Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

Wednesday, April 29, 2020

Resipi Peria Goreng Ranggup

Sebenarnya resipi ni dah lama kita nak buat.. tapi disebabkan icik abam sejenis suka makan peria mentah mentah instead goreng gini.. so kita layankan jelaa.. tapi arini, kita try untuk buat alang alang ade peria lagi tu walaupun ade jugak beberapa bahan yang tak dapat nak masukkan.. tapi alhamdulillah masih sedap ditekak hihihi


Bahan bahan:
Peria
Tepung beras
Tepung goreng ayam Adabi
Black pepper
White pepper


Cara memasak:
Mula mula korang potong dua dulu peria ni.. buang biji tengah tengah tu.. kemudian korang potong nipis nipis. Kalau nak lebih ranggup korang sagat sebab kalau korang sagat lagi nipis lagi rangup lahh citenye hihihi

Lepastu korang basuh dan rendam dengan air garam sejam sebab nk hilangkan rasa pahit peria tu.. kalau korang suka pahit pahit korang teruskan aje dengan step seterusnyaa..

Dah rendam tu korang make sure keringkan peria tu betul betul..


Masukkan dalam bekas tertutup dan campurkan dengan tepung goreng ayam, tepung beras, black pepper, white pepper tadi.. lepastu korang tutup dan goncangkan sampai semua sekata..


Lepastu goreng guna minyak yang banyak dan panas lepas dah rasa ranggup angkat dan toskan minyak.. Siapp!


Salam Perkenalan,

Resipi Sambal Udang

Masih gigih lagi untuk masakkan lauk iftar icik abam. Hari ni dah masuk hari kelima berpuasa.. pening jugak pikir nak masakkan ape hari hari hahaha


Makanya terdapatlah idea nak masak sambal udang.. sebab dah berapa hari ni asek lauk ayam je kan.. hihihi


Bahan bahan:
Udang
Sos tiram
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Cili besar
Serai


Cara memasak:
Blend semua cili dan bawang Bersama serai. Lepastu tumis sampai kering. Kalau serai tu taknak blend sekali korang ketuk ketuk dan campak jela time masak tumis sambal tu okay..

Bila dah kering baru masukkan sos tiram, gula, garam. Ikut lidah masing masing ye.

Kemudian masukkan udang gaul gaul dah siapp!. Disebabkan ade tomato dan gajus lagi kita campak je sekali buat meriah hihihi


Selain tu menu hari ni ade peria goreng ranggup. Untuk resipi ni kita up kat next entri ye..


Terlebih rajin kita buat ayam goreng crispy


Ni pulak popia pedas


Macam biasa, anak kanje berbuka dulu.. reaksi muka tu kalau nampak makanan memang tak boleh nyorok.. excited terlebeyyy.. penat memasak mummy memang hilang terus nengokk anak kanje mummy selera makan. Alhamdulillah.


Salam Perkenalan,

Resipi Telur Bistik

Menu berbuka hari keempat untuk icik abam ni kita buat memang simple sesangat. Disebabkan tak berapa larat nak masak aritu kita buat satu menu ni je.. sayur ada, ayam ade dalam satu lauk.. senang cite.. hihihi


kita kongsikan resipi yang sangat mudah dan sedap jugak yang korang boleh try.. Insya Allah..

Bahan bahan:
Telur
Bawang holland
Bawang putih
Isi ayam (ayam cincang)
Sos Cili
Sos tomato
Sos tiram
Sayur campur
Air
Garam
Gula



Cara memasak:
Mula mula korang pecahkan telur dan buat telur dadar. kemudian simpan dulu kat tepi.

Korang sambung dengan tumis segala bawang tu dan masukan ayam cincang sehingga kering..

Kemudian korang masukkan air dan segala bagai sos yang ade tadi.. masukkan garam gula, gaul gaul pastu dah siapp!..

Korang hidangkan atas telur dadar tadi.. sekiannn mudah sungguh la haiii hihihi


Menu untuk anak kanje pun simple je aritu.. goreng goreng je.. ni sebab semua sebab tak larat nak siang ayam, ikan, sotong yang baru beli.. kita guna bahan bahan yang ade saje..


