Showing posts with label Singapore. Show all posts
Showing posts with label Singapore. Show all posts

Friday, April 15, 2016

Travelogue Singapore - Trip Bajet Ke Singapore Dengan Menaiki Bus SBS Transit 170

Perjalanan kami ke singapore ni kami kire dari JB sahaja, sebab alang alang kami kat JB sabtu ahad aritu, tu yang tetibe dalam kepala otak plan nak ke singapore. So memandangkan ini adalah immediate plan trip, memang tade booked ape ape, kire percutian redah ikut suke namenye ni tu yang kita anggap trip kalini adalah trip bajet dan percutian pendek kami... hehehe


Sebelum nak masuk singapore kami dah tanye kat member kat mane kami nak park kereta dan nak naik bus ape untuk ke sane... maklumlaa, kami tak pernah buat keje gila camni, tetibe plan nak pergi oversea kononnye.. nak naik bus aje pulak tu so kenala bertanye tanye, kang sesat jalan pulakk hehehe.. Bawah ni aku sediakan itinerary kami nak ke sane:



Tempat Parking Kereta dan Beli Tiket Bus Untuk Masuk Singapore :

Kami check out dari Renaissance Hotel JB dalam pukul 12.30 tengah hari camtu, pastu kami lunch kat Kilang Bateri Tampoi dulu. Dalam pukul 5 petang camtu kami gerak ke JB Sentral untuk park kereta nak pergi ke Hub JBS - CIQ. Kami parking kat tempat letak kereta sebelah stesen minyak JB Sentral ni, sehari dalam RM12 camtu.. Tempat letak kereta ni tak berbumbung tapi dekat sangat kalau nak berjalan kaki naik ke CIQ. kat CIQ ni kami cari SBS Bus No 170, mase nak tunggu bus 170 ni memang beratur panjang tapi nasib baik tak menunggu lama sebab bus ni banyak, so jangan risau kalau terpakse beratur lame ke hape kannn... Selain bus 170, korang jugak boleh naik bus 950. Bezanye cuma, bus 950 boleh terus pegi ke stesen MRT Woodland, manakala bus 170 ni boleh pergi ke stesen MRT Kranji...



Scan Passport dan Cop Kastam Singapore :

Masuk masuk ke CIQ tu nanti korang akan kena scan passport, lepas scan passport tu korang naik bus yang aku cakap tadi dan sediakan duit RM1.90 seorang. Time ni kite pakai duit Malaysia lagi bila nak naik bus. Bila dah bayar tiket tu, make sure korang simpan tiket bus tadi tu ye sebab nanti bila sampai kat imigresen Singapore kita akan turun bus tadi untuk cop passpot. Tapi sebelum korang beratur nak cop passport tu, korang kenalaa isi form yang disediakan mase korang masuk kat imigresen ni, jangan jadi macam kami aritu, terus terus je beratur nak cepat cop passport, tapi bila sampai kat kaunter imigresen tu, kakak imigresen tu nak cop atas borang tu tade, barulaa kami tahu kena amek borang kat depan dulu.. hehehe tapi nasib baiklaa kakak kaunter tu baik hati suruh kami isi kat situ saje, so takyah beratur semula dan terus dah boleh keluar imigresen dan naik bus semulaa..


Time ni korang ikut aje orang yang reramai yang turun nak cari bus semula, so korang naik je bus no 170 yang korang nampakk. tapi tadi kalau korang amek bus 950, korang cari laa balik bus 950 tu...


Sampai di Woodlands Train Checkpoint/JB Larkin;

nanti bus yang korang naik tu tadi akan berhenti kat checkpoint ni, so kat sini korang dah boleh pergi ke stesen MRT Kranji. Dari stesen MRT Kranji ni kami dapatkan map singapore dulu, map ni korang akan dapat free aje, so sambil sambil minta map tu tanye tanye jugakla tempat mana yang boleh dilawati dan sebagainya. InsyaAllah dorang akan layan korang dengan baik, macam kami aritu, pakcik kaunter tu siap suggest kami pergi ke bandar aje. So dari Kranji kami ke Orchard terusss.. dalam pukul 8 lebih macam tu kami sampai kat Orchard, jalan jalan cuci cuci mata kat situ sambil amek angin malam..


