Showing posts with label Variety. Show all posts
Showing posts with label Variety. Show all posts

Thursday, November 17, 2016

Dapat FREE Wise Cottage Crisps Dengan Label Nama Sendiri

Tengah hari tadi time nak lunch ade pulak yang memanggil manggil untuk bagi cekedis Free


Camne nak dapat? Like aje fesbuk dorang, pastu jawab soklan dan hashtag perkataan yang disuruh


Pastu dorang suruh pilih flavor ape nak, yang ade flavor original ngan green curry aje..


Lepas makan dah boleh collect cekedis masing masing.. siap ade name sendiri.. hihihi



Salam Perkenalan,

Thursday, January 29, 2015

Reward Untuk Diri!

Alhamdulillah, dapat rezeki lebih bolehlaa rewardkan sesuatu untuk diri sendiri. Alaa, aku bukan selalu shopping handbag atau jam pun, last shopping handbag pun awal tahun 2013 dulu duluuuu, so beg tu dah usang sebab tetiap hari kene lenjan, so memang dah mase untuk tukar. Okee saje nak mention tu semuaa sebab nak bagitahu yang aku bershopping semalam tu bukan sebab kehendak, tapi sebab keperluannnn.. hihihi

Salam Perkenalan,

Friday, December 19, 2014

Jualan Gudang Hujung Tahun

Lagi cerita yang dah berhabuk. Maaflaa ye, bulan ni memang jarang dapat nak update blog T_T
Nipun dok curik curik mase yang ade, yelaa tengah mood honeymoon kan, so mase yang ade ni kite updatelaa mane yang boleh, tapi update ringkas seperti biasa ^^
Ni keadaan mase kteorang pergi jualan penghabisan stok kat Shamelin, Cheras
Siyes, barang die murah!. So mase pegi ni dapatla rembat 2 ketul kasut dengan seluar. Icik abam tak sempat nak rembat. Mane tanye, mase pergi ni icik abam tak bape sihat, so die perhati dari jauh aje bini die ni merembat. Hihihihi


Salam Perkenalan,

Tuesday, December 09, 2014

Cerita SOGO Warehouse Clearance

Okee, ini cerita time warehouse clearance kat Sogo. Memandangkan icik abam bz, so die sogok aku dengan shopping. Balik dari keje terus kami ke Sogo. Beli punye beli tak sedar yang diri tu naik motor je!
So bilaa nak balik baru penin camne nak bawak balik barang barang yang dah dibeli tu. hihihi


Salam Perkenalan,

Sunday, November 23, 2014

Merah Takde Pink Pulak

 Bermula 15 November aritu SOGO dah start Jualan Hujung Tahun (YES), so ape lagi alang alang nak mencari Luggage untuk LizNir 3rd Anniversary trip next month so kami pun pergilaa shopping awal awal
Fokus utama nak cari luggage kaler merah yang aku idam idamkan, luggage warne merah memang ade mase tu tapi tak mampu milik sebab mahal nau. Ade yang murah, saiz tak kecik tak besar, ni haa luggage kaler pink. Haishhh aku memang alergik gile dengan warne pink ni, tapi nak buat camno, dah kate ini yang murah, kite rembat aje sebelum icik abam bertukar pikiran suruh cari kat JJ takpun kat Aeon Big. hahahha
Aku memang berkenan gile dengan design die, sebab ni design baru salesman tu cakap, cume warne tu jelaa yang tak berkenan. Icik abam dah promise nanti die nak spray warne pink ni jadi warne merah, so angkut bawak balik sudeyyyy :(
Ni details untuk luggage ni, kalau kat tempat lain dah survey takpat harge camni
70% diskaun, bagi aku murah dah tu huhuhu


Salam Perkenalan,

Tuesday, October 28, 2014

Laptop Dah Format!!!!