Alhamdulillah, macam biasa.. anak kanje memang tak boleh nampak makanan.. tak dan mummy nak toskan minyak dah dingappp! hihihi


Salam Perkenalan,

Resipi Ayam Masak Kurma Gajus

Haaa ni menu iftar hari ketiga berpuasa yang kita sediakan untuk icik abam. Mane yang menanya resipinye bawah ni kita ada sediakan bahan bahan dan cara masakkan ayam masak kurma gajus ni


Masak kurma ni simple je lagi lagi kalau guna rempah Adabi..

Bahan bahan:
Rempah Kurma
Santan
Cili padi
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Kunyit
Ayam
Kentang
Gajus


Cara memasak:
Bawang merah, bawang putih, halia tu tumis sampai naik bau. Lepastu masukkan rempah kurma biar sampai kering rempah tu.

Kemudian masukkan santan dan air.. pastu bolehla masukkan ayam. Tapi disebabkan kita suka goreng dulu ayam tu, so bolehla masukkan ayam selepas masukkan santan bagai tu..

Kalau tak korang masukkan ayam dulu baru santan dan air tu.. agak agak ayam nak cepat masak tutup kuali tu.. Rasa tu korang adjustla ikut lidah masing masing..

Pastu masukkan kentang, garam, gula dan gajus tu.. Gaul gaul dah siappp!


Dah siap ayam masak kurma kita prepare menu untuk anak kanje pulak



Ni kejadian sebelum masuk kuali


Mummy buat roti sosej cheese.. kemain berselera anak kanje makan.. tapi asek nak menggorek cheese je kejenye hihihi


Salam Perkenalan,

Saturday, April 25, 2020

Resipi Ikan Masak Lemak Cili Padi Mangga

Menu kedua berpuasa untuk tahun ni.. semoga istiqomahla nak masak untuk berbuka Insya Allah


Harini kita masak Ikan masak lemak cili padi manga. Niat hati nak masak dengan nenas tak pun dengan belimbing buluh. tapi ade mangga je so kita masak ni jela ye adik baby.. hihihi


Bahan bahan:
Ikan
Mangga
Santan
Asam jawa
Serai
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Cili padi
Garam
Gula

Cara cara masak:
Tumis guna minyak bahan bahan yang dah blend sampai kering. Bahan bahan yang diblend terdiri daripada kunyit, bawang putih, bawang merah, cili padi.

Lepastu masukkan air dan masukkan sedikit santan kemudian kacau sampai sebati.

Masuk penambah perasa ikut sesedap rasa dan masukkan juga asam jawa. Lepastu masukkan ikan. Disebabkan kita goreng sket dulu ikan so takyahlah nak tunggu atau tutup kuali untuk cepat masak. Kita memang suka goreng dulu ayam/ikan kalau nak buat lauk. Kalau tak korang belahlah dua ikan tu then tutup kuali supaya cepat masak.

Lepastu barula masukkan manga then gaul gaul siappp! Alhamdulillah dapat pujian juga dari icik abam

kita rasa pedas dah menu hari ni, tapi icik abam cakap tak pedas pulak.. lain maciam pulak lidah icik abam ni time time puasa ni. Padahal icik abam ni bukanlaa tahan pedas sangat hihihi


Ni pulak menu untuk anak kanje. Bendi masak telur buat berkuah sket. Sebab anak kanje mummy tu suka makan berkuah


Alhamdulillah nengok anak dan bapaknyaa berselera makan hilang penat mummy masak hihihi


Salam Perkenalan,

Resipi Ayam Masak Merah Kacang Peas

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua berpuasa.. masih larat nak masak untuk icik abam walaupun lepastu pengsannn hahahha


Ni menu hari pertama puasa, disebabkan ada yang tanya pasal resipi menu ayam masak merah kacang peas ni, so kita up teruslaaa entri kat sini


Ni video yang kita upload kat IG, hanya mampu upload video je.. details resipi memang takdan nak nulis kat situ.. so kita bagi kat sini jela ye cara cara nak masak resipi ni.

