Tuesday, March 12, 2019

eMarine Campuran Minuman Botani Alga Dengan Pudina

Disebabkan hari hari ade je yang tegur mummy ni cam dah kurus, then siap tanye mummy amek supplement ape? so terupdatelaaa entri ini hihihi..


Okee jangan berkerut nau dahi tu kalau nengok gambar air biruuu ni ye.. Ye memang kaler biru airnya.. kenapa biru? sebab eMarine ni mengandungi campuran alga biru


Meh mummy belanja sikit video penyediaan nak buat air ni, senang aje.. boleh guna air suam, sejuk mana mana pun bolehhh..


Kalau ada yang tanye ape kebaikan eMarine ni, okee nak bagi ayat cliche sikit, mana mana supplement memang bagus dan baik untuk kesihatan. Dan semestinya untuk orang yang mahukan kesihatan yang baik ameklaa supplement. Yang bagus tentang eMarine ni, ia memang berkesan sebab ia menjana semula dan membaik pulih imunisasi badan kita. Sebagai contoh, kolagen dalam sel badan kita semakin meningkat usia semakin berkurangan, so eMarine ni menjana dan menambah baik semula kolagen dan imunisasi dalam badan kita supaya berfungsi dengan baik. so bila dah tambah baik, segala peredaran dalam badan kite pun lancar, dan Insya Allah terhindar dari segala penyakit.


Manakala untuk yang sedia ada penyakit macam asma, kencing manis, jerawat dan sebagainyaa, memang ada testimoni yang amalkan eMarine ni memang hilanggg segala masalah yang ade tuuu.. Mummy tak kan cakap kalau mummy tak cubaaa. semua yang mummy review memang mummy akan consume dulu.. Alhamdulillah, ni dah masuk tahun ke-2 mummy amalkan. Alhamdulillah, start dari lahirkan Audya sehingga kini kesihatan mummy masih baik, kalau tak dulu, kejap kejap mc demam.. tak demam semput, tak semput migran pulak.. hihihi


Macam macam boleh buat dengan eMarine ni, kalau korang dah baca entri FB Live Performance with AizatAbdulRazak time tu icik abam buat masker guna eMarine.


Kalini kite buat agar agar dan lepat pulak, siyes sedapppp..


Tapi kalau korang tanye pendapat kite, better buat minum jelaa, yelaa benda baik benda mahal laa bagi kita haruslaa berjimat cermat penggunaannya hihihi..


Okee macam biasalaa kita promotelaa sikit ye.. kot korang nak info pasal produk atau nak cari musician/band boleh roger nombor kat bawah ni.. Sebut dapat dari blog ni tau. konpem dapat harga kasih sayangggg hihihi
👉 017-6663087



Salam Perkenalan,

Friday, February 22, 2019

McDonald’s Perkenal Scrambled Egg Sandwich Sebagai Menu Sarapan Pagi Terbaru

Hi semuaaa, breakfast ape pagi ni??? Nampak sedap bukan Scrambled Egg Sandwich ni??  Sandwich untuk sarapan pagi yang menawarkan rasa hebat dan pengalaman berbeza dari McD


Petaling Jaya, 21 Februari 2019 – Rakyat Malaysia kini boleh memulakan pagi mereka dengan dua menu sarapan pagi baru McDonald’s – Scrambled Egg Sandwich dan Sausage & Scrambled Egg Sandwich.

Dengan dua sandwich baru ini, pelanggan bakal dihidangkan dengan telur hancur yang gebu, ditambah pula dengan keju cheddar dan sos berkrim istimewa serta ban lembut yang dibakar sempurna. Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah kepingan sosej ayam dalam hidangan Sausage & Scrambled Egg Sandwich untuk sarapan pagi yang lebih enak dan mengenyangkan.

