Showing posts with label Krabi. Show all posts
Showing posts with label Krabi. Show all posts

Wednesday, May 03, 2017

Travelogue Thailand Part 3 - Review Bluesotel, Krabi

Lame sangat tak update entri kat blog ni.. padahal nak dikatakan tiap tiap hari memang sign in aje. Tapiii tulaa kejenye hanya blog walking pastu nengok je blog sendiri bersawang tapi dibiarkan gitu tanpe perasaan hahahha. Mood nak menaip tak sampai gitulaa..


Cerita ni pun dah lame dah tapi saje amek mood nak menaip.. cerita pasal holiday kan best so kite up cite cite yang kite rase best sambil amek mood nak menaippp, banyak nau cite yang pending niii...


Untuk pertama kalinye kami menginap di Krabi, kami walk in saje time ni


kami amek bilik superior, semalam dalam RM210 camtu..


Bilik besar dan selesa.. 


Mase kami check in ni, dorang baru je kemas bilik kami ni, disebabkan kami dah lame tunggu dan tak sabar nak check in bilik tu yang tak sempat keringkann lantai lagi, kami dah nak masukkkikiki..


Nampak katil je dah tak sabar nak landing daahhh. Maklumlaa perjalanan agak jauh.. so letih die kemainnn.. hahaha


Sebelum tu sempat gaklaa amek gambar dulu.. padahal time ni icik abam memang dah bebel bebel dah nakk baring atas katil tapi kite tak bagi hahaha


Ni pulak pemandangan depan bilik kami.. Nampak swimming pool..


Time kami datang ni, bangunan sebelah hotel ni tengah under construction, so kalau nak tido memang tak boleh nak bukak sliding door, sebab bising dengan construction..


Ni pulak gambar dalam toilet.. pun amek gak hahaha


bathtub pun ade, tapi selalunye memang tak sempat pun nak berendam rendam dalam bathtub ni..


bawah ni pulak video yang sempat kite record sebagai review koranggg..


untuk review secara kesuluhannye kite bagi 4 bintang kat hotel ni,. Oh lupe nak bagitahu, kami kesini kan naik kereta, so kami parking kete kat depan hotel je. Salah satu sebab kenapa kami pilih hotel ni adalah sebab senang nak parking kereta, dan kereta memang selamat parking depan hotel.

Maklumlaa kebanyakkan hotel kat krabi ni cam susah sikit nak parking.. so kalau korang masih mencari cari hotel yang selesa dan senang nak parking, kite suggestkan hotel ni
Rating : ★ ★  ★ ☆


Salam Perkenalan,

Tuesday, February 14, 2017

Travelogue Thailand - Part 2 (Bluesotel & Bangboo Seafood)

Baru baru ni kami ke Hat Yai, dan baru perasan yang story ke Krabi ni tak abes lagi, check draft yelaa memang betul! masih terbengkalai kat dalam draft ni.. so jomlaa kite update story yang dah berkurun ni dulu.. memang banyak benau cerita yang pending.. gambar banyak tak dapat nak transfer sebab aritu pergi cuti memory full, pastu tak bawak laptop pulak.. tapi seb bek ade gak laptop member icik abam dapat tumpang gambar dalam tu.. tapi tulaa bila dah tumpang, icik abam asek lupe aje nak amek gambarnye... huhuhu


Memandangkan kat sini kami walk-in aje aritu, so bilik tak ready lagi kami cari makanan dulu. Lunch pertama di Krabi kami ke Restoren Bamboo Thai.


Restoren ni betul betul depan hotel yang kami walk-in tadi. Kat sini kena berhati hati dalam memilih tempat makan ye.


Menu sebesar besarnye ni memang terpampang kat depan kedai. Nampak tanda halal gitu tu yang decide nak lunch kat situ tu.. kedai makan kat Krabi ni kite rase agak mahal sikit.. kalau nak dapat murah ade je, korang pergi kat tepi pantai krabi, ade kedai jual macam macam makanan kat tepi tepi jalan.. murah dan sedap jugakk hehehe..