Dah setengah jam cuci cuci mata kat Orchard ni kaki dah mula rasa sakit, badan dah letih, mata pun dah mula nak tidur.. disebabkan tak puas lagi berjalan kat Singapore ni, kami decide untuk bermalam aje kat sini.. so esok pagi boleh berjalan lagi kannn..


Mencari Hotel Bajet di Chinatown;

pada mulanya kami hanya mencari hotel kat kawasan berhampiran Orchard ni, tapi survey punye survey, makaiiii mahal ler pulakkk, so kami decide jalan lagi untuk cari hotel yang lagi murah... jalan punye jalan dah tak tahu dah kat mane, tapi hotel masih tak dapat lagii.. last last dah tak sanggup nak berjalan lagi jauh aku suruh icik abam tanye kat orang orang yang ade kat stesen minyak mane tempat boleh jumpa hotel bajet. So dorang suggestkan kami ke Chinatown dengan menaiki bus.. so kami ikut aje direction yang dorang beri untuk tunggu bus dan naik bus ke Chinatown. Mase tunggu bus nak ke Chinatown ni suasana dah macam sunyi sikit sebab dah pukul 10 lebih, so agak risau jugaklaa bus tade, tapi orang yang tolong kami tadi bagitahu kena cepat cepat ke busstop sebab kemungkinan bus yang kami nak naik tu adalah last trip punye bus.. Alhamdulillah tunggu dalam setengah jam camtu, bus yang kami tunggu tu muncul..  naik naik bus je icik abam tade duit syiling, maklumlaa baru sampai tadi mane ade duit syiling sangatkan, tapi nasib baiklaa ade yang sudi tukarkan duit syiling kepada kami, so setel bayar duit tiket bus tadi...


Sampai di Chinatown, Check-In Bliss Hotel Singapore;

masa naik bus tadi kami duduk depan, sebab senang nak suruh driver bus tu berhentikan kami kat Chinatown, maklumlaa kami bukan tahu kalau kalau dah sampai kat Chinatown ke tidak kann.. Bila dah sampai kat Chinatown terus driver bus tu suruh kami turun, so turunlaa kami.. turun je bus tu terpinga pinga jugaklaa kami, yelaa bukan kawasan kite kan, so agak jakunlaa sikit..


kat sini memang banyak hotel bajet termasuk backpackers hotel. pada mulanya memang kami survey kat hotel backpackers, tapi tetibe rasa macam tak selesa je, so terpakse jugaklaa amek hotel bajet kat Bliss Hotel ni. Kat sini name je hotel bajet, tapi rate die dah sama harga dengan hotel 5 star kat JB.. hahahambekk kauu.. hukhuk


Memandangkan dah lewat malam baru nak check in, so standard room memang dah full laaa, yang tinggal bilik Superior Double/Twin yang berharga S$170.00 ++


Agaknye pekerja hotel tu nampak muke kami ni dah kepenatan sangat nak cari hotel terus die bagi diskaun sebab masuk dah tengah malam. So dapatlaa harga S$150 semalam.. nak tahu harga dalam RM korang darabkan aje dengan 3, so itulaa nilai dalam duit kite.. huhuhu


Jalan Jalan Di ChinaTown Point;

lepas check in bilik, pastu tetibe mata ni segar semula dah dapat basuh kaki dan rest kejap kat bilik. Ajak icik abam keluar dan jenjalan depan hotel pulak, maklumlaa, kami satu malam aje kat sini, so kenala gunakan peluang yang ade secukupnya kannn.. hihihi


Malam tu kami jenjalan kat kawasan berhampiran hotel sahaja.. Chinatown Point ni pulak betul betul kat depan hotel kami aje..


Stesen MRT Chinatown ni pun beberapa langkah aje dari hotel.. so esoknye memang dah target nak jenjalan naik mrt je.. senang dan cepat.. hehehe


Naik MRT Ke Marina Bay ;

Dari stesen MRT Chinatown kami ke stesen Downtown sebelum jalan kaki untuk ke Marina Bay dan Singapore River Walk. Harga tiket naik mrt tadi dalam $1.50 sorang camtu.. memandangkan kami masih blur lagi tempat tempat yang kami nak pergi so tu yang icik abam telek dulu map yang ada supaya boleh short cut sampai...