“Walaupun mufin Inggeris telah sekian lama menjadi pilihan utama untuk sarapan pagi oleh para pelanggan McDonald’s, mereka sentiasa berusaha mencari jalan untuk memberikan rasa hebat dan pengalaman berbeza untuk para pelanggannye. Sandwich yang disediakan segar ini menawarkan kenikmatan seperti ‘cair di dalam mulut’, hasil daripada penggunaan bahan-bahan dari kualiti terbaik semasa penyediaannya. Menu sandwich terbaru ini mampu memenuhi permintaan lebih ramai pelanggan semasa sarapan pagi,” kata Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

Scrambled Egg Sandwich boleh didapati bermula dari harga RM8.50 untuk set sarapan pagi yang dihidangkan bersama hash-brown dan McCafe Premium Roast Coffee. Untuk mereka yang inginkan nilai yang lebih berbaloi, Scrambled Egg Sandwich ini juga boleh didapati dengan pembelian promosi McSavers Breakfast Mix & Match dengan harga RM6.99.

Tawaran dan promosi tambahan untuk menu sarapan pagi McDonald’s ni juga boleh didapati di aplikasi McDonald’s yang boleh dimuat turun dari Google Play dan Apple App Store. Menu sarapan pagi McDonald’s boleh didapati mulai jam 4 pagi hingga 10 pagi setiap hari.

So jom ape lagi, masih sempat ni kalau nak order menu breakfast dari McD hihihi



Salam Perkenalan,

Thursday, February 14, 2019

FB Live Performance with @aizatabdulrazak

Dah hampir setahun cerita ni, time icik abam buat LIVE Facebook dengan Aizat Abdul Razak


Sebelum nak cerita panjang, naklah ajak semua yang baca entri ni follow semua media sosial kat bawah ni ye.

👉Facebook : Munir Khalil Official https://www.facebook.com/munirkhalilofficial

Ni gambar disebalik tabir sebelum FB Live start..


Kalau korang dah nengok page yang kite bagi tu, mesti ada yang tanye, artiskah icik abam kite ni?? hahaha. Kita boleh cakap retis di hati kita aje cia cia ciaaa hahaha..


Time ni nak memperkenalkan produk kesihatan eMarine kat semua followers yang nengok.


Time live ni berlangsung, Aizat ade buat contest, memang ramailah yang join live ni.. tak sangka betul. Maybe ade yang kenal tak kenal je Aizat ni kan, korang boleh follow facebook yang kita ade tepek tu. Aizat adalah seorang make-up artis. Agak ramai jugak followers Aizat..


Sape followers Aizat boleh tinggalkan komen sikit hihihi..


Icik abam kena make-up dengan Aizat time ni, memang lain benau cara make-up Aizat malam tu kann hahaha



Sambil Live, sambil perform.. hihihi


Lame jugak tak update aktiviti icik abam, yelaa sejak ade dak Audya ni, tunggu mummy senang senang sikit mummy update satu persatu ye..


Kita pun sempat gak buat live time ni. Nak gak tumpang sekaki tu hihihi


Okee laah kalau korang nak info pasal produk atau nak cari musician/band boleh roger nombor kat bawah ni..
👉 017-6663087

Sebut dapat dari blog ni tau. konpem dapat harga kasih sayangggg :)  



Salam Perkenalan,

Friday, January 25, 2019

Photoshoot & Interview Bersama Team Everro

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Alhamdulillah! kalau nak makan gaji semata sekarang ni memang tak boleh sangat, lagi lagi dah ada anak ni, banyak tanggungan dan banyak jugak benda yang perlu disediakan. Insya Allah benda baik, cara baik, buat baik, doa je yang baik baik.. akan dapat baik baikkk je! Aamiiin..