Ingat lagi masa kami sampai kat sini cuace panas terik sangat.. ni dari dalam kedai pun nampak lagi terik dan bahang kat luar tu.. huhuhu


Ni antara menu kami berdua..


pekena tomyam piau kat thailand ni memang terbaik.. makan pulak panas panas.. pedas lagi tuuu.. perghhhh.. hehhe


Kailan ikan masin


yang ni dah tak ingat ape tu.. ayam kot.. hehhe


nasi die siap ade bentuk ikan lagi tu.. Nasi putih kat sini lain sikit, die macam rase pulut sikit.. tapi sedappp.. Untuk lunch pertama ni kami habis THB562 untuk 2 orang makan.


Dah kenyang, bilik pun dah ready masa untuk masuk bilik. Kami pilih Bluesotel Krabi untuk penginapan pertama ni... Okee tak sabar nak masuk bilik nak rest after long travel hampir 14jam kalau tak silappp.. huhuhu


Charge untuk satu malam THB2000 untuk standard room. Kalau nak include breakfast atau nak pilih view ada additional charge ye. Bagi kami berdua cukuplaa untuk standard room saje, bilik pun agak luas. Dapat pulak view depan swimming pool, icik abam boleh terus terjun dari atasss je.. hahaha


Ni video yang sempat di record.. pastu kami berdua dah pengsan dapat katil ngan bantal yang empukkk hihihi


Salam Perkenalan,

Friday, December 09, 2016

Travelogue Thailand - Part 1 (Insurance Thailand, Malaysia Border, Satun, Bluesotel, Krabi)

Memandangkan sekarang ni tengah cuti panjang dan masih mood berpantang lepas operation aritu, rasenye tak dapat laa nak ke mane mane sampai laa ke tahun depan walaupun tengah tak keje ni. Huhuhu


Baru kite faham perasaan orang berpantang sekarang ni. Okeelaa kalau nak tahu pasal operation nanti kite update bila mood nak bercerita pasal ni datang ye.


So sekarang ni dari busan busan tade ape nak buat kite rajinkanlaa diri nak update sambungan cerita Travelogue Thailand Pengalaman Menaiki Kereta Ke Krabi


Untuk pertama kalinya bawak kenderaan sendiri masuk ke negara orang. Tak susah mane pun rupanya nak bawak kereta sendiri kat negara orang ni. Kos jimat sangat kalau nak dibandingkan naik flight. Pastu mudah untuk ke hulur ke hilir mencari tempat yang nak dituju. Waze kan ade, so takdelaa takut sesat ke ape kannnn! hikhik


Tapi kalau korang yang tak suke memandu dalam masa yang panjang, kite tak sarankan.. Sebab takut korang letih separuh perjalanan. So nanti trip tak bape nak menariklaa kalau banyak sangat pitsop kan.. Huhuuu


Kami mulakan perjalanan kami pada 30/4/2016 (Sabtu). Keluar dari rumah jam 11.20malam dan berkumpul di Tol Jalan Duta jam 12.04pagi. Kami ke Krabi konvoi dua kereta, kami sengaja plan gerak malam untuk sampai di border awal pagi. Dari KL kami pit stop dua kali sebelum sampai ke Changlun. Perjalanan kami dari KL mengambil masa hampir 7jam untuk sampai ke tempat buat Insurance Thailand. 


Kami sampai di Changlun pagi 1/5/2016 (Ahad). Kami buat Insurance di Changlun CNT Enterprise. Kedai insurance ni betul betul tepi jalan di Changlun.


Antara checklist yang harus diuruskan sebelum masuk Thailand:
1. Whitecard
2. Insurance kereta (Kalau tak buat kat sini pun takpe nanti kat border bole buat)
3. Borang TM2 & TM3


Kalau korang tak tahu camne nak isi borang borang ni, korang takyah bimbang, dorang kat sini sedia membantu. Yang penting korang sediakan maklumat korang yang lengkappp.


