Showing posts with label Nouvo (MekJah). Show all posts
Showing posts with label Nouvo (MekJah). Show all posts

Monday, March 25, 2019

Cenggini Agaknya Rupa Kereta Terbang?

Hahaha camni ye rupa kereta bila boleh terbang???


Macam biasa, kalau kereta dah bermanja, si motor pun konpem nak jugakk..


Jangan tanya bila pulak tuannya nak bermanja?? hahaha 


Hari hari kereta dan motor bergerak, jalan jauh pulak tu.. Semenyih - Alam Damai - Chan Sow Lin - Bukit Damansara - Alam Damai - Semenyih..


So memang patut kena jaga dua harta yang ada ni, banyak sangat berjasa tauuu.. 


Salam Perkenalan,

Wednesday, August 30, 2017

Services Kereta & Motor Selang Sehari

Musim cuti panjang sempena Merdeka dan Hari Raya Haji yang bakal menjelma lagi beberapa hari ni, pasti ramai yang plan untuk bercuti dan balik kampung ye takk, so mane yang naik kenderaan sendiri tu dah servis ke belum kereta kereta tu??.. Maklumlaa ade yang nak berjalan jauh, so kenalahh pastikan semuanya dalam keadaan baik supaya perjalanan masing masing lancar..


Macam kami pun same, walaupun perjalanan balik kampung tak jauh mana, tapi bila dah tiba masa untuk servis kenala servis jugakk..


Biasanya kalau time servis kereta, dorang memang akan angkat kereta ni ke atas nak nengok keadaan bawah kereta ni..


So bila dah angkat kereta ni, kite pun baru laa dapat nengok keadaan bawah tu.. hihihi 


Sambil sambil tu dok beritahu gaklaa ape masalah atau keadaan tak selesa bila dengar bunyi ketika drive, so dari situ baru dapat detect yang bearing nak kena tukar dan sebagainya..


Dah selesai bab kereta, kite pikir pasal motor pulak, maklumla moto ni lagi banyak penggunaannye, hari hari dok melenjan motor ni ke hulur ke hilir, dialaa yang banyak berjasa bawak kami ke merata nak mencari rezeki.. hihi


Memandangkan lepasni perjalanan pergi dan balik keje kami akan menjadi lebih jauh jaraknya, so kami memerlukan box untuk simpan barang. Bila ade box banyak sikit barang yang boleh di simpan, contohnya baju hujan..


Ni keadaan sebelum pasang box.. kalau dulu memang payah pujuk icik abam nak pasang box ni, tapi disebabkan kena berulang alik jauh, dan box memang amat diperlukan letak barang, so nak tak nak icik abam kena rela jugak bawak moto yang ade box camni hihihi..


Bila dah pasang box ni, teringat ler pulak kat first love kite si ego merah, motor yang paling banyak berjasa dari zaman bujang sampai ke dah kawen.. 


Salam Perkenalan,

Tuesday, April 26, 2016

Service Motor Dan Kereta Serentak Sebelum Nak Jalan Jauh

Lame sangat tak bercerita pasal dorang berdua ni, memandangkan dalam draft dah clear so bolehlaa update story yang terkini sikit, sejak tahun lepas selalu benau update story yang dah lame kan, so tahun ni dah clean sikit boleh up entri yang up-to-date.. hehehe


banyak jugak skip story pasal dorang berdua ni, pasal cerita servis laaa, pasal cerita dorang buat hal laaa.. so ni continue semula cerita dorang, harap tak terlepas pandang lagi, maklumlaa bila update pasal dorang ni, esok luse nak refer balik tadelaa terlupe ke ape kannn.. senang semua story ade kat sini...


Lame sangat motor tak dibasuh, service aje ontime, tu pun berpakse pakse nak suruh hantar service.. maklumlaa kami memang hari hari lenjan guna motor je. Balik keje dah lewat, so hanya sempat pergi service aje, bila dah service terus balik je.. bila weekend memang tak sentuh motor langsung. kalau icik abam datang mood rajin barulaa bawak motor keluar pergi basuh..


kalini kami hanya service tukar minyak saja, ade gak dorang suggestkan tukar timing belt, tapi kami hold dulu, sebab pikir nak buat major service kat kereta lak, Bagi perhatian lebih sikit kat kereta sebab nanti seminggu nak jalan jauh.. jauh mane tu nanti akan diupdate kemudian ye..


so untuk motor kami tak habis banyak pun, dalam seratus kot.. ke tak sampai seratus camtu..