Walaupun cerita ni dahh agak lame tapi still nak update, Insya Allah setiap entri ada pembaharuan yang baik. Kalau dulu entri Sign agreement tu adalah permulaan icik abam berkecimpung dalam team ni. so ni adalah next step selepas dari itu.. time ni baru baru mengandungkan Audya. Alhamdulillah inilaa dinamakan rezeki baby hihihi


Setelah setahun jadi ambassador, icik abam langkah ke next step lagi. Untuk cerita ni nanti kita update ye, sekarang ni, kita cerita pasal aktiviti aktiviti setelah jadi ambassador.. hihihi


Make-up untuk sesi photo-shoot dan interview. Time ni mummy dah mula tak larat dah nak berjalan. so amek gambar pun dari jauh aje hihihi.. Time mengandungkan Audya memang banyak sakit sakit kaki, tu yang tak larat nak berjalan sane sini..


ni pun nyaris nyaris malas nak ikut icik abam untuk session ni, tapi disebabkan icik abam tak bagi tinggal rumah sensorang terpaksa laa jugak diheretnyeee hihihi


Sooo inilaa cerita dan gambar disebalik tabirnya.. 


Selesai photoshoot ada interview session pulak. Sapa nak nengok video time interview ni boleh ke link Facebook Munir Khalil Official, dalam tu je yang sempat diupdate time tu.. maklumlaa admin page dan youtube tu adalah bini sendirikk so bila bini tak larat itu jelaa mampunyaa.. nak tunggu icik abam sendirik update memang berjamanlaa jawabnye.. hahaha


Dah selesai sesi photo-shoot, sesi interview pulak.. susah jugak sebenarnya buat sesi interview ni, banyak kali gaklaa percubaan.. hihihi


Nilaa hasilnya gambar yang diambil oleh photographer..


Kita tepekla sekeping gambar bersama eMarine, sensorang dan gambar keseluruhan ambassador yang ade.. 


Ade tak yang kenal mereka-mereka ni??? kebanyakkan dorang ni adalah artis dan public figure. Selalu masuk tv jugakk.. icik abam je belum lagiii hihihi


Last sekali haruslaa tepek kami kami yang dibelakang tabir ni hihihi




Salam Perkenalan,

Tuesday, January 01, 2019

Minyak Zaitun PONS Terbaik Untuk Baby & Kanak-Kanak

Sejak kita upload gambar dan info-info pasal olive oil ni kat media sosial seperti IG dan facebook, ramai yang bertanya.. mummy jual ke olive oil tu? berapa harga? ok ke untuk baby? macammana penggunaanya? Audya ok ke dengan rasa olive oil tu? Makan ke guna kat kulit je? hahaha


Memang macam macam soalan yang keluar, jawapan mummy ringkas je! EVOO PONS adalah yang terbaik, boleh telan dek tekak walaupun ia oily. 


nengok muka dan reaksi Audya je dah boleh nampak yang Audya pun suka dengan olive oil ni, botol tu je dah menarik minat Audya apetah lagi bila dah dicampur dalam makanan Audya.. Alhamdulillah, Audya memang suka! nengok kulit Audya pun makin gebu je, takda lak nampak ruam ruam lagi. 


Bolehkah saya bagi olive oil kepada baby saya?..
Ni antara soalan yang kerap mummy terima so mummy jawab disini je.. 

Olive oil memang baik dan sihat jika diamalkan kepada baby selepas 6 bulan. Ia kaya dengan vitamin dan mengandungi antioksidan yang baik untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi, Insya Allah.


Audya dah 7 bulan, so memang sesuai dah guna produk PONS EVOO ni, baby 6+months yang dah mula makan solid food, bubur or puree memang dah boleh ambil olive oil PONS ni, kat botol aje yang letak 7+ months.. so takyah bimbang kalau baby 6 bulan nak makan. Nak buat sapuan kat kulit atau rambut pun boleh ye.


