarakat yang memerlukan merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Program Komuniti McDonald’s mengetengahkan komitmen kami dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di seluruh negara di bawah tanggungjawab sosial korporat syarikat” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

"Dengan pembukaan restoran terbaharu kami di Kedah ini, kami dapat terus menyumbang kepada ekonomi tempatan melalui peluang pekerjaan dan pembangunan bakat. Pada masa sama ia membolehkan syarikat mendekati dan membantu lebih ramai golongan masyarakat yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan yang dianjurkan di sekitar lokasi restoran," tambah Azmir yang juga Presiden RMHC Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia.


YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis hari ini.

“Melalui Bajet Kedah 2020, kerajaan negeri Kedah menitikberatkan nasib golongan kurang bernasib baik di negeri ini dengan peruntukan lebih RM4 juta yang melibatkan pelbagai usaha membasmi kemiskinan dan projek pembangunan sosial,” kata Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz, Menteri Besar Kedah. 

“Saya melihat setiap usaha yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia di negeri ini sebagai komitmen yang mantap kearah meningkatkan sosio-ekonomi negeri Kedah. Program Komuniti yang dianjurkan merupakan sesuatu yang wajar dipuji, demi manfaat masyarakat secara menyeluruh,” tambah YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir.

Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia

McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Kedah untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah syarikat di bawah Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s 

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. 

Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Kedah untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, individu terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's.

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma sepanjang mengikuti latihan.


Program “Kembali ke Sekolah”

1,680 kanak-kanak dari 56 sekolah di seluruh negeri Kedah menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.


Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.

Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.


McDonald’s Malaysia memberi kembali sebanyak RM569,000 kepada negeri Kedah melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti McDonald’s. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan penyerahan pek ‘Kembali ke Sekolah’.


Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia sebanyak RM101,000 untuk negeri Kedah bagi tahun 2019 kepada Ustaz Mohd. Suraidi Saad, Ketua Jabatan Pengurusan Zakat Korporat, Lembaga Zakat Negeri Kedah, sambil disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah.


(Tengah) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah bersama para pelatih SLDN McDonald’s, semasa Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah 2019.


 (Kiri ke Kanan) Encik Abd Aziz bin Selaiman, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah; Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah; Yang Amat Berbahagia Datin Seri Utama Norzieta Zakaria, isteri Menteri Besar Kedah dan Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia memakaikan pakaian seragam yang baru untuk kanak-kanak sekolah rendah sebagai simbolik penyerahan pek ‘Kembali ke Sekolah’ semasa Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah 2019.


(Kiri ke Kanan) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah; dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Utama Norzieta Zakaria, isteri Menteri Besar Kedah ketika upacara memotong riben menandakan pembukaan rasmi McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah.


Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah ketika menandatangani plak perasmian McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya sambil disaksikan oleh Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.


Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Utama Norzieta Zakaria, isteri Menteri Besar Kedah ketika sesi lawatan restoran McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah.


Latarbelakang McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Latarbelakang RMHC

RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/


Salam Perkenalan,
With Love,
Terima Kasih Sudi Singgah
Jangan Lupe Follow ye


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...