Yeahhh dari sejak beli laptop ni zaman degree dulu baru ni nak format. Mane taknye dah bercucu cicit dah gamaknye virus yang ade. Dulu mase diploma ade icik abam selalu gaklaa die dok format pc aku. Dulu diploma pakai pc lagi. Bilaa degree tak same ngan icik abam so dah tak hirau dah nak format ke ape, pakai lenjan je laptop ni buat asaimen bagai

So bile dah ade laptop kat umah ni dah bolehlaa nak update blog selalu, kalau tak sempat update kat opis bole sambung kat umah. Nak blogwalking pun best kalau tak tu kat umah update gune hp aje. Tak bape nak best, tupasal lately cam jarang jarang nak update blog, tambah pulak keje banyak kat opis. hukhuk


Salam Perkenalan,

Thursday, October 02, 2014

Upgrade Watsons VIP Card (Touch N Go)

 Okee sekarang Watsons VIP Card dah ade Touch n Go
 Sape sape yang tak upgrade lagi tu better korang upgrade ke kad VIP ni, sebab banyak keistimewaannya.

Aktif dan Redeem Points!
* 1 Mata untuk setiap pembelian RM1.00
* 2x mata untuk semua jenama Watsons
* 5x mata pada bulan hari jadi anda
* Gunakan mata ganjaran untuk pembayaran
* Harga ahli, mata bonus dan banyak lagiii!
* Jemputan eksklusif untuk aktiviti aktiviti menarik
 Niat masuk Watsons ni nak beli satu barang aje, tapi masuk masuk nengok macam banyak pulak yang berkenan, pastu dan dan tu lak rase macam semua habiskan.. ^^
Rembat dalam 6 items camtu dah kumpul banyak gini points. Best kannnn. 
*********************************************************************************
Lepasni kalau nak topup touch n go memang kene topup kat kad nilaa untuk collect point ;)

Salam Perkenalan,

Wednesday, August 13, 2014

Mencari Simcard ALTEL???

Memandangkang icik abam adalah agen ALTEL so ramai ler pulak yang bertanyakan pasal simcard ALTEL ni. Nak jawab satu persatu soklan dari korang korang tu kadang kadang tak sempat. So aku buatlaa entri ni sebagai menjawab soklan soklan yang normal dari korang ye.. ^^
Memandangkan ALTEL ni adalah produk Melayu so aku memang sokong 200% laa kalau icik abam "aktif" dengan ALTEL ni. Pada korang yang tak tahu ape itu ALTEL meh aku jelaskan apakah itu ALTEL. ALTEL ni adalah simcard henpon baru. Buat sementara waktu ni ALTEL menumpang pencawang CELCOM yang mana CELCOM tak ade 4G/LTE tapi ALTEL ada 4G/LTE.
Pastu ade lak yang tanye best ke ALTEL ni? Okee ke line die kalau kat mane mane??? haa jawapannye...
Kalau korang pergi mana mana ade line CELCOM, adelaa line ALTEL. Bak kate icik abam "Dimana ada CELCOM disitu ade ALTEL. Tapi ALTEL lebih lajuuuu" :)

Pastu nak habaq yang simcard ALTEL ni mesra pengguna tau. Sebab ape aku cakap cmtu, die didatangkan dengan 2 saiz, iaitu macro dan micro simcard. So kalau henpon korang tu perlukan simcard yang kecik takpayah laa susah susah nak kene potong potong simcard tu kan.
Pastu ade lak yang tanye pasal kelajuan internet simcard ALTEL??? kalau jawapan dari aku memang aku cakap laju sebab dah dengar dari feedback customers icik abam. Internet ALTEL ni memang dah diakui laju pun di hampir seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sebabnye ALTEL ni mampu mencapai kelajuan 4G/LTE yang mana merupakan pemegang kouta 4G terbesar di Malaysia iaitu 40MHz

Untuk cek atau semak baki kouta internel ALTEL, korang taip MB BAL dan hantar ke 25835
Ade pulak yang tanye kadar tempatan biasa simcard ALTEL ni, kalau nengok kat pamplet kat atas tadi dah tunjuk dah, tapi takpe aku tunjuk lagiiii ^^

Harga simcard untuk nombor baru ALTEL hanya RM7 sahaja dengan kredit masa berbual RM5 didalamnya. 
Dan ini pulak tempoh masa kredit simcard ALTEL.