Olive Oil (Minyak Zaitun) Extra Virgin PONS untuk babies dan kids ni berciri seperti berikut:
===================================================================

💠 Acid rendah 0.25% (terendah di Malaysia)
💠 Perahan Sejuk
💠 Tanpa pengawet
💠 Di proses secara tradisional menggunakan Batu Giling
💠 100% minyak Zaitun Extra Virgin
💠 Tanpa pewarna
💠 Melalui proses pembotolan yang sempurna dengan menggunakan Gas Nitrogen
💠 Di proses di kilang dan hasil dari ladang zaitun milik syarikat PONS di Catalonia, Spain
💠 Pilihan buah zaitun jenis Arbequina yang menghasilkan minyak zaitun yang mempunyai rasa yang lembut dan tidak akan mengubah rasa makanan baby serta sesuai untuk sistem penghadaman baby dan kanak-kanak.


Botol oren belah kiri tu untuk kanak-kanak, botol kuning hijau belah kanan tu untuk baby..


kalau tanya pengalaman mummy dengan olive oil ni, memang mummy mengaku mummy memang tak sanggup nak minum benda yang berminyak minyak gini, tu pasal dulu masa nak dapatkan Audya mummy ikhtiar dengan ambil kapsul je. Tapi rupanya lepas dapat info yang kapsul tu boleh memerangkap oksigen terus mummy gigihkan jugak diri untuk mencuba rasa olive oil ni tanpa kapsul.


Sebelum nak bagi ke Audya memang mummy daddy try dulu rasanya. Siyes memang tade rasa yang pelik pelik, memang rasa soft je.. konpem Audya tak menolak hihihi


Nengoklaa anak kanje mummy tu.. suka sangat haa bila disuruh pegang botol PONS tu.. hihihi


Bawah ni mummy terangkan cara penggunaan PONS Extra Virgin Olive Oil ni ye:
===========================================================

💠 campurkan setengah sudu kecil minyak zaitun ke dalam semangkuk makanan baby berusia di bawah 18bulan
💠 Bayi berusia 18 bulan ke atas - Campurkan satu sudu kecil minyak zaitun di dalam makanan
💠 Gunakan minyak zaitun untuk sapuan kepada kulit sebagai pelembap, sebagai campuran di dalam air mandian untuk melembabkan kulit, untuk mencegah kegatalan, melebatkan rambut dan luka atau terkena bahan panas
💠 Gunakan minyak zaitun ini sebagai tumisan makanan bayi. Ianya juga amat sesuai untuk menggoreng
💠 Gantikan penggunaan majerin atau butter dengan minyak zaitun sebagai bahan menggoreng dan sapuan bersama roti.


Satu untuk mummy, satu untuk Audya. 


Arbequina dan Hojiblanca yang tertulis di label botol tu adalah nama jenis jenis buah zaitun


CIRI-CIRI MINYAK ZAITUN YANG DISYORKAN
====================================

💠 Dalam botol kaca gelap.
💠 Pembotolan Nitrogen Injection
💠 Pensijilan Organic & Fair Trade
💠 Pensijilan ISO 22000
💠 Produk dari pengeluar asal
💠 Modern Cold Pressed
💠 Evoo - Extra Virgin Olive Oil
💠 Standard Ultra Premium & Premium
💠 Penerima Anugerah Antarabangsa
💠 Jenama Antarabangsa


Harga PONS Organic EVOO 500ml


Ni sedikit visual yang sempat di rakam masa pergi kat kedai. Taip je Al Masoud Trading kat waze untuk tahu location kedai, Insya Allah sampai laa ke kedai ni.. Landmark: sebelah Laman Grill ye..


Sebarang pertanyaan dan nak maklumat lebih details boleh jumpa dengan Cik Lila. Terima kasih Cik Lila sebab layan kami anak beranak dan terangkan sedikit sebanyak pasal PONS EVOO ni..


Alamat kedai : Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40150 Shah Alam


Bawah ni mummy sertakan beberapa pamphlet yang diperolehi kat kedai mengenai produk PONS ni..


Ciri-ciri serta cara penggunaannya mummy dah terangkan kat atas tadi..


Ni pulak serba sedikit pasal olive oil.


semoga segala maklumat yang terkandung dan tertera ni dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua.. Mudah mudahan ye.. hihihi


Orang kata benda baik kita kena share ye takkk hihihi


Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...