 Kami masuk Thailand melalui Wang Kerlian Border. Sambil sambil tunggu borang kami selesai, selfie dulu.. Hikhik


Insurance kereta ni penting in case kalau ada ape ape jadi at least covered sikit dengan insurance ni.


Dah selesai bab insurance, kami teruskan perjalanan ke Border.


Sebelum masuk Thailand tu dinasihatkan korang isi minyak penuh penuh dulu ye. Sebab kalau kat Thailand minyak mahal sikit. Rate tak same di setiap stesen minyak. So mane boleh jimat baik dijimatkan..


Dari Changlun tadi mengambil masa hampir 50minit (56km) untuk sampai ke Pos Imigresen Wang Kerlian Perlis. 


Sepanjang perjalanan dari KL, kami sentiasa menggunakan waze untuk tahu ETA dan jarak satu destinasi ke satu destinasi supaya kami mudah untuk merancang perjalanan kami.


Sepanjang perjalanan nak masuk border kami lalu diperkampungan Perlis. Serius sangat cantik kawasannye. Tenang dan nyaman aje.


Sempat gak berhenti tepi jalan sebab icik abam nak amek gambar matahari terbit


Dah puas bergambar kami teruskan perjalanan semula. Time ni semalaman tak mandi lagi, so bila dapat hirup udara segar camni, rasa fresh laa sikit kan.. Hihi


Kami sampai di kastam Malaysia dalam jam 9 pagi. Kereta dah berderet beratur untuk masuk ke Thailand. Kat Kastam Malaysia ni ok lagi beratur dalam kereta aje. Kat Kastam Thailand kena park kereta dulu pastu beratur kat kaunter untuk cop passport dan amek gambar. Lepas tu pergi ke Kaunter sebelah untuk dapatkan Borang TM2 (Passenger List), kat situ kena bayar RM5 seorang.


Dah isi form TM2 pergi semula ke kaunter pertama tadi untuk dicop atas borang tu. Dah selesai bawak Borang TM2 tadi bagi kat pihak imigresen Thailand untuk key-in dalam sistem untuk declare nak masuk kereta pulak. Kat sini korang kena bayar RM10 untuk satu kereta.


***Sila selitkan RM2 bila nak serahkan passport kat kaunter.


Tak sampai setengah jam uruskan passport dan insurance, kami dah boleh masuk Thailand.. Yey!! Berjaya gak bawak masuk kereta sendiri... Pestaim ni bawak kereta sendiri masuk negara oranggg Hihi


Masuk masuk je Thailand korang akan jumpa perkampungan Satun. Kat sini korang belilah simkad untuk dapatkan internet. Ada internet, barulah senang nak guna waze.


Dah beli simkad, dan internet dah ade kami teruskan perjalanan ke Krabi. Nak tahu pasal harga dan plan internet simcard yang kami gunakan boleh klik DISINI


Ohyaa, lupa nak habaq, kalau korang beli simkad kat sini, dorang akan tolong tukarkan untuk korang. Simkad dalam fon korang tu dia akan keluarkan dan masukkan dalam pack untuk korang simpan.


Dua jam masuk Thailand icik abam dah mula ngantok. Maklumlaa dari KL dah hampir 10jam perjalanan tak tidur langsung. Excited nak pergi Krabi katakan, last last surrender gak berhenti untuk nap sekejap. 


Sejam jugak kami berhenti kat Cafe Amazon ni siap makan bekalan tapau member lagiii.. hikhik


Dah nap dan "isi perut" kami teruskan perjalanan semula ke Krabi. Perjalanan untuk sampai ke Krabi kalini mengambil masa lagi 3jam (318km). 