Icik abam amek cuti sehari semata mata nak selesaikan service ni, yelaa selalu hantar kat toyota aje, tapi kalini macam nak berubah angin, try buat service kat kedai luar. harap harap ok dan paling penting murahhh. bukan ape, macam dah tak larat pulak nak hantar kat toyota. setiap tiga bulan dah kena service, setiap service pasti habis dalam RM500++, nak simpan duit aje dah terkeluar balikkk, so kami amek solution lain memandangkan kereta ni pun dah lame habis warranty. kalau dalam warranty tu gagah jugaklaa disiplin hantar ke toyota. kalini kami amek langkah jimat pulakkk.. hehehe


kami nak buat major service.. so bila minta toyota estimate dalam RM900++.. so dari pengalaman sendiri, kos sebenar nanti pasti akan melebihi dari kos estimated tu, bajet kureng kalini sebab nak save untuk next trip so tu yang try kautim tempat lain untuk service..


dengan harapan lagi murah dari ape yang toyota estimate.. hehehe


survey punye survey dapatlaa murah sikit kalau buat kat kedai luar.. so ni antara gambar gambar yang sempat icik abam snap hasil permintaan si siteri.. hehehe


siap aku suruh tunjuk rupe kat bawah ni bila kekadang tu sangkut kat bumper.. nasib baik tersagat kat besi penghadang aje tak injured kat memane..


kalau buat kat toyota jarang nak nengok dorang buat service, ni bila dah buat kat kedai luar kenala nengok nengok sikit. ambil tahu sikit orang cakapppp..



Sambil tukar ape yang patut tu, time untuk check tayar pulak.. check punye check tayar macam dah botak.. maklumlaa penggunaan selalu so tayar pun cepatlaa botakk..


so tukar dua tayar sekali.. nak tukar empat tayar tak mampu pulakk.. hukhuk
so total semua untuk service kalini dalam RM700++ termasuk dua tayar baru.. huhuhu


motor icik abam malas sikit nak bawak pegi cuci, tapi kalau kereta kemain rajin dia, siap nak buat pergi wax.. tapi aku tak approved.. so cuci kat mesin aje.. maklumlaa bajet dah tade nak bazir bazir.. hehehe


Salam Perkenalan,

Thursday, August 20, 2015

Motor Buat Hal Bila Dapat PS4

Okee ni cerita minggu lepas, sebelum nak dapat PS4. Boleh pulak dan dannn dah collect PS4 kat Plaza Sentral, nak naik motor balik opis.. motor ni tak boleh start pulak. Try start gune manual pun liat nak hidup.. hukhuk
Padahal sebelum nak pegi collect hadiah contest tu ok je. Tade lak tande tande nak meragam. Fuhh.. tapi nasib baik laa dah usap usap mahu gak die hiduppp. Hukhuk
Dah macam tu terus bawak pergi bengkel. Pelik gaklaa ape yang tak kene. Sebab baru je servis. Nak kate sebab plug tak mungkin icik abam cakap sebab on je key, lampu menyala je. So nak tak nak terus je bawak bengkel check ape patut..

Bila dah kat bengkel baru tahu yang starter problem so kenela bukak cover set semua tu. Kire ni pestaim nak bukak cover set. Memang susah sikit pada mulaanye. Maklumlaa tak pernah bukak. Punca punca starter problem maybe sebab motor ni parking kat open space so bila hujan takde cover tu yang kene kat starter. Starter rosakkk bila selalu kene air.. huhuhu


Salam Perkenalan,

Sunday, July 19, 2015

Motor Pun Nak Kene Service Sebelum Raya

Kalau sebelum ni kereta dah diservis. Kalini turn motor pulak diservis. Pun cerita yang sama macam dugong. Ade skip satu cerita pasal servis motor sebelum ni. Kes sama, icik abam tak amek gambar gak.
So bile dah skip yang sebelum ni, cerita yang terbaru tak leh nak skip lagi. Nanti motor pun nampak terbiar lakkk
Selain servis, sebelum raya ni roadtax moto pulak mati. So 3 bende kena buat sebelum nak raye ni. Kopakkk kopakkk.. hahahha
Dalam 100++ gak laa terbang. Tu tak termasuk roadtax dan insurans.. huhu