Bahan bahan:
Ayam
Frozen Vege (Kacang peas)
Bawang Holland
Cili kering
Serbuk Kunyit
Halia
Belacan
Sos Cili
Garam
Gula


Cara masakan:
Tumis dulu bahan bahan blend sampai kering. Bahan bahan blend tu terdiri daripada bawang putih, bawang merah, cili kering, halia dan sedikit belacan.

Bila dah garing masukkan sos cili, garam, gula.. semua ni ikut selera lidah masing masing ye.

Lepastu bila dah rasa okay bolehla masukkan ayam yang telah digoreng bersama kunyit dan garam tadi 

Kemudian masukkan pulak kacang peas dan bawang Holland yang telah dipotong bulat. Gaul gaul dah siappp!

Alhamdulillah icik abam puji masakan ni.. korang bolehla try untuk menu berbuka akan datang ye..



Selain menu tu, ade gak menu tambahan sket iaitu popia sayur untuk anak kanje. Letak cheese dan mayonis dalam tu kemain selera makan. Alhamdulillah!


Ni antara riak muka bila dah dapat makan. Orang belum berbuka lagi anak kanje mummy ni dah abeskan buah tembikai dan popia hihihi


Salam Perkenalan,

Friday, August 26, 2016

Kek Moist Sulong Icik Abam Untuk Celebrate Besday Iris & Alisha

Untuk julong julong kalinye icik abam nak buat kek moist.. Ni pun sempena nak celebrate besday anak anak buah aku kat kampung..


Ni dah siap bungkus dan nak bawak balik kampung. Mase memproses aku tak amek gambar pun. Maklumlaa icik abam buat sensorang. Pastu die tak bagi amek gambar pun, katenye biar surprise.. hehhe


Sampai sampai kampung dah malam, anak buah aku semua dah tidur.. walaupun malam tu dorang dah pesan kat mak masing masing suruh kejutkan kalau MakPakNgah sampai.. masing masing tak sabar nak blow kek gamaknye.. bebudak katekann hihihi tahu je orang buat kek untuk die, excited terlebey laaa...


Nengok je kek ni bebudak ni terus tanye, nape tak tulis name.. hahahha korang ingat pakngah korang tu cake maker... Ni dah jadi kek gini dah cukup bagus dah ni... hehehe sebenarnye pakngah takut memburukkan kek ni kalau tulis name atas tu.. Kalau nengok dari segi bentuk pun macam kurang sempurna sikitkannn.. hihihi Papepun good job!!!


Mase ni masing masing dah berebut nak tiup lilin. Masing masing cakap tu kek besday sendiri.. hahahha makngah lantakkan aje.. hahaha tu yang sorang kemain muke excited sorang lagi monyok kena paksa kongsi kek tu.. hahaha


Mase nak tiup lilin pun berebut rebut nak tiuppp.. hahahha papelaa korang ni.. :p


Untuk menjawab segala persoalan dan pertanyaan mengenai kek moist yang icik abam ni buat.. Kat bawah ni aku terangkan sikit bahan bahan serta cara cara nak membuatnye. Resepi ni icik abam amek dari google aje, pastu die olah ikut citarasa die. Nasib baik menjadi.. Kemain bertungkus lumus nak siapkan kek ni, kalau tak jadi mahu frust menonggeng icik abam hehehe...


BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT KEK COKLAT MOIST:


Bahan bahan Pertama:
Serbuk koko - 1 cawan
Gula pasir - 1 cawan
Susu cair - 1 cawan 
Minyak masak/marjerin (dicairkan) - 1 cawan 
Susu pekat manis - 1/2 cawan 


Bahan bahan Kedua:
Tepung gandum - 1 per 1/4 cawan 
Serbuk penaik - 1 sudu 
Soda bikarbonat - 1 sudu 
 Telur - 4 biji
 Esen perisa vanila - 1 sudu


Sambil korang nengok reaksi budak berdua ni berebut sambil blow lilin kek tu aku sertakan cara cara nak menyediakan kek coklat moist ni kat bawah:


CARA-CARA MEMBUAT KEK COKLAT MOIST:


Campuran pertama:
1. Campurkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali.
2. Panaskan semua bahan tu tadi sehingga larut dan cair menggunakan api yang kecil dan lakukan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.


