Friday, November 28, 2014

Alhamdulillah Rezeki Orang Demam

Alhamdulillah bila time demam macamni dapat tahu menang contest rase baik sikit demamnye. Walaupun tak menang hadiah pertama menang hadiah saguhati jadilaaa kan. ^^
Kalau tak menang langsung konpem keciwaa. Selfie bersama ego! Kenangan sangat time ni ego dah nak kene jual. Tu yang kemain peluk sakan tu. Huhuhu


Salam Perkenalan,

Tuesday, November 25, 2014

Orang Demam Nak Makan Kepci

Dah 2 3 harini icik abam tak bape sihat, demam. Demam lak tu time malam je, so bila kate badan tak sihat selera nak makan pun kuranglaa kan, so kepci yang die mengidam demam demam ni
Aku pulak tade teringin nak makan ayam, rase dah jemu ngadap ayam, so aku order dessert tiramisu ni
Ni pulak macam begedil icik abam cakap, tapi aku suke makan ni ^^

Rating : ★ ★  ★ ☆
Untuk dessert kfc ni aku bagi 4 bintang, skang kfc kat rumah aku dah jual dessert kalau tak bila teringin nak makan dessert kfc ni kene makan kat opis, sebab kfc kat opis je ade jual. Bilaa dah makan kat opis so icik abam takpat merasalaa, huhuhu


Salam Perkenalan,

Lagi Hadiah Contest Untuk Icik Abam

 Alhamdulillah hadiah contest dari SG Men dah sampai, eh cilap bukan dah sampai tapi dah amek. Tu nasib baik pergi amek sendiri, kalau ditinggalkan aje kat postbox atau depan rumah jawabnye lesaplaa segala bagai yang ade dalam bungkusan tu. Dah 2 3 kali gakla hadiah contest yang sampai kat rumah lesap, so pasni memang tak boleh dahlaa abang abang posmen nak letak camtu je kalau orang tade kat uma, sebab nanti bungkusan bungkusan tu kami tak akan terima, ade yang panjang tangan yang dah amek dulu :(
So ni die hadiah contest yang sesuai untuk icik abam, so dah boleh jimat untuk 3 ke 4 bulan camni ^^


Salam Perkenalan,

Monday, November 24, 2014

Menang Power Bank & Produk Vaseline RM60

Alhamdulillah, ni rezeki icik abam lagi ni, patutlaa die support je kalau aku bercontest ^^


Salam Perkenalan,

Hadiah Contest Untuk Icik Abam

 Hadiah contest dari Redcarpet dah sampai, hadiah ni aku yang menang tapi hadiah nye tak sesuai untuk aku.
Nengoklaa ape hadiahnye, memang tak sesuai untuk aku kan, sangat sesuai untuk icik abam ^^


Salam Perkenalan,

Sunday, November 23, 2014

Merah Takde Pink Pulak

 Bermula 15 November aritu SOGO dah start Jualan Hujung Tahun (YES), so ape lagi alang alang nak mencari Luggage untuk LizNir 3rd Anniversary trip next month so kami pun pergilaa shopping awal awal
Fokus utama nak cari luggage kaler merah yang aku idam idamkan, luggage warne merah memang ade mase tu tapi tak mampu milik sebab mahal nau. Ade yang murah, saiz tak kecik tak besar, ni haa luggage kaler pink. Haishhh aku memang alergik gile dengan warne pink ni, tapi nak buat camno, dah kate ini yang murah, kite rembat aje sebelum icik abam bertukar pikiran suruh cari kat JJ takpun kat Aeon Big. hahahha
Aku memang berkenan gile dengan design die, sebab ni design baru salesman tu cakap, cume warne tu jelaa yang tak berkenan. Icik abam dah promise nanti die nak spray warne pink ni jadi warne merah, so angkut bawak balik sudeyyyy :(
Ni details untuk luggage ni, kalau kat tempat lain dah survey takpat harge camni
70% diskaun, bagi aku murah dah tu huhuhu


Salam Perkenalan,

Saturday, November 22, 2014

Gopro Hero4 Black Jadi Milik Aku


Jeng3 bende yang aku idam idamkan akhirnye dapat gak dimiliki. Hahahha itu namenye gelak puas hati :p


Thanks icik abam, mintak je dapat walaupun take time. Ni yang sayang lebih ni ;)


Beli Gopro Hero4 Black ni tak dapat aksesori papepun, so kami tambah beli 3-way tripod je, kang nak berselfie susah lak kalau tade tripod kan. Monopod lame aku memang boleh gune tapi cam tak sesuai je nak kenekan dengan gopro ni


Memang tak dinapikan gopro ni memang mahal bagi aku, aksesori die pun mahal tak ingat, so terpakselaa beli aksesori die sikit sikit dulu. Kalau ikutkan memang nak beli macam macam aksesori untuk gopro ni, tapi rasenye dah banyak lak pau icik abam so tak sampai hati, cukuplaa mane yang penting dulu. Beli ni pun bukan saje saje, kalau tak sebab nak berhoneymadu next month mungkin gopro ni tak dapat lagi kot. ekekeke


Selain tripod, memory card untuk gopro ni pun kene beli lain sebab beli gopro memang tak dapat memory card