Marina Bay Sand;

bila kami nak menuju ke Marina Bay ni dah boleh nampak Marina Bay Sand ni. Marina Bay Sand ni merupakan salah satu bangunan tertinggi di Singapore yang menjadi tempat pelancongan yang wajib dikunjungi. Rekabentuknye yang seakan akan kapal ni memang sangat cantik dan unik kalau diperhatikan.


sebelum sampai ke tempat yang nak dituju, kami akan melalui di kawasan kasawan seperti dalam gambar...


sambil jalan nampak lagi tempat boleh bergambar snap lagi untuk hilangkan rasa letih berjalan..hehehe


Singapore River Walk;

5 minit berjalan macam tu, sampailaa kami di Singapore River Walk ni. kat sini lagi jelas boleh nampak Marina Bay Sand ni. Selain tu, korang boleh nampak Singopore River sepanjang perjalanan nak ke Merlion Park.. Singapore River ni adalah satu sungai di Singapore yang mengalir dari tengah Singapore sampai ke laut.


Selain dapat menikmati pemandangan Singapore dari sungai ni, korang jugak boleh nampak dari jauh macam macam tempat yang menarik kat sini seperti, Singapore Flyer dan Art Science Museum.



Terus Berjalan Kaki Ke Merlion Park;

dari Singapore River Walk kami jalan kaki lagi untuk ke Merlion Park pulak.. agak agak letih bejalan bergambar lagi.. hehehhe


dalam 5minit jugak lagi kami berjalan sampailaa kat The Merlion Park ni..


The Merlion Park;

Rasanya tak lengkap kalau pergi Singapore tapi tak berkunjung ke Merlion Park ni kann. Kat sini korang boleh bergambar dengan orang tersayang dengan berlatarbelakangkan patung Merlion, salah satu ikon di kota singa ni.


Merlion adalah sebuah patung dengan kepala singa dan berbadan ikan yang sudah menjadi maskot Singapore. Nama Merlion merupakan gabungan dari "mermaid" dan "Lion" yang bermaksud ikan duyung dan singa. Taman Merlion Park ni dibuka 24jam setiap hari.


Singapore River Cruise;

Selain tu korang boleh naik Singapore River Cruise kat sini. River Cruise ni buka setiap hari bermula pukul 9 pagi sehingga 11 malam. Harga tiket untuk 30 minit perjalanan seperti berikut:

Dewasa : S$15
Kanak kanak (bawah 12 tahun) : S$8


Memandangkan trip kami kalini adalah trip bajet so kami tak naik pun cruise ni, nengok dari jauh je, cukuplaa sekadar dapat bergambar kat sini.. Ade rezeki kami datang lagi naik ni pulakk ye.. hihihi


Perjalanan pulang ke Sultan Iskandar CIQ Complex;

Dari Merlion Park ni kami jalan kaki lagi ke stesen MRT Marina Bay terus ke stesen MRT Kranji. Tiket S$2.40 seorang.. Sampai Kranji kami terus ke checkpoint cari semula bus SBS 170 untuk ke JB CIQ.


So nanti macam biasa bila kat CIQ nanti scan semula passport dan dah boleh keluar ke JB Sentral untuk ke tempat kereta. Berakhirlaa sudah percutian singkat kami di Singapore. Sebelum balik KL pekena murtabak singapore dulu kat JB.. hihihi



Salam Perkenalan,

Tuesday, April 12, 2016

Berkunjung di Merlion Park Singapore Dan Kawasan Sekitarnya

Rasanya tak lengkap kalau pergi Singapore tapi tak berkunjung ke Merlion Park ni. Kat sini korang boleh bergambar dengan orang tersayang dengan berlatarbelakangkan patung Merlion, salah satu ikon di kota singa ni.


Selain tu korang boleh naik Singapore River Cruise kat sini. River Cruise ni buka setiap hari bermula pukul 9 pagi sehingga 11 malam. Harga tiket untuk 30 minit perjalanan seperti berikut:

Dewasa : S$15
Kanak kanak (bawah 12 tahun) : S$8


Memandangkan trip kami kalini adalah trip bajet so kami tak naik pun cruise ni, nengok dari jauh je, cukuplaa sekadar dapat bergambar kat sini.. Ade rezeki kami datang lagi naik sini pulakk.. hihihi


amek video aje, nak naik tak dapat.. hihihi


Merlion adalah sebuah patung dengan kepala singa dan berbadan ikan yang sudah menjadi maskot Singapore. Nama Merlion merupakan gabungan dari "mermaid" dan "Lion" yang bermaksud ikan duyung dan singa. Taman merlion Park ni dibuka 24jam setiap hari.


