Showing posts with label Event Bersama Artis. Show all posts
Showing posts with label Event Bersama Artis. Show all posts

Friday, May 20, 2016

LIVE!! Lawak Ke Der 2016 (5- 8 May 2016) Di Istana Budaya

Pestaim jejakan kaki kat Istana Budaya.. agak jakun laa sikitkannn hehehe. Seperti tahun-tahun yang lalu, acara komedi tahunan ini akan menampilkan hanya pelawak terbaik Malaysia! Tahun ni penonton dihiburkan oleh Harith Iskander, Afdlin Shauki, Douglas Lim, Nabil Ahmad dan ramai lagi! Persembahan tahunan ini adalah di bawah arahan oleh penerbit, pelakon dan pengarah terkemuka, Dato’ Hans Isaac! 


ape apepun sebelum masuk kite snap sana sini sikit, kang kalau show dah start tak boleh amek gambar ke video ape. Sebab kat dalam Istana Budaya ni ade protokol. Tak boleh main henpon ke ape kat dalam tu during the show started..


Dalam ni memang agak malap sikit lampunye, so kite selfie laa jugak hahaha


Tiket untuk Lawak Ke Der ni adik aku yang bagi, as a birthday treat katenye hahahha..


harga tiket bermula dari RM48 hingga RM188. Yang membezakan tiket tu mahal ke murah adalah jarak tempat duduk dengan stage. Agak agak yang duduk depan stage tu kire mahal laa harga tiket yang dibayar.. tapi murah ke mahal tiketnye, tetap show yang same korang nengok, tak lebih tak kurangggg hahahha


masa show berlangsung memang tak boleh nak amek gambar ke ape, so dah lepas show baru boleh amek gambar..


so ni antara gambar yang sempat disnap time dorang atas pentas before tirai diturunkannn.. hihihi


Tarikh
Masa
Pelawak
5-May-20168.30pmKumpulan Bocey / Afdlin Shauki / Douglas Lim /
Rayza Mukmin / Sherry Al Hadad
6-May-20168.30pmKumpulan Bocey / Afdlin Shauki / Douglas Lim /
Harith Iskander / Nabil Ahmad
7-May-20168.30pmAfdlin Shauki / Douglas Lim / Rayza Mukmin / Harith Iskander /
Nabil Ahmad / Sherry Al Hadad
8-May-20163.00pmAdflin Shauki / Douglas Lim / Harith Iskander / Nabil Ahmad /
Jihan Muse & Shuk Balas / Rayza Mukmin


Lepas show semua boleh bergambar dengan para pelawak yang ada. seterusnya korang cekidaut ajela gambar yang ade ye..










Salam Perkenalan,

Friday, March 18, 2016

Pratonton Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi

Selase yang lepas, bertempat di Cathay ecurve Damansara telah berlansungnye malam pratonton Filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi. Filem terbitan Metrowealth di bawah arahan Eyra Rahman dan dibintangi oleh Atikah Suhaimie, Hafreez Adam, Aizat Hassan, Kartina Aziz dan ramai lagi


Filem komedi ni mengisahkan Sapura seorang peguam yang bercinta dengan seorang pelakon bernama Eddie. Dunia mereka berbeza membuatkan Sapura rasa tergugat apabila Eddie sering digosipkan dengan pelakon wanita bernama Maya.


hubungan cinta Sapura pulak tidak disenangi oleh adik beradiknye yang lain iaitu Akim, Afiq dan Sarah. Sementara tu, Hisham yang merupakan sahabat Sapura sejak kecil menyimpan perasaan terhadapnya.


Pada malam hari jadi Sapura, Eddie telah tersasul menyebut name ketika menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dan telah membuat Sapura marah. Dia membawa dirinya ke kampung dan Eddie berusaha untuk memujuk kekasihnye itu tapi adik beradik Sapura ade rancangan lain untuk merosakan hubungan mereka.


Apepun, kalau korang nak nengok filem ni ia telah mula ditayangkan semalam di pawagam pawagam berhampiran.


Sempat lagi berselfie dengan barisan pelakon filem ni. Ni pestaim ni jumpa Tok Daddy Rani Kulup..


