Monday, June 05, 2017

Kota Mahsuri & Makam Mahsuri Tempat Bersejarah Di Langkawi



Salah satu tempat yang wajib dilawati di Langkawi adalah Kota dan Makam Mahsuri. Sebelum masuk kite beli tiket dulu ye, tiket seorang dewasa RM12.00


Kite close-up sikit harga tiket nak masuk ke sini untuk reference korang ye..


Mengikut cerita dulu kale, dipercayai bahawa Kota Mahsuri ni merupakan tempat di mana Mahsuri Binti Pandak Maya dikuburkan..


Ni pulak carta salasilah Mahsuri


Makam Mahsuri ni terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan Kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka.


Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhirnya selepas beliau dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.


Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater tradisional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, rumah ini dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri juga terdapat di kawasan ini.


Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar ke Pulau Langkawi untuk melawan tentera siam.


Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa beliau tidak bersalah dan difitnah.


Mahsuri jugak telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau.


Sempat gak record time makcik makcik ni buah kuih loyang.. hihihi


Ni pulak rumah Kedah yang terdapat di kawasan Kota Mahsuri



Nilaa perigi Mahsuri yang disebut tadi..


Nak nengok video sekitar perigi boleh nengok kat bawah ni..


Selepas melawat kawasan Mahsuri kami ke tempat beras terbakar pulak 


Tapak kawasan beras terbakar


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...