Bila dah sampai sini haruslaa bergambar sakan kan.. walaupun panas terikk.. maklumlaa datang sini tengah hari, mane tak terik matahari tu kan.. tapi nasib baiklaa angin kuat kat sini, so tadelaa berpeluh sangat.. hihihi


Merlion park, salah satu tempat tarikan pelancong kat Singapore ni.


Mase kami datang ni memang ramai orang, nak bergambar pun memang crowded kat depan ni, so amek mane yang mampu aje.. hihihi


icik abam asek kena amekkan gambar aje, tulaa bawak lagi beg kamera besar besar, dah orang ingat awak tu photographer kot.. hahahha


dah puas berjalan kat Merlion Park tadi, masa untuk pulang ke pangkal jalan...


agi sekali sebelum nak balik refer pada map lagi, cari jalan pulang katenye.. hehehe


Nak balik tu kami naik mrt dari Marina Bay sampai ke stesen Kranji. Tiket S$2.40 seorang..



Salam Perkenalan,

Monday, April 11, 2016

Jalan Kaki Ke Marina Bay & Singapore River Walk

Good morning semuaaa... seperti yang dah dijanjikan sebelum ni, aku continue perjalanan kami ke Marina Bay dan Singapore River Walk untuk hari berikutnye. Memandangkan kami dari hotel, so kami naik mrt dari stesen Chinatown ke stesen Downtown. harga tiket dalam $1.50 sorang camtu..


dari Downtown kami plan untuk jalan kaki je nak ke Marina Bay dan Singapore River Walk ni. Kalau nak terus ke stesen Marina Bay ni boleh aje, tapi macam leceh sikitlaa nak tukar tukar train, kami ni mane yang boleh jimat, kami akan cari alternative yang menjimatkan..


hanya tiga stesen saje nak sampaikan ke Downtown dari Chinatown ni, tak jauh pun, tapi kalau nak berjalan kaki dari sane tadi cam letih gaklaa, so tak nak letih letih sangat mane yang mampu berjalan kami berjalan, mane tak kami naik train memudahkan dan mempercepatkan kami sampai ke destinasi yang dituju.


asib baik masa kami naik mrt ni tak sesesak macam lrt kat sini. Lagi pulak mase kami pergi ni time orang bekerja, yang tak keje adalah kami.. hehehe


kami decide berhenti kat stesen marina bay ni sebab kami nak pergi beberapa tempat yang berhampiran seperti Marina Bay, Marina Bay Sand, Singapore River Walk, Singapore Flyer, Singapore River Cruise, dan tempat yang aku nak pergi sangat, Merlion Park.


Merlion Park ni dulu aku dah pernah pergi dah, tapi bukan ingat sangat pun jalannye, maklumlaa dulu naik bus reramai, tade nak berjalan kaki camni, tahu tahu dah sampai je kat sini. Icik abam pulak baru pestaim datang sini, so memang aku serah kat die ajelaa cari jalan tempat tempat yang kami nak tuju tu. Tu yang kemain menatap map tu sungguh sungguh tu.. Cari jalan terpantas nak sampai, maklumlaa bininye tak mampu nak jalan jauh jauh sangat.. hehehe


Dari jauh kami dah boleh nampak Marina Bay Sand ni. Marina Bay Sand ni merupakan salah satu bangunan tertinggi di Singapore yang menjadi tempat pelancongan yang wajib dikunjungi. Rekabentuknye yang seakan akan kapal ni memang sangat cantik dan unik kalau diperhatikan.


sampai je ni sini boleh rase angin yang kuat, seronok sangat macam kat tepi pantai aje.. hehehe


jalan punye jalan kami dah sampai di marina Bay ni, cuace agak panas jugakla masa kami sampai ni..


tapi nasib baiklaa ade angin yang kencang, so tadelaa rase berpeluh sangat berjalan..


sebelum sampai ke Merlion park kami akan lalu di Singapore River Walk ni dulu..


Singapore River ni adalah satu sungai di Singapore yang mengalir dari tengah Singapore sampai ke laut. Selain dapat menikmati pemandangan Singapore dari sungai ni, korang jugak boleh nampak dari jauh macam macam tempat yang menarik kat sini seperti, Singapore Flyer dan Art Science Museum.



ni video yang sempat direcord mase kami nak menuju ke Singapore River Walk. Untuk entri ke Merlion Park, akan diupdate dientri akan datang ye..