Campuran kedua:
1. Campur dan ayak semua bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.
2. Kemudian amek 4 biji telur yang disediakan tadi untuk dipukul. Pukul telur itu sehingga kembang. Pukul dalam masa lebih kurang 5 minit.


Campuran Ketiga:
1. Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul sehingga kembang. Pastikan campuran tadi digaul dan dicampur dengan sekata.
2. Kemudian masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga.
3. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Pastikan campuran sekata dan tidak berketul-ketul.
4. Kemudian masukkan campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang.
6. Masukkan adunan kek coklat moist tadi ke dalam loyang.
7. Pastikan air dah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat moist.
8. Tutup loyang dengan aluminium foil, untuk memastikan wap air tidak terkena kat kek time proses menggukus.
9. Kemudian kukus kek coklat moist selama 1 jam.
10. Sementara menunggu kek masak, kita boleh sediakan topping pulak.


Topping ni jugak dikenali sebagai ganache. Nak buat ganache ade macam macam kaedah dan cara.

CARA-CARA UNTUK MENYEDIAKAN TOPPING/GANACHE:

Bahan bahan:
Susu pekat manis - 1/2 cawan 
Serbuk koko - 2 sudu besar 
Mentega - 2 sudu besar 


Cara cara:
1. Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk dengan api yang kecik dan kacau hingga ia menjadi pekat.
2. Kemudian masukkan mentega, pastu dah boleh tutup api.
3. Tunggu sehingga sejuk dan siram ke atas kek coklat moist korang. Sila pastikan betul betul sejuk baru curah ye.. kalau tak nanti kek korang akan nampak macam terpemek makan structure kek icik abam ni. hihihi




So inilaa rupe keknye.. nampak macam tak bape nak lawa kannn.. tapi rase die sedap yaa amattt hehhe


Kalau kate nak tempah ke nak suruh buatkan ke.. bole bole.. icik abam berminat nak amek tempahan.. hahaha ;P



Salam Perkenalan,

Monday, July 18, 2016

Butter Cake Kasih Sayang Dari Lakik Sendiri, Bukan Lakik Orang Lain

Bila lakik kite terlajak rajin petang semalam nak buat butter cake. Korang rase macam mane laa aku tak gemok kann.. papepun bila lakik kite dah buat rugi besau ler kalau tak makan kann.. Icik abam buat dengan penuh kasih sayang tu. Kemain dia buat semalam tu, tetibe je angin lintang mane datang nak buat kek pulakss semalammm.. :p


Nidia butter cake sulong air tangan dari lakik sendiri, ye lakik sendiri ye.. bukan lakik oranggg lain hahahha...


nengok dari rupe dah nampak dah gebu gebasss tu kan.. ye memang gebu, lembut dan yang penting sedap.. sedap untuk tekak bini sendiri. Maklumlaa bini memang kaki melantak so gile cakap tak sedappp hahaha


Semalam kebetulan ade pergi rumah bff hantar barang sekali tapaukan siket kek yang panas dari oven ni. pastu balance bawak pergi opis pagi ni. Alhamdulillah pagi je dah tinggal bape ketul je. So kot kot yang dah merasa tu nak komen, boleh direct message kat icik abam. Mesej cerita pasal kek aje tau, jangan cerita pasal lain lakkk.. hahahha


kekonon semalam alang alang icik abam buat kek tu, bini over la sikit nak bergambar bagai untuk contest. hihihi Mane yang nak tahu resepi Butter Cake icik abam ni, icik abam dapat dari pakcik google aje. Tapi disebabkan ade gak yang menanye pasal resepi tu, aku kongsikan kat sini ye.. 