Rating : ★ ★  ★ ☆



Salam Perkenalan,

Wednesday, November 18, 2015

Malam Gala Filem Sinaran Arahan Osman Ali

Isnin malam aritu telah berlangsungnye tayangan perdana filem sinaran di GSC Pavilion


Tiket ni kami dapat dari redeem point kat astro circle. 


Datang je terus redeem tiket dulu. Kalini dorang ade sediakan dinner. So bolelah dinner dulu sebelum bermovie.


Sambil tunggu barisan artis dalam filem ni sampai kite makan dulu.



Jap lagi tu kang Dato' Shiela Majid nak buat persembahan. Pestaim ni nak jumpe Dato' Shiela.


Sebelum tu biar kami berselfie dulu kat karpet merah tu


Tunggu punye tunggu, tibe masanya barisan pelakon lalu kat karpet merah


Ni antara video yang sempat direcord mase barisan artis lalu di karpet merah pada Malam Gala Sinaran ni



Bila semua dah ade atas pentas, seorang dari pelakon Sinaran, Evan Sandars menyampaikan lagu Antara Anyer dan Jakarta sebagai pembuka majlis



Penutup pesembahan, tiba masanya Dato' Shiela Majid pula mendendangkan kami.


Bawah ni video Dato' Shiela Majid masa menyampaikan lagu untuk semua


Okee sambil korang layan video dan gambar yang ada, meh aku bagi sinopsis untuk filem ni.


Filem ni bakal menemui penonton dipawagam bermula 26 November ini.


Filem Sinaran ini adalah dibawah arahan Osman Ali dan dibintangi oleh Lisa Surihani, pelakon Indonesia Evan Sanders, Izara Aishah, Syarif (Sleeq) dan penampilan khas Datuk Sheila Majid.


Filem romantik muzikal ini adalah sebuah filem remaja berlatar belakangkan zaman universiti yang mengisahkan tentang pelajar baru kolej yang bernama Shila yang belajar mengenai cabaran dalam menjalani kehidupan dan dalam perhubungan cinta.


Rating : ★ ★  ★ ☆

Salam Perkenalan,

Monday, October 05, 2015

Pratonton Filem Polis Evo

Semalam dok nengok wayang citer The Martian dan baru teringat yang cerita pasal pratonton Filem Polis Evo tak update lagi.  So meh aku buat review kat korang pasal filem ni. 
Tayangan Prebiu Filem Polis Evo ni diadakan pada 16 September aritu. Bertempat di GSC Midvalley
Macam biasa kalau pegi pratonton mesti ade gambar aku snap sane sini. Ni gambar lepas collect tiket kat kaunter Astro Circle
Ni pulak dalam hall, time semua barisan pelakon Polis Evo tengah bagi ucapan pembukaan sebelum filem start..
Untuk filem ni memang aku sangat sangat rekomen kat korang untuk nengok.

Polis Evo ni adalah sebuah filem aksi komedi yang diterajui oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak. Mengisahkan tentang dua orang anggota polis, Khai dan Sani. Mereka mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama dalam satu tugasan untuk menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah. So setakat tu je yang boleh aku ceritakannnn. Selebihnye korang pegilaa nengok.. Semalam nengok kat GSC masih ade lagi tayangannye..

Rating : ★ ★ ★  



Salam Perkenalan,

Tuesday, June 02, 2015

Pratonton Hantu Bungkus Ikat Tepi

cehhh.. usha punye usha rupenye cerita pratonton ni masih dalam draf. Cerita bulan April. Skang dah bulan Jun so korang layan jelaa gambar yang ade. Nak buat review pasal filem ni rasenye dah terlambat nau nau dahhh. Mesti ramai yang dah nengok dan dah boleh buat review sendiri. So rasenye takyah laa buat review. Korang cekidaut aje gambar kami bersama sama artis dan pelakon pelakon filem HBIT ni.

"Gemok is Ohsem"




Malam tu aku dapat hadiah dari Line. Menang hadiah contest HBIT 


Rating : ★ ★  ★ ☆


Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...