Masa perjalanan ikut cara pemanduan masing masing ye. Kat sini jalanraya memang cantik dan besar, tapi korang kena faham, kat sini bukan Malaysia yang ada highway bertol-tol yang boleh korang speed. 


Kat sini korang kena bersabar mengharungi traffic light dan menggalah dengan cara pemanduan kenderaan kenderaan dari orang tempatan kat sini.


Sesampai di Krabi kami terus menuju ke Aonang Beach. Sebelum cari tempat makan kami dah cari tempat tidur dulu. 


Next entri nanti kite continue cerita pasal tempat lunch dan hotel yang kami walk-in ni ye..


Salam Perkenalan,

Thursday, May 26, 2016

Travelogue Thailand - Pengalaman Menaiki Kereta Dari KL ke Krabi-Hatyai-Sadao-Penang (6D5N)

Untuk pertama kalinya bawak kenderaan sendiri masuk ke negara orang. Tak susah mane pun rupanya nak bawak kereta sendiri kat negara orang ni. Kos jimat sangat kalau nak dibandingkan naik flight. Pastu mudah untuk ke hulur ke hilir mencari tempat yang nak dituju. Waze kan ade, so takdelaa takut sesat ke ape kannnn! hikhik


Kami mulakan perjalanan kami pada 30/4/2016 (Sabtu). Keluar dari rumah jam 11.20malam dan berkumpul di Tol Jalan Duta jam 12.04pagi. Kami ke Krabi konvoi dua kereta, kami sengaja plan gerak malam untuk sampai di border awal pagi. Dari KL kami pit stop dua kali sebelum sampai ke Changlun. Perjalanan kami dari KL mengambil masa hampir 7jam untuk sampai ke tempat buat Insurance Thailand di Changlun CNT Enterprise ni.


1/5/2016 (Ahad) - Antara checklist yang harus diuruskan sebelum masuk Thailand. Insurance kereta ni boleh buat kat kedai tepi jalan Changlun sebelum nak masuk Thailand. Kami masuk Thailand melalui Wang Kerlian Border. Insurance kereta ni penting in case kalau ada ape ape jadi at least covered sikit dengan insurance ni.


Selain insurance kereta, white card jugak kami buat kat sini. Pada mulanya kami pakat redah aje berhenti kat sini sebab dah nampak signboard dari jauh ade tulis Insurance Thailand, masuk masuk kedai ni terus disambut mesra oleh sorang pakcik yang jaga kat sini. Takyah cakap nak ape dia terus aje ajar ape yang nak dibuat. Tahu tahu aje kami nak masuk Thailand.. hehehe


Siap suruh kami masuk dari Wang Kerlian.Katenye ramai pulak yang masuk Thailand time ni tu yang nak elak crowded masuk dari Wang kerlian senang. Kalau ikut perancangan awal kami, kami akan masuk Thailand dari Bukit Kayu Hitam. So takyah banyak pikir ikut aje orang yang berpengalaman nasihat. So kami proceed dengan cadangan pakcik tu dan tukar sikit laluan kami tu. 


Sebelum masuk Thailand tu dinasihatkan korang isi minyak penuh penuh dulu ye.


Dari Changlun tadi mengambil masa hampir 50minit (56km) untuk sampai ke Pos Imigresen Wang Kerlian Perlis. Sepanjang perjalanan dari KL, kami sentiasa menggunakan waze untuk tahu ETA dan jarak satu destinasi ke satu destinasi supaya kami mudah untuk merancang perjalanan kami. 


Kami sampai di kastam Malaysia dalam jam 9 pagi. Kereta dah berderet beratur untuk masuk ke Thailand. Kat Kastam Malaysia ni ok lagi beratur dalam kereta aje. Kat Kastam Thailand kena park kereta dulu pastu beratur kat kaunter untuk cop passport dan amek gambar. Lepas tu pergi ke Kaunter sebelah untuk dapatkan Borang TM2 (Passenger List), kat situ kena bayar RM5 seorang.


