Friday, January 31, 2014

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2014

Selamat Tahun Baru Cina kepada yang merayakannya ^^
Angpaw seperti tahun lepas
[Catatan : tahun kuda]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, January 30, 2014

Review Filem Robocop 2014

Malam tadi kami dapat 4 tiket untuk ke pratonton Filem Robocop. Memandangkan semua gadget atau alat elektronik tak boleh di bawak dalam wayang. So icik abam suruh tinggal hp dalam kereta aje. Nak simpan dengan dorang bole aje, tapi leceh la nanti nak amek balik kan.. 

Dah kate tak bole bawak sebarang gadget so malam tu semua penonton perlu jalani ujian imbasan sebelum nak masuk wayang. Perghh tetiba rase macam orang jahat pulak abes kena check sane sini.. hihihi...

Dorang tak bagi bawak masuk apa-apa gadget atau alat elektronik (hp, kamera, power bank dll) kerana dorang nak menjaga preview 'Robocop'. Ini kerana Malaysia menayangkan filem ini 2 minggu sebelum United States yang sepatutnya disiarkan pada 14 Februari 2014
Untuk filem ni aku bagi 4 bintang 
Rating : ★ ★  ★ ☆

Filem ini mengisahkan pada era moden robot telah menjadi sebahagian dari kehidupan manusia di masa hadapan. Namun, Amerika menjadi satu-satunya negara yang tidak mempraktikkan hal ini dan seolah-olah sangat takut akan hal itu. Dengan melihat negara lain, hal ini membuatkan pemerintah untuk berfikir agar Amerika tidak menjadi negara yang ketinggalan pada masa akan datang. Para ilmuan akhirnya menemui jalan penyelesaian untuk memasukkan robot ke tubuh manusia. Ini terjadi apabila berlaku satu kemalangan yang menimpa seorang anggota polis yang bernama Alex Murphy (Joel Kinnaman). Badannya melecur dan hancur teruk akibat terkena bom yang diletakkan di keretanya. Untuk menyelamatkan nyawanya, pemerintah akhirnya menggabungkan robot dengan sisa badan Alex. Apabila diuji, Alex berubah menjadi robot yang kuat dan tidak boleh dikalahkan oleh robot lain dan musuh-musuhnya. 

So kepada korang semua yang nak tengok filem ni, cerita ni dah pun berada di pawagam mulai hari ini ^^
Akhir sekali nak tepek makanan kegemaran aku, ayam penyet yang sempat aku bedal sebelum nak nengok filem ni. Hahahha.. saje bagi terliur, kan dah time lunch! ^^

***Icik abam tergila-gilakan motor dalam robocop tu ;)

[Catatan : 4 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, January 28, 2014

Cukur Rambut Alisha

Masih cerita hujung minggu kami
Time jenguk Alisha aritu pakngah volunteer nak cukur rambut dak debot sorang ni. Dari lahir belum dicukur rambutnye, tu yang nak cukur kasik lebat sikit rambut. Baru bole buat toyang pokok kelapa! ^^
Terbeliak mata bila pakngah cukur rambut die
Malam tu dapat cukur sikit aje. Keesokkan harinye papa die pulak continue
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
D
.
A
.
N
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini la hasilnyaaaa ^^
Dah botak dah budak debot sorang ni. hihihi 

[Catatan : 6bulan]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Bercanda Di Sepang Gold Coast Beach

Sementara tunggu hidangan kami siap dimasak, kami pegi jenjalan kat tepi pantai jap. Tak jauh pun dari restoren senandung malam tu, cuma beberapa langkah aje ^^
Konon-konon nak ameklaa udara pantai, nak feeling-feeling ditiup angin pantai gitu, tapi petang tu agak mengecewakan laa, sebab tade angin pun. hukhuk
Air pun surut aje time tu
Budak-budak ajela yang sakan main pasir, nak mandi dah tak bole, air surut.. 
Seterusnya korang layan ajela gambar yang ada okee
Budak-budak ni cari siput icik abam cakap
ade jugak yang main bola kat tepi pantai tu
Ni pulak aktiviti icik abam, ukir nama kami atas pasir ^^
Last sekali konpemla tepek gambar tuan tanah dengan hasil ukiran icik abam tadi ^^

[Catatan : 8 kereta pegi]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, January 27, 2014