So setakat ni, itu jelaa aksesori yang mampu kami beli, kalau ikutkan icik abam die nak je rembat LCD sekali dengan Smart Remote, senang nak berselfie katenye, tapi dihalang oleh aku, ceh ceh.. yelaa cukup la dulu melabur untuk dapatkan gopro ni, kang bajet untuk next month lari pulak. huhuhu


Nidiaa bende alah yang aku mengidam sangat sangat dari dulu tu. Alhamdulillah, dapat suami yang baik dan pemurah nak belikan gopro untuk aku. Kalau ikutkan icik abam die nak rembat iphone6 yang tengah kecoh skang ni, tapi nak buat camno mengalah dengan isteri, besar pahale dapat. kuang3


Mane yang tanye bape harge market Gopro Hero4 Black seperti tertera dalam resit ye, korang kalau nak tawar pun mungkin dapat diskaun sikit je, sebab aku dah try tawar tapi kemainlaah susah. Hukhuk Amount kedua tu pulak campur harga tripod dengan memory card. Telan air liur nengok balik angka ni ^^


Mane yang tak tahu lagi function dan kelebihan Gopro Hero4 Black ni korang boleh nengok video ni, konpem korang pun mengidam nak bende alah ni bila dah nengok video ni. hikhik~


Dan gambar ni sekadar nak test power, cantik kan????


Aku masih belajar lagi care penggunaan gopro ni, masih blur dan kaku nak gune gopro ni, kadang kadang tu nak amek gambar dah tak tahu sangat terpakse cari balik kamera lame gune dulu. Cakap pasal kamera lame, agak agak ade tak nak beli, cam nak letgo je. huhuhu


Dengan gopro tak payah risau gambar sebelah kiri kanan masuk ke tak, sebab die memang wide giler, nak bergambar dengan berpuluh puluh orang pun boleh masuk dalam satu gambar tanpe perlu risau tak muat dalam gambar. hihihi


Rating : ★ ★  ★ 

Dah beli mahal mahal kalau tak best memang penipulaa kan, bagi aku gopro ni memang terbaik, lagi pulak sesuai sangat dibawak ke mane mane termasuk dalam air, tapi dalam api tak bole la ye. hahahha :p



Salam Perkenalan,

Friday, November 21, 2014

Produk Boleh Hilangkan Blackheads

Ni adalah antara produk yang aku dapat, semua ni hasil menang contest
Tak try lagi, sebab tak sempat lagi nak manjakan diri. Harap harap dah pakai ni muke aku bebas dari segala bagai blackheads ;)


Salam Perkenalan,

Thursday, November 20, 2014

Makan Eskrem Strawberi di Raaju's Hill


Sebelum masing masing gerak balik ke KL dan Melaka kami singgah minum petang kat sini


Kat Raaju's Hill ni macam macam ade, eskrem strawberi ade, waffle strawberi ade, kek strawberi pun ade, so memang sesuai untuk minum petang kat CH ni


Ni harga hot drinks dan dessert yang ade ^^


 Waffle ni icik abam sorang je yang makan


 Eskrem dan Kek Strawberi ni kaklong aku yang order


Dan yang ni aku berkongsi makan dengan icik abam


 Bergambar dulu sebelum makan ekekeke


Rating : ★ ★  ★ ☆

Keseluruhan dessert dan air yang kami order rase die sedap. Boleh rekemen kat korang semua kalau datang CH ^^


Salam Perkenalan,

Pratonton Filem Kaki Kitai


Isnin yang lepas telah berlangsungnye malam pratonton Filem Kaki Kitai yang diadakan di TGV Setia Walk, Puchong. Filem ni adalah filem ke-98 terbitan Metrowealth Production dibawah arahan Pengarah Muda, Mohd Azaromi Ghozali
 Filem bergenre komedi aksi ni dibarisi oleh pelakon terkenal tanah air iaitu Shaheizy Sam, Fezrul Khan, Farid Kamil, Adam Corrie Lee, Emily Chan, Along Eyzendy dan Epy Kodiang
 KAKI KITAI bakal menerjah ke pawagam bermula pada 20 November 2014
 Sebelum aku review filem ni korang layan dulu gambar sekitar malam pratonton

 Bersama Emily Chan


Bersama Farid Kamil

 Bersama Adam Corrie Lee
Sempat lagi berselfie sebelum filem start ^^
Filem Kaki Kitai ni mengisahkan Din atau lebih dikenali sebagai Drango bersama rakannya Ayoi datang ke Kuala Lumpur dan sering menipu dan berlagak sebagai orang bijak. Terjebak dalam operasi polis yang sedang bekerja menemukan mereka dengan rakan lama iaitu seorang inspektor polis. Kehidupan mereka mula bertukar apabila menemui bungkusan sampah yang dipenuhi duit dan digunakan untuk melangsaikan hutang. Namun duit tersebut sebenarnya milik seorang jutawan yang ingin menyelamatkan anak perempuannya yang telah diculik

Rating : ★ ★  ★ ☆
Disebabkan aku minat sam dan sam berlakon memang kelakar dalam filem ni so aku bagi 4 bintang untuk filem ni. ^^


Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...