Dah isi form TM2 pergi semula ke kaunter pertama tadi untuk dicop atas borang tu. Dah selesai bawak Borang TM2 tadi bagi kat pihak imigresen Thailand untuk key-in dalam sistem untuk declare nak masuk kereta pulak. Kat sini korang kena bayar RM10 untuk satu kereta.


Tips: Sila pastikan awal pagi dah sampai kat border untuk elak kesesakan.


Masuk masuk je Thailand korang akan jumpa perkampungan Satun. Kat sini korang belilah simkad untuk dapatkan internet. Ada internet baru senang nak guna waze.


Nidiaa simkad yang kami beli, beli sorang satu. Kalau nak kongsi pun okee aje bagi aku.. Harga pack simkad ni RM35. Kalau convert duit baht dalam THB360. Masa beli simkad ni kami guna duit Malaysia aje. Sebab RM masih diterima kat sini. Dengan Happy Tourist Sim ni korang dapat domestic call 0.99baht per min, internet 2baht per MB. Internet dia memang laju, memang cukup untuk seminggu penggunaan kat Thailand.


Ohyaa, lupa nak habaq, kalau korang beli simkad kat sini, dorang akan tukarkan untuk korang. Simkad dalam fon korang tu dia akan keluarkan dan masukkan dalam pack untuk korang simpan.


Dua jam masuk Thailand icik abam dah mula ngantok. Maklumlaa dari KL dah hampir 10jam perjalanan tak tidur langsung. Excited nak pergi Krabi katakan, last last surrender gak berhenti untuk tidur sekejap. Sejam jugak kami berhenti kat Cafe Amazon ni siap makan bekalan tapau member lagiii.. hikhik


Dah nap dan "isi perut" kami teruskan perjalanan semula ke Krabi. Perjalanan untuk sampai ke Krabi kalini mengambil masa lagi 3jam (318km). Masa perjalanan ikut cara pemanduan masing masing ye. Kat sini jalanraya memang cantik dan besar, tapi korang kena faham, kat sini bukan Malaysia yang ada highway bertol-tol yang boleh korang speed. Sini korang kena bersabar mengharungi traffic light dan menggalah dengan cara pemanduan kenderaan kenderaan dari orang tempatan kat sini.


Sesampai di Krabi kami terus menuju ke Aonang Beach. Sebelum cari tempat makan kami dah cari tempat tidur dulu. Memandangkan kat sini kami walk-in aje, so bilik tak ready lagi kami cari makanan dulu. Lunch pertama di Krabi kami ke Restoren Bamboo Thai. Restoren ni betul betul depan hotel yang kami walk-in tadi. Kat sini kena berhati hati dalam memilih tempat makan ye. Pastikan halal baru masuk. Untuk lunch pertama ni kami habis THB562 untuk 2 orang makan.


Dah kenyang, bilik pun dah ready masa untuk masuk bilik. Kami pilih Bluesotel Krabi untuk penginapan pertama ni. Charge untuk satu malam THB2000 untuk standard room. Kalau nak include breakfast atau nak pilih view ada additional charge ye. Bagi kami berdua cukuplaa untuk standard room saje, bilik pun agak luas. Dapat pulak view depan swimming pool, icik abam boleh terus terjun dari atasss je.. hahaha


Untuk details setiap tempat yang kami pergi ni akan di update satu satu dalam entri yang lain akan datang ye, cukup aku selitkan beberapa video untuk tatapan korang dulu ye..


Dalam pukul 10 malam waktu tempatan macamtu baru kami keluar bilik. Maklumlaa driver keletihan drive jauh siang tadi. Sebelum jalan jalan dengan misi mencari tempat makan halal untuk dinner malam tu, kami singgah di travel agency untuk booking island tour. Untuk pakej island tour ni pun akan aku update di entri lain dengan lebih detail ye..