Salam Perkenalan,

Monday, September 08, 2014

Nouvo Service, Dugong Tukar Tayar

 Ini cerita minggu lepas, balik dari opis terus ke bengkel yang jual ego dulu tu
 Bulan ni dah patut servis si nouvo ni
 Tukar 2 botol minyak gear dan sebotol minyak enjin
 Ni tengah tukar minyak enjin
 Tukar gak dua biji mentol lampu depan
 Dan yang ni pulak sebelum ke Cameron haritu tukar tayar dugong pulak. Dorang ni kalau nak bermanje mesti nak bersama sama
[Catatan : Total : RM300++]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, July 18, 2014

Tak Sampai Sebulan Tukar Tayar Baru

 Semalam motor masuk bengkel lagi. Tak sampai sebulan tukar tayar baru kene tukar yang baru lagi
 Ni semua sebab semalam otw nak balik rumah dari opis icik abam rase cam tayar gelong. Benti tepi check nengok tade lak pancit. Check punye check nengok nengok tayar yang baru tu cam problem. Macam kembung nak meletop. So ape lagiii, benganglaa icik abam, tak sampai sebulan tukar tayar tapi tayar dah jahanam. Nak kate beli tayar murah tak jugakk, sebab kami beli tayar tu seketul je dah RM100++ okee.
 Terus je icik abam ajak pergi kedai motor yang kami tukar tayar baru ritu. Sampai sampai kedai terus icik abam membebel kat taukeh kedai tu kenapa bagi tayar "cap ayam" sebab tak sampai sebulan pun pakai dah nak meletop. Memang tak logik sungguh. Sebab tayar sebelum sebelum ni pun paling paling setahun boleh guna. Nasib baiklaa kami perasan awal tayar tu kembung. Kalau terus terus meletop kat tengah jalanraya tak kenaye. hukhuk
 Disebabkan uncle ni dah tahu kot die bagi kami tayar "cap ayam" terus die tukar tayar yang baru FOC. 

***Pekerja die sendiri cakap ramai orang komplen kalau beli tayar kat kedai die.Huh~

Cerita tukar tayar yang sebelum ni DISINI
[Catatan : xbaik sungguh]


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, June 20, 2014

Nouvo Dah Genap Setahun

 Okee ini kisah semalam lepas waktu keje
Sebenarnya dari semalam nak pergi kerja icik abam dah perasan ada paku kat tayar, tapi nengok-nengok tayar tak kempis pun, so kami pergilaa kerja macam biasa. Alhamdulillah, selamat sampai opis masing-masing
Memandangkan kami kuar opis pun dah pukul 6 lebih so kalau nak cari kedai motor dekat-dekat rumah konpem ade yang dah tutup, so kami pilih kedai motor yang paling dekat iaitu berdepan dengan opis aku. Kedainye kecik aje, tapi bolehlaa kalau nak betulkan tayar motor tu. Dulu mase ego buat kerenah kat sini gaklaa kami campak dia
Alang-alang tayar dah kene paku pastu pulak tayar dan macam botak licin sikit tu, so icik abam decide nak tukar tayar baru terus. Kire hadiah besday nouvo sempena setahun. Baru je renew road-tax dan insurance isnin aritu, dia mintak tayar baru le pulak ^^
Kemain gigih lagi icik abam nak kuarkan paku dari tayar lame tu
 Nengokkk..
 Kemain panjang lagi pakunya, nasib baiklaa tayar tak kempis tengah jalan
 Good bye tayar lame.. 
 Keadaan nouvo bila tayar belakang tade.. Abes kene godek hihihi
 So masa untuk pasang tayar yang baru. Walaupun tayar kat kedai ni amat terhad, so kami tukar tayar belakang dulu, lagipun tayar depan masih elok je lagi
Okee tayar baru dah siap dipasang kat Nouvo. Dapat sepahtu baru nouvo ni. So besday tahun depan jangan saje-saje buat hal minta hadiah besday lak ye.. **Kemainnn kau pun nak hadiah besday ye.. :p

[Catatan : Road-tax/Insurance/Tayar = RM400]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...