Bahan- bahan:
1. Pure butter jenama Anchor - 250g
2. Tepung naik sendiri - 250g
3. Gula kaster - 180g
4. Telur - 4biji
5. Susu segar - 1 setengah cawan


 Cara-cara membuat:
1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung. Masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga sebati
4. Masukkan dalam loyang saiz 8-9" yang telah dilapik baking paper atau dispray terlebih dahulu
5. Bakar dalam over yang telah dipanaskan dengan suhu 10C selama 40minit atau sehingga masak.
6. Angkat dan sejukkan atas redai. So dah siap dan dah boleh makan.. hihihi



Salam Perkenalan,

Sunday, July 17, 2016

Beli Oven Untuk Buat Kuih Semperit Buat Pertama Kalinya

ini kisah ramadan aritu. Raya tahun ni icik abam kemain rajin nak buat kuih raya. Pada mulanya aku memang tade halangan, aku pun macam belum pernah buat kuih raya pun hahahha. Masa izinkan tu tak terpikir pulak pasal oven ke ape ape alatan berkaitan nak buat kuih ni, sebab aku pikir boleh pakai oven microwave kat rumah aje. Tapi tuptup icik abam cakap macam tak boleh nak gune microwave oven tu, so kena cari oven baru nak membakar katenye.. Okeelaa, beli yang kecik aje bagi aku. Sebab kat rumah ni macam tak bape nak luas kalau nak disumbatkan barang barang yang setahun sekali aje nak diguna ni. hihihi


Al-kisahnya, ade sehari tu aku berbuka kat luar tanpa icik abam. Aku suruhlaa die pegi berbuka luar kat Aeon. Kena pulak time tu member day, so banyak barang yang murah. Tu yang kemain die merembat oven 52 besar ni haaa.. Amek amek aku kat Saloma nengok seat belakang dah penuh. Nak letak dalam bonet tak muat katenye.. Waduh waduhhh buat hal pulak lakik aku ni kalau diberi peluang shopping sensorangggg.. Perjanjian bagi beli yang kecik je.. huhuhu


Okeelaa kite tutup pasal tu, kalau nak sambung bebel ni memang jenuh lak kan.. Ini merupakan pengalaman pertama aku nak buat kuih raya. Pada mulanya memang kemain excited laa, maklumlaa baru nak try. Icik abam memang dah ade pengalaman buat kuih bagai tapi buat semperit ni belum lagi. So resepi kami mintak kat pakcik google dan sedikit bantuan dari kakak ipar aku.


Rupanya nak buat semperit ni ade macam macam resipi. Pening gak nak pilih resepi mane satu.. Ade yang letak susu laa ade yang takyah letak susu laa. So bila dah banyak resipi camtu, icik abam try acuan dengan tade susu dulu. Bab bab bacuh acuhan ni memang 100% icik abam yang buat. Kalau kena kat tangan aku masak tak jadilaa kuih semperit tu.. hahaha


So ni antara bahan bahan untuk membuat Kuih Semperit Tradisional:

1. Buttercup - 375g (1 setengah blok)
2. Tepung gandum - 1setengah cawan
3. Tepung kastard - 1 cawan
4. Tepung jagung - 2setengah cawan
5. kuning telur - 3 biji
6. Esen vanilla - 1 sudu kecil
7. Gula - 1 setengah cawan


Cara-cara membuatnya pulak seperti langkah dibawah:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celsius
2. Ayak tepung jagung, kastard, gandum supaya tepung tidak berbiji.
3. Pukul mentega dan gula (tidak perlu sampai kembang)
4. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. kacau hingga rata menggunakan spatula atau senduk.
5. Masukkan campuran tepung ke dalam campuran di atas


Eh sebelum tu nak bagitahu, korang boleh letak ape ape topping yang korang suka kat atas kuih tu. Macam kami pada mulanya kami letak gegula kecik kecil tabur atas tu, pastu kami letak white chocolate chip pulakk. Yelaa untuk makan sendiri kann so ikut citarasa tekak sendirilaa lebeyyy hihihi..


Alhamdulillah berjaya kami buat Kuih Semperit.. Dah abes acuan tanpa susu ni, icik abam try buat acuan baru dengan susu pulak. Bagi aku dua dua sedap... hihihi




Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...