Dah jalan jalan sambil cuci cuci mata di sepanjang jalan di Aonang Beach ni dah keletihan pulak untuk teruskan berjalan. Memandangkan tadi kami keluar dari hotel dah lewat, kebanyakkan restoren bertanda halal kat sini dah tutup.


So terpaksa cari tempat makan di kawasan berhampiran yang lain pulak. Jalan punye jalan rupenye kami dah hampir setengah jam pusing pusing cari tempat makan yang berkenan di hati. Dah letih nak berjalan kami sewa tuk tuk ni THB400 (sewa satu tuk tuk) untuk drop kami di restoren halal dan pick up kami dari situ untuk hantar ke hotel pulak.


Untuk dinner, kami makan di restoren yang hampir sama dengan petang tadi. Makan malam untuk 2 orang di Restoren Bangboo Seafood THB400


2/5/2016 (Isnin) - Untuk Island-hopping kami amek pakej Hong Island. Untuk ke jeti kami naik tuk tuk ni. Mengambil masa hampir 30 minit dari hotel. Kalau amek pakej ni dorang akan amek dan hantar kite kat hotel.


Boleh pilih nak naik long tail boat atau speed boat. Memandangkan aku ni mabuk laut so kami decide pilih speed boat supaya cepat sikit sampai ke setiap pulau. Untuk Hong Island ni kami akan dibawak ke empat pulau selama 6 jam dan diprovide lunch di pulau. Untuk pakej ni sorang THB2000. Nak details tunggu aku update kat entri lain ye..


Destinasi pertama kami adalah di Hong Lagoon.


Kat sini kami boleh amek gambar saja, sebab air pasang time ni so boat tak boleh nak berhenti dan park.



Pulau kedua kami dibawa ke Lading Island. Teruja betul bila berada kat sini. Airnye sangat biru dan jernih. Kat sini kami habiskan masa hampir 40minit.


 Masa yang ada kami habikan dengan snorkeling bersama ikan ikan yang ada..


Segala bagai alatan untuk snorkeling disediakan oleh pihak Mangrove Tour. Mangrove Bay Krabi & Charter ni adalah company pelancongan yang kami pilih untuk Island-hopping kat Krabi ni.


40minit yang dorang bagi rasa kejap sangat. Jam 11 pagi kami tinggalkan Lading Island menuju ke Pakbia Island pulak.


Aktiviti kami semua hampir sama di setiap pulau yang kami singgah.


Kami habiskan hampir 40minit jugak kat sini. Sebelum kami pergi ke destinasi terakhir iaitu Hong Island.


Hong Island terletak di National Park Krabi. Kat sini kami habiskan masa hampir 2 jam setengah.



Masa yang ada kami gunakan dengan makan tengah hari dulu kemudian baru sambung snorkeling kat sini pulakkk.


kenapa kami memilih pakej Hong Island? Inilaa sebabnyaaa.. Antara pulau yang tercantik di Krabi ni. Nengok airnye yang membiru je dari jauh dah teruja kannn.. hihi


Masa banyak, so ajak ikan ikan selfie sekali... hahaha


tapi gambar aku banyak kena sabotaj dengan dorang je.. nasib baiklaa ade jugak nampak muke ni.. huhuhu



Selain snorkeling, korang jugak boleh berkayak disini.


Dalam jam 2.40 petang camtu kami dah berkumpul untuk pulang ke jeti. Sebelum tinggalkan pulau bergambar dulu..


Sampai hotel dalam jam 3.15 petang waktu tempatan. Kalau waktu Malaysia cepat sejam rasenye. Balik hotel terus mandi siap siap nak pekena pancake Rote Yaminlah ni. Siyes superb!!!


petang pulak kami decide nengok sunset kat tepi Aonang Beach sambil pekena nasi goreng tomyam (THB60), udang (THB50) dan sotong goreng tepung (THB40) yang dibeli di Aonang Beach Street tadi.