Salam Perkenalan,

Saturday, April 09, 2016

Ambil Angin Malam Hari Pertama Di Chinatown Singapore

kami check in hotel agak lewat malam tu, yelaa masuk masuk singapore terus berjalan kat Orchard, pastu dah lewat malam baru nak ke Chinatown ni, mrt pun cam dah tade, tapi nasib baik ade bus, bus yang berhenti berhenti tu.. tupun rasenye bus yang last trip punye yang kami naik malam tu. Dengan tade duit keciknye pakai naik je bus memang macam haru sikitlaa malam tu, tapi nasib baik ade foreigner dalam bus tu yang tolong kami tukar duit syiling nak buat bayar tambang bus.. hehehe so pasni kalau korang nak naik bus awam korang kena sediakan duit syiling secukupnye ye, yelaa macam kite nak naik bus kat negara kite ni gaklaa, sekarang mane ade gune kondaktor bus lagi, so bile naik bus tu, masukkan duit tiket secukupnye.. Dah lame tak naik bus awam macamtulaa kannn hehehe


kalau ikutkan badan dan kaki memang dah letih sesangat dah malam tu, tinggal tak mampu nak pengsan je lagi.. hahahaha maklumlaa puas berjalan merayap mencari tempat nak tidur malam tu, konon nak cari hotel yang lebih murah supaya bajet kami tadelaa terlebih sangat untuk trip kalini, tapi dah letih nak taknak kaut ajelaa ape yang ade.. kang cari lagi, jalan lagi, bila nak tidurnye kannn... hehehe


agak agak duit kami cukup so check in je hotel terus, dah tak sabar nak rehatkan badan dan kaki, badan pun dah melekit lekit berjalan kaki tadi, tapi siyeslaa dah taubat dah aku, pasni tak maulaa main terjah terjah gini, sebab aku ni bukan orang yang boleh lasak lasak sekarang ni, kalau ikut icik abam memang boleh aje dicampak kat mane mane.. lainlaa kalau dah pernah kesini, so boleh je straight ke mane kite nak dah tahu.. ni bile dah pakai terjah macam ni nampaknye kenala survey dan cari cari tempat yang nak dituju.. hehehe


kalau ikutkan icik abam malam tu die nak aje mengajak aku explore lagi tempat tempat yang menarik yang ade berhampiran hotel kami tu, tapi aku lak yang tak larat. nak bagi die merayap sensorang pun cam risau pulakk, so malam tu aku suruh die rehat je kat hotel, simpan tenaga nak merayap keesokkan harinye pulakk.. hehehe


kat Chinatown ni banyak aje tempat bersejarah dan tempat membeli belah yang murah, dulu pernah pergi sekali masa study trip time degree dulu, so mane mane tempat yang pernah pergi tu sekarang ingat ingat lupa ajelaa keadaannye. huhuhu


bagi aku jenjalan malam kat kawasan hotel ni pun dah best dahhh, nampak meriah dan ramai orang aje walaupun dah tengah malam. kalau tak silap aku time ni dah pukul 12 tengah malam dahhh.. angin pulak kuat kat sini, so memang berterbangan aje tudung aku malam tu. dah letih berjalan, dengan peluh peluh bagai dapat angin malam yang kenyang macam ni sonok sangattt, time tu jugaklaa mata dah kuyu kuyu macam rasa katil dah memanggil manggil kann hehhe.. mata aku ni mane boleh tidur lewat sikit, tak sporting langsung, so agak agak dah tak mampu nak menaham mata aku ajak icik abam balik hotel, tunggu esok pagi baru jalan puas puas... malam tu kami dah decide nak check out awal esok tu, boleh pegi dua tiga tempat lagi sebelum balik.. hehehe



Salam Perkenalan,

Friday, April 08, 2016

Room Superior Double Di Bliss Hotel Singapore

kami ke Singapore memang pergi secara gamble aje, tanye tanye dengan member dulu macam mane cara senang nak masuk sane terus decide nak pergi.. untuk travelogue ke singapore ni akan diupdate kemudian, aku cerita satu satu tempat yang kami pergi dulu, bagi aku.. aku lagi suke cerita satu tempat satu entri, bukan ape, senang kalau orang nak nengok tahu tu tempatnye tadelaa bercampur dengan tempat tempat lainkannn. tapi kalau travelog lain pulak, aku akan cerita dari A-Z pasal satu satu trip yang kami pergi.. 