Kalau korang nak kekalkan nombor korang yang sedia ada, dan takmau tukar tukar nombor pun boleh, korang boleh gak dapatkan simcard yang kekalkan nombor tu. Simcard tu name nye MNP. Simcard tu pun icik abam ade ready stock. Untuk simcard ni aku tak mau cerita panjang lebar, sebab aku bukan agen ALTEL, so kalau korang berminat bolehlaa pm icik abam DISINI atau PM di 017-6663087 (whatsapp only)

Untuk tahu kat mane nak beli topup ALTEL dan nak tahu info lanjut pasal ALTEL bolehlaa korang terjah kat web ALTEL DISINI

[Catatan : harap terjawab soklan korang]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, June 19, 2014

Aneka Pilihan Baju Kurung Murah Dari ZALORA

Seperti yang aku dah ceritakan pada entri yang lepas, so entri ni sebagai untuk melangsaikan janji tersebut. Ingat hutang aje ke kena langsaikan, janji pun kena langsaikan jugakk tau. Kalau tak, boleh buat orang marah.. ekekeke

Sebelum aku belanja korang dengan aneka pilihan baju kurung dari ZALORA, aku nak cerita sikit pengalaman aku bershopping online bersama ZALORA sebelum ni. Kalau korang nak tahu, aku ni bukanlaa penggemar shopping online. Sebab bagi aku, shopping online ni macam tak secure. Pastu pulak macam tak feel aje nak shopping di alam maya ni. Aku lebih suka pegi shopping kompleks pastu pilih ape yang berkenan. Kat situ kite boleh pegang rase try dan sebagainya ikut selera kita. Itu dululaaa. Tapi memandangkan kehidupan setelah berumahtangga ni macam tak cukup aje masa untuk membeli belah so aku try jugaklaa bershopping online.

1st trial aku shopping online bersama ZALORA. Aku pilih ZALORA sebab kalau kite shopping dengan ZALORA kita boleh cash on delivery. Kire barang dah sampai baru kite bayar, so tadelaa sibuk nak kene bank-in kan duit dulu kalau nak bershopping kan. Bank-in-bank-in kann duit ni memang aku tak bape nak suke, sebab aku tak tahu n takut kalau tersalah bank in. Hahahaha tu pasal aku lagi suka cash & buy ni. Pastu, kalau korang shopping RM75 ke atas, korang akan dapat penghantaran PERCUMA dan 30 Hari pemulangan PERCUMAAAA! kalau korang rase barang korang tu tak sesuai dari segi saiz ke ape atauuuu barang yang korang terima tu tak elok ke. So nampakkkkk.. best jugakkan shopping online camni, jimat masa, jimat tenaga, jimat segalanya.... hihihi

Seterusnya.. jom aku jamu korang dengan aneka pilihan baju kurung murah dari ZALORA. Kalau berkenan bolehlaa korang terus merembat.. hihihi
Okee memandangkan dah nak puasa pastu nak raya, so mungkin ada diantara korang yang suka shopping raya awal sebab bila ramadhan nanti korang nak tumpu pada terawih pulak kan, so memang tak ada masa untuk kuar shopping, maka ZALORA lah pilihan tepat untuk korang pilih baju raya korang tu nanti.
Baju kurung antara pilihan untuk orang pompuan kalau ingin bergaya pada Hari Raya. Baik di kampung, atau kat bandar-bandar, pemakaian baju kurung amat sinonim dengan perayaan yang amat ditunggu-tunggu ini. Namun, bukan semua berpeluang untuk memiliki sepasang persalinan baju raya yang direka oleh pereka-pereka fesyen tanah air yang rata-rata boleh mencecah harga ratusan ringgit Malaysia.