Sebelum balik hotel sempat jugak shopping kat Aonang Beach Street.


Icik abam tak puas berendam seharian tadi, tu yang sambung swimming kat hotel pulak malam tu


3/5/2016 (Selasa) - Jam 11 pagi kami check-out dari Bluesotel Krabi. Sebelum tinggalkan Krabi kami pekena puas puas pancake tersedap niiii!. pasni kami nak menempuh hampir 5jam perjalanan untuk sampai Sadao (Danok).


Itinerary yang disediakan totally changed! Patutnye kami bukan terus ke Krabi tapi ke Hatyai, perjalanan kami cam dah bertukar tukar, semua gara gara kes viral bom kat Hatyai. Tapi Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun itinerary terpaksa diubah last minute. Nak details tunggu next entri!


Sempat lagi singgah Bandar Krabi sebelum bertolak ke Sadao.


Sebelum teruskan perjalanan ke Sadao, kami berhenti isi minyak di Phetkasem Road Krabi. Kami isi THB500 (17liter) je, tank tak full pun. Tips: Korang tak perlu isi minyak penuh penuh, nanti tak abes rugi lak sebab minyak kat sini mahal. Untuk pengetahuan korang, harga minyak tak sama di setiap tempat ye.


jam 5.15 petang kami sampai di Hatyai. Bandar dia memang agak sibuk. 


Kami singgah makan di Restoren Kelantan Hatyai. Kami tak lame pun kat sini, sebab tengah black area. Takut jugak kami kalau ape ape kannn.. hikhik


Dari Hatyai kami ke Sadao pulak yang mengambil masa hampir sejam. Kami decide walk-in The Vista Hotel dengan rate RM110 semalam. kat sini dah boleh terima RM. tapi bagi aku kalau korang dah tade duit baht barulaa korang bayar guna RM, kalau tak macam rugi sikit. Macam kami time tu memang dah kekurangan Baht so memang mane boleh pakai RM kami bayar guna RM aje.


Hotel baru 3 bulan beroperasi, bilik sangat luas.


Malam pertama di Danok kami jalan jalan nengok lampu di Dinosaur Park. Salah satu tarikan baru di Danok. Kat situ juga terdapat Animal Farm.



Pekena Pulut Ayam Danok pulak malam tu. Ni memang wishlist icik abam dari KL lagiiii.. hihihi


4/5/2016 (Rabu) - Keesokkan harinye kami ke pasar Danok. Macam macam ada kat sini, kalau korang pandai tawar memang boleh dapat harga murah walaupun harga dah murah kalau nak dibandingkan kat KL. Memang rambang mata kalau berjalan kat kawasan ni.


Lagi new addict! sebelum balik Malaysia pekena lagi sekali Pulut Ayam ni. Siyes memang superb! sedap sangat. Kami keluar border dalam jam 4.29 petang waktu Malaysia.


Kami keluar Thailand ikut laluan Bukit Kayu Hitam atau Danok. Nak masuk Malaysia kena lepas Imigresen Thailand dulu. Kat situ korang boleh bawak kereta terus ke kaunter imigresen untuk cop passport dan bayar RM2 setiap sorang. Kemudian hantar borang declaration car kat imigresen Malaysia dan cop passport. Pastu dah boleh balik Malaysia dah. Welcome backkk! Hello Penang!


Dari Bukit Kayu Hitam kami terus ke penang, sambung berjalan kat situ pulakkkk.


Sebahagian barang yang sempat dirembat di Sadao dan Penang!


Cukup cerita untuk travelog ke Thailand ni. Perjalanan menaiki kereta dari KL ke Krabi yang mengambil masa hampir 14jam (>2k KM). Kos minyak keseluruhan sebanyak RM200 sahaja. Nak tanya details boleh PM terus, aku sedia menjawab mengikut kemampuanlaa kan.. hikhik



Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...