memandangkan kami ke kota singa ni secara mengejut, tanpa plan yang rapi, so hotel memang tak booking.. cukup dah sampai sane, rasa tak larat nak balik Malaysia, terpakselaa bermalam kat sana. Tapi bilaa nak bermalam kat sana, kenala amek hotel bajet aje. Currency kite kat sane terlalu rendah, macam RM10 kite bersamaan 3 ke 4 kali ganda SGD.. so bagi aku memang banyak sangat beza... tapi nak berjalan punye pasal terpakse korban sikit duit, tak nak korban duit kena korban tenaga pulak.. hehehe


nak cari hotel bajet ni kena cari kat kawasan yang jauh dari bandar macam kat Chinatown ni.. nak ke sini pulak kami ikut map yang kami dapat masa sampai sampai tu, pastu naik bus hasil direction dari orang yang kami tanye kat station minyakkk..


dah sampai Chinatown kami survey jugak beberapa hotel termasuk hotel untuk backpackers. kemain padat sendat kalau yang backpacker punye hotel, so memang tak lalu laa nak kesitu walaupun murahhh dari yang lain, sebab kite macam berkongsi dengan orang luar, ade foreigner ade kaum sejenis yang lain. Ade je kalau nak bilik berdua ke berempat, tapi semua dah full.. so memang tak jadilaa nak menginap kat situ kan.. konon nak gak merasa, tapi kalau rasa macam tu memang tak mampulaa hehehe..yelaa kite dah penat penat mesti macam nak tempat selesa jugak nak berehat kan, lagi lagi pulak bagi kite yang muslim ni, nak campur campur tu ade batas jugakkk..


so decide punye decide amek jugaklaa hotel Bliss ni, walaupun hotel bajet kat sini tapi bila ditukar dengan duit kite jadi RM450++ jugaklaa untuk semalam. Kalau harga camtu mahu kite dah dapat hotel 5 star kann.. hehehe


Bliss Hotel Singapore ni terletak di tengah tengah Chinatown, iaitu terletak 20minit dari lapangan terbang antarabangsa Changi dan berhadapan dengan stesen MRT Chinatown. Walaupun berhadapan dengan stesen MRT tapi kami dari Kranji kami terus ke Orchard.. baru sampai so tak tahu apa ape lagi, tu yang terus ke bandar je tu.. pastu bila dah ngantok baru pikir nak cari hotel, tapi kalau nak cari hotel area situ memang tak mampulaa kan, so tu yang cari hotel bajet sampai ke Chinatown tu.. tu pun kami berjalan aje nak mencari hotel bajet punye pasal.. sampai laa ade yang ajar kami naik bus ke Chinatown.


bila dah sampai Chinatown dah rehat rehat sikit, baru survey balik kami kat mane dan tempat tempat yang berhampiran dengan kami sekarang tu. Hotel kami terletak dengan kawasan perniagaan, dekat pulak dengan pusat membeli belah dan hiburan seperti Boat Quay & Clarke Quay. Tu pun hasil menggoogle dan refer pada map yang ada. Dah sampai hotel baru dapat access internet tu yang kemain menggoogle tu.


Bliss Hotel Singapore adalah hotel yang bertemakan Chinese modern, yang mempunyai 42 bilik macamtu.. bawah ni antara rate harga semalam dalam SGD..


Standard Single - 120.00 ++
Standard Double - 150.00 ++
Superior Double/Twin - 170.00 ++
Deluxe Double/Twin - 185.00 ++
Family Quad - 275.00 ++
Executive Suite - 270.00 ++


ah dapat rehat kejap, rase macam rugi pulak duduk dalam bilik kan, yelaa kami kat situ tak lame, so malam tu habiskan masa berjalan depan kawasan hotel dan kawasan berhampiran.. hehehe


ni antara map yang kami dapat kat hotel, so malam tu tidur lewat sikit mengkaji tempat menarik yang boleh kami pergi keesokkan harinye pulakk.. hehehe


Address :

Bliss Hotel
62 Upper Cross Street
Singapore 058353



Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...