Showing posts with label Genting Highlands. Show all posts
Showing posts with label Genting Highlands. Show all posts

Friday, September 15, 2017

Tempat Shopping Baru - Genting Highlands Premium Outlets

Pertengahan bulan Jun 2017 aritu telah buka satu lagi Premium Outlets di Genting Higlands.


Sekaligus menjadikan Genting Highlands Premium Outlets sebagai Premium Outlet Centre kedua di Malaysia selepas Johor Premium Outlets. Dan juga ia menjadi Premium Outlet Centre atas bukit yang pertama di Asia Tenggara.


Masa pembukaannye tempoh hari, memang banyak sangat tawaran sale yang sangat murah. Dengan suasana sejuk kat atas bukit lagi menjadi jadilaa bershopping tu kann hahha


Mase sale dan mula mula buka sampai sekarang masih ramai yang datang berkunjung ke GPO, ade yang kemain shopping sakan kat atas tu, kite dapat bawak balik satu dua beg shopping pun dah gembira kemain hihihi


Ni pemandangan dari atas bangunan, punyelaa ramai orang time ni..


Memang letih jugaklaa kalau setiap outlet nk singgah kan, dah penat kite rehat, dah hilang penat kita sambung lagi cuci cuci mata..


So ni antara yang sempat kami sambar sebelum balik arituu.. Alhamdulillah memang berbaloi sangat beli time sale ni..


Benda bukan keperluan pun dah terbeli ni gara gara napsuuuu hahaha :p


Salam Perkenalan,

Sunday, June 28, 2015

Ke Genting Lagi| Menang Contest

Alhamdulillah tahun ni je dah dua kali pergi Genting. Dua dua hasil menang contest. Haritu kami dapat bilik kat First World Hotel wing lame. Tapi kalini dapat bilik baru. Kat new wing First World Hotel.
Macam biasa kami kene check in kat counter 30. Dah dapat kunci, kami naik ke bilik. Nak nengok camnelaa keadaan dalam bilik baru ni kan.. hihi
Dalam lif pun sempat berselfie. Maklumlaa tinggi pulak tingkatnye. So sempatlaa nak berselfie
Dah sampai dah bilik kami. So inilaa nombor bilik yang kami stay haritu.
Kalini kami menang penginapan 2D1N dan empat tiket VIP untuk nengok show Iluminate kat Genting International Showroom.
Macam biasa kalau masuk bilik lepas check in opkos ade dua tiga gambar untuk buat review keadaan bilik. 
So nilaa keadaan bilik baru ni new wing ni. Nampak macam besar sikit bilik ni.
Macam biasa memang ade dua katil. Menang sesuai untuk tidur empat orang dalam satu bilik ni
Yang best bilik baru ni kite boleh nampak pemandangan luar bilik. Boleh nampak kabus kabus sejuk kat Genting
Cume yang tak bestnye kalau duduk dalam bilik ni macam tak bape nak ade line telefon kat henpon. Line tenet lagilaaa. Memang takpat nak ngadap fesbuk ke ape..huhuhu..
Ni video yang aku record 

Macam biasa, pergi Genting mesti bawak bekalan. Senang kot lapar malam malam kan. Maklumlaa tempat sejuk kan. Mudahlaa laparnye.. hehehe
Walaupun ade bekal tapi tetap nak cari nasi. So kami makan kat Marrybrown aje. Nak ke kepci malas pulak nak berjalan.
So ni antara makanan yang kami order
Bawah ni pulak keadaan lobi hotel kat new wing ni
Malam pulak baru kami ke Genting International Showroom untuk nengok show Iluminate.
Memandangkan cerita ni bulan April haritu, so ni dah bulan Jun, nak cerita banyak pun dah takde idea nau. So korang cekidaut ajelaa gambar kami kat sane ye

Dapat seat depan depan, memang pus ati nengok show! 

Dah abes show jalab kat luar bangunan amek angin malam macam biasa. Sejukkk..
Tak larat nak berembun malam malam tu. Dengan sejuknye lagi so kami terus balik bilik je. Tak jenjalan pun, sebab sebelum ni kan dah sampai, so dah pegi indoor sume. 
Keesokkan harinye selepas check in berselfie lagi tempat malam tadi. Kalini tadelaa sejuk sangat kan..
So yang belakang warna warni tulaa First World Hotel. Tempat kami stay untuk dua haritu.


Salam Perkenalan,

Thursday, February 26, 2015

Snow World Genting Highlands


Masih cerita kami di Genting Highlands. Mase aku update gambar gambar kami kat Snow World ni ramai yang tanye berape tiket masuk. Tiket untuk dewasa RM30 seorang, untuk harga tiket kanak kanak aku tak perasan lak, rasenye separuh harge dari tiket dewasa kot. Mahal sebenarnye harga tiket untuk masuk salji camni.


 Aku pernah gaklaa sekali masuk Snow World kat Genting ni, tapi dah lame laa sampai dah tak ingat dah bape harge tiket time tu, tapi yang aku ingat agak mahal gaklaa mase tu. So ni alang alang dah sampai Genting haruslaa tak lepas kan peluang untuk masuk kali kedua. Icik abam pun tak pernah masuk so masuklaa hihihi


Masuk dalam snow world ni tak boleh bawak kamera atau henpon, langsung tak boleh amek gambar sendiri sebab akan ade orang yang amekkan gambar kite. Macam gambar gambar yang ade ni. ^^


Nak tak nak dah tak boleh amek gambar sendiri suruhlaa cameraman die yang amek kan. Tapi nanti dah keluar kenelaa bayar RM110 camtu untuk 20 keping gambar.


Kalau ikutkan memang mahal tak ingat. Tapi nak buat camne, kalau tak amek kang tade kenangan lak kat dalam tu. Bukan selalu pergi pun tempat tempat camtu, so bile dah pergi tu tibailaa semua yang ade pun. Nanti menyesal lak tak cube hihihi


Nasib baiklaa dah bayar mahal mahal gambar okee okee. Kire puas hatilaa bayar pun. Setiap gaye cameraman tu yang ajar. So okeelaa.. cantiklaa gambar tu sikittt hihihi


Gaye melompat pun banyak. Cume gambar mase main gelongsong je tade. Best gaklaa main gelongsong tu. Mula mula takut gak tapi bila dah try sekali nak cube lagi dan lagiii.. Cume tak larat nak turun naik tangge bawak pelampung je. Hihihi


Seterusnya korang cekidaut jelaa gambar gambar yang ade. Mase nak pakai sweter tu memang dah pakat dengan icik abam amek sweter warne merah. So bile bergambar tu baru nampak cantik dengan merahhh aje.. hihihi









 



















Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...