Dinner Di Restoren Senandung Malam

Restoren Senandung Malam ni terletak di Pantai Bagan Lalang, betul-betul berhadapan dengan Sepang Gold Coast Beach. Tempat makan ni member-member icik abam yang suggest dan plan ke sini. Kami follow aje ^^
Table dorang dah siap-siap booking dah. So datang-datang sini table dah direserved untuk kami.
Table dah ade, so masa untuk pilih lauk
Senarai harga protein mengikut harga semasa
Ni antara menu untuk kami semua malam tu. Antaranye ketam masak merah, udang gorang tepung, sotong goreng tepung, siakap 3 rasa, tomyam seafood, kailam ikam masin. Tu antara menu utama kami, tapi ade gak yang order pepahat dan ikan jenahak
Papepun sebelum makan bergambar dulu ^^
Sebelum bersurai kami nak berposing reramai lak. So icik abam set-up tripod tu kejap
Sempat lagi curi isap rokokkan, padahal kate 2014 dah berazam nak stop smoking tapi hampeh!. Lepas gian katenye, makan banyak sangat. Ermmm dari gambar memang nampakla perut tu dah kembung macam nak meletoppp! 
Nengok! setting punye setting gambar asap pun nak masuk. Sabar jelaa.. :(
Okee, semua dah standby nak snap gambar. Ni antara sebahagian member opis icik abam yang join malam tu 
Rating : ★ ★  ★ ☆
Aku bagi 4 bintang untuk restoren ni. Memandangkan tempat duduk terhad, so aku suggestkan kat korang yang nak makan kat sini kene booking awal-awal ye, kalau tak korang kene tunggu lame.. huhuhu
Ni video yang sempat aku record lepas makan ^^

[Catatan : RM600 untuk 30org]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Kerete Rosak Punca Jalan Jem

Kejadian kereta rosak ni berlaku hari sabtu aritu. Lepas lunch, otw nak balik uma nengok jalan jem kemain panjang lepas traffic light nak ke rumah kami. Ini semua gare-gare sebuah kereta yg rosak, pastu duduk tengah-tengah jalan mengganggu laluan. Ermmm
Bab-bab camni, icik abam memang pantang kalau dibiarkan aje. Sebab sebuah kerete je, abes jem panjang! so memang taklaa kan nak dibiarkan camtu.. so ape lagi Keje Amal lagi la icik abam buat ^^
Brader dorang ni icik abam yang panggil die suruh tolak kete tu sekali.. Al-maklumlaa nak tolak sensorang bukan tak larat tapi lagi senang kalau ade yang membantu sekali kan. ^^

[Catatan : setel masalah]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Saturday, January 25, 2014

Apabila Tonsil Menyerang

Bila tonsil membengkak ape aje yang boleh dimakan kecuali bubur dan kentang.. bende lembut-lembut aje bole dikunyah. 
Ni kang icik abam ajak makan-makan ngan opismate die tak tahulaa bole telan ke idak. hukhuk.. Okee itu aje nak update :(

[Catatan : tonsil datang lagii]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, January 24, 2014

Pratonton Filem Jangan Pandang Belakang Boleh?

Semalam telah berlangsungnya malam Pratonton Filem Jangan Pandang Belakang Boleh? yang julung kalinya diadakan di Premium-X Skypark, One City Subang Jaya. Sebelum aku cerita pasal filem ni, aku selitkan dulu pasal Premium-X Skypark One City ni. Ia merupakan cinema yang baru dibuka di One City Subang Jaya USJ23. Cinema ni menyediakan 22 hall dan setiap satu hall mempunyai 88 tempat duduk. Malam tadi, dorang sponsor 3hall untuk pratonton filem ni.^^ 
Filem ini merupakan filem arahan Ismail Bob Hashim. Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Zalif Sidek, Adiba Yunus, Shima Anuar, Epy Kodiang, Ruminah Sidek dan ramai lagi. Filem seram komedi Jangan Pandang Belakang Boleh? ni mengambil latarbelakang filem famous Jangan Pandang Belakang yang pernah mengejutkan industri perfileman tempatan negara dengan fenomena filem seram yang pertama kali mendapat kutipan mencecah RM7 juta pada tahun 2007 dulu

Kini fenomena ini kembali tapi korang bukan je akan menjerit kat pawagam, tapi sakit perut dengan komedi dari pelakon-pelakonnya.
Ape-apepun nak ucapkan terima kasih kepada David Teo dan MIG Online atau Metrowealth untuk tiket ini

Rating : ★ ★  ★ ☆
Aku bagi 4 bintang untuk filem seram komedi ini yang mengisahkan yang mati sengan bertemu yang hidup.
Bersama Mejar K David Teo
Seterusnya bersama Zalif Sidek
Musalmah Ab Rahman. Talent MIG baru
Macam nak berlaga kepala pulak aku nengok dorang ni. huhuhu
Musalmah Ab Rahman
Bersama Shima Anuar
Filem ni akan mula ditayangkan dipawagam pada 30 Januari 2014
[Catatan : 6 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...