Menyedari hakikat ini, ZALORA Malaysia menyediakan pelbagai koleksi baju kurung murah yang boleh korang miliki dengan bajet serendah RM100 dan ke bawah. Tak caye??? korang boleh klik pada setiap gambar dan pilih mane korang nak rembat. Konpem korang akan terpukauuu ^^
Koleksi baju kurung murah ini tersedia dalam pelbagai pilihan warna dan rekaan yang menarik untuk korang miliki. Kesemua pilihan yang tersedia adalah ditampilkan daripada jenama-jenama hebat seperti First Lady, Zuco Fashion, Gene Martino dan banyak lagi. Korang takyah bimbang akan kualiti baju kurung yang ditawarkan kerana kesemuanya diperbuat daripada jenis fabrik yang terbaik dan menjamin keselesaan yang optimum sepanjang pemakaian
Jangan berduka jika korang terpaksa menyambut Hari raya yang bakal menjelang ini secara bersederhana kerana pengertian Hari Raya yang sebenar adalah hari kemenangan bagi umat Islam. Hari Raya juga merupakan waktu paling sesuai untuk korang mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dengan aktiviti ziarah menziarahi diantara satu sama lain
Oleh itu, ceriakan sambutan Hari Raya korang dengan koleksi baju kurung murah daripada ZALORA ini dengan harga serendah RM100 dan ke bawah. 
Banyak lagi koleksi Baju-baju kurung yang terdapat di ZALORA
So kalau berkenan nak membeli dengan ZALORA boleh klik DISINI 

[Catatan : Memang puas hati]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, April 30, 2014

Wordless Wednesday : Graf Turun Naik


[Catatan : Kalau ade rezeki tak kemana]

Salam Perkenalan,  
With Love 

Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, April 14, 2014

Cara Nak Rebus Buah Zuriat

Okee, semalam baru icik abam bertungkus lumus nak rebus buah zuriat ni. Memandangkan buat zuriat ni datang dari tanah suci so nak menyediakan rebusan air buah zuriat ni memang take time. Take time untuk memahami dan mengetahui cara yang betul dalam penyediaan buah ni. hahahha Orang cakap nak lebih afdal, bagi suami yang sediakan. ^^
Lepas siap mengoogle cara nak sediakan air rebusan buah zuriat ni terus icik abam amek buat zuriat ni dan alatan-alatan lengkap untuk mengupas sabut buah ni. Buah ni macam buah kelapa, ada sabut dan tempurung
Jenuh jugak lah icik abam nak membuang sabut buah ni. 
Nak dapatkan biji buah zuriat ni korang memang memerlukan kekuatan yang kuat sebab buah ni keras. Icik abam dah macam orang bertukang bila mengerjakan buah ni tau. Nasib baik jiran tetangga tak datang ketuk pintu rumah kami sebab buat bising. hihihi
Nilaa dia biji buah zuriat yang berjaya icik abam keluarkan ^^
Pastu buah zuriat ni dibelah dua macam ni
Dah basuh buah zuriat ni ready untuk direbus pulak
Icik abam rebus selama setengah jam camtu sehingga warna air bertukar menjadi macam warna air teh
Bila dah bertukar warna dan dah siap direbus tunggu sejuk sikit kami suami isteri pun minum airnye. Icik abam rileks aje telan air ni. Rase die payau sikit. Bagi aku memang susah sikitlah nak telan, tapi nak zuriat punye pasal pakse gak diri telan. hihihi

Cara nak menyediakan rebusan air zuriat ni ade bermacam-macam aku bace, ade yang siap rebus dan blend sabut buah zuriat ni untuk mendapat kepekatan buah zuriat ni. So terpulang kat masing-masing nak buat macam mana. Buah zuriat ni boleh direbus berulang kali sehingga warna air tidak berubah.
Sebelum minum baca lah doa untuk mendapat zuriat ni. Insya Allah, kita usaha dan doa sama-sama ^^

Ya Allah Ya Tuhan kami, berkatilah usaha dan doa kami untuk memperolehi zuriat yang soleh dan solehah. Amin ^^
[Catatan : Tq icik abam]

Salam Perkenalan,